Bolehkah Anak Derhaka Nak Jadi Kaya?

Assalamualaikum



Bolehkah Anak Derhaka Nak Jadi Kaya? | Terkesima bila mengetahui kisah hidup founder SERI LADY yang asalnya dari seorang yang biasa-biasa. Tapi berkat kegigihan beliau, beliau berjaya menaikkan nama dan juga . Jom kita tengok perjalanan seorang insan biasa yang kini menjadi luar biasa.


Bolehkah Anak Derhaka Nak Jadi Kaya?



Puan Ju atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Ju’ 39 tahun dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa dgn melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran hidup ummi beliau dlm mencari rezeki membesarkan Ummy Ju adik beradik.



Dalam tempoh beliau membesar, beliau banyak belajar tentang usaha gigih dan bertekad untuk mengubah nasib keluarga terutama ummi beliau. Beliau tak ingin lagi melihat ummi beliau hidup susah selamanya dan ingin melihat ummi beliau hidup senang. Menurut beliau, mereka adik beradik dibesarkan hasil pendapatan berniaga kantin kilang. Jadi beliau sejak dibangku sekolah lagi mula bekerja 'part time' untuk bantu ummi beliau dan adik beradik. Wanita cekal ini nekad untuk membahagiakan Ibunya,setelah melihat keperihan Ibunda nya, Puan Sharifah Rauzah,68 dalam membesarkan beliau adik beradik.


KELUARGA BESAR, PUAN JUE ADALAH ANAK KE 2 DARI 4 BERADIK.


Sangat menjadikan Ibu nya Idola & Inspirasi sepanjang kehidupan dan Perniagaan nya, Puan Jue meletakan segalanya adalah IBU nya di HADAPAN.

MENGHADIAHKAN PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2019 BUAT IBUNYA

Pada tahun 2017, disebabkan hanya bengang mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, beliau nekad untuk menghasilkan produk SERI LADY . Walaupun banyak dugaan melanda, susuk tubuh beliau menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perniagaan hingga pada tahap pada hari ini dan akhirnya berkat kesabaran dan inspirasi semangat dari ibunda beliau, SERI LADY masih menjadi tonggak utama beliau untuk berjaya.



Dengan SERI LADY, beliau telah mempunyai 70 agen jualan yang berkualiti seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Banyak kan? Memang Marsha kagum sangat dengan semangat beliau.

SEBAHAGIAN AGEN JUALAN YANG SENTIASA MENJADI TULANG BELAKANG SERI LADY
Kalau korang nak tahu, Ummy Jue adalah salah seorang anak didik Azizan Osman (Titanium) bersama 2 rakan kongsi beliau Cik Nazira Shariff dan Ain Hamid. Berbekalkan ilmu di kelas tersebut beliau aplikasinya hingga ke tahap sekarang.

Ummy Jue bersama Azizan Osman

Sokongan Keluarga Menjadikan Beliau Membara Untuk Berjaya

Sokongan suami dan anak-anak juga menjadi salah satu kekuatan beliau untuk berjaya seperti sekarang. Tanpa sokongan mereka, beliau mungkin tak menjadi wanita waja seperti sekarang.
BERSAMA SUAMI ENCIK ZAMRI, ANAK-ANAK YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT & DORONGAN.

Ummy Jue Sangat Menghargai Agen Beliau


Beliau juga menjadi inspirasi pada 70 agen beliau sendiri ekoran dari sifat rendah hati dan ketabahan beliau untuk memajukan Seri Lady ini. Budi pekerti yang baik dan hati beliau yang ikhlas membuatkan semua agen beliau menghargai dan menyayangi beliau. 





Pesanan berharga dari beliau 'BUAT PESANAN BERSAMA TIDAK KIRA KITA BERKERJA, LEBIH LAGI PADA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI, KALAU MASIH ADA IBU, JADIKAN LAH IBU KITA SUMBER INSPIRASI KITA, KERANA MEREKA ADALAH PELAJARAN YANG SANGAT MAHAL UTK KITA JADIKAN SUMBER INSPIRASI. ‘ ANAK DERHAKA JANGAN ADA HATI NAK JADI KAYA'  HARGAI IBU YANG MASIH ADA.❤️

Jadi bolehkah anak derhaka nak jadi kaya? Korang simpulkan sendiri ya....

Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Tengs sharing sis marsha, nice post. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us