Cara Hilangkan Kelemumur Teruk dengan Safi Shayla Anti Kelemumur

by - 8/26/2019 12:07:00 AM


Assalamualaikum


Cara Hilangkan Kelemumur Teruk Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur | Rambut adalah mahkota seorang wanita. Walaupun berhijab, rambut tetap amat penting bagi seorang wanita. Kalau rambut mula tak sihat seperti gugur dan juga berkelemumur memang mood seharian akan kelaut!! Marsha pun macam tu. Sebagai seorang isteri dan berhijab, Marsha nak juga kulit kepala dan rambut sihat dirumah untuk suami. Kalau berkelemumur bukan kita je yang tak selesa gatal, suami pun mesti rasa kurang selesa tengok Marsha asyik stress dengan masalah rambut. Bila berkelemumur, rambut pula automatik akan gugur dan akan memenuhi rumah.

Banyak je cara hilangkan kulit kepala kering atau cara mengatasi rambut gugur secara tradisional yang menyebabkan kelemumur. Ya betul, bila kulit kepala tak sihat dan rambut berkelemumur, rambut akan gugur dan sekali lagi kita akan mengalami masalah rambut gugur dan masalah rambut botak.  Bahan dekat rumah pun kita boleh amalkan sebagai cara merawat kulit kepala berkuping. Cuma memerlukan masa yang lebih sikit kalau nak amalkan tips merawat rambut tradisional dirumah ini. Kalau yang simple pun, korang kena gunakan syampu juga untuk pastikan rambut korang wangi. Kalau korang nak tahu kelemumur ni boleh buat kulit kepala berkudis tau! Kalau dan berkudis memang kulit kepala jadi lebih tak sihat.

Cara penjagaan rambut memang sangat penting bagi Marsha yang mempunyai rutin harian yang agak sibuk. Kalau boleh semua nak cepat dan simple. Tapi boleh rawat masalah rambut yang Marsha sedang alami dengan baik. Siapa yang tak sedih bila rambut rosak kan? Memang sangat-sangat sedih!

Cara Hilangkan Kelemumur Teruk Dengan SAFI Shayla Anti Kelemumur

Akhirnya bila Marsha ke hypermarket mencari syampu yang sesuai dengan Marsha. Eh betul...bukan semua syampu serasi dengan Marsha. Kadang tu ada je syampu yang jadikan rambut Marsha kasar dan sebagainya. Jadi memang kena bijak memilih. Kali ni Marsha nak cuba amalkan set penjagaan syampu untuk rambut gugur secara lengkap dengan syampu, perapi rambut terbaik dan juga serum. Biasanya hanya guna syampu dan perapi tu kadang-kadang je apply.



Okeh Marsha buat keputusan untuk guna rangkaian SAFI Shayla Anti Kelemumur yang warna biru tu kali ni untuk bantu Marsha selesaikan masalah rambut kelemumur Marsha ni. Haa....Marsha ambil sekali dengan perapi rambut safi shayla termasuk serum minyak yang terbaru. Biar lengkap 1 set. Eh korang yang rambut gatal keriting pun sesuai tau sebab ianya sesuai untuk semua jenis rambut.

Serasi Ke Tak Marsha dengan SAFI Shayla Anti Kelemumur?

Berdebar juga bila nak mencuba. 1st time guna bau dia memang wangi dan buat Marsha tak sabar-sabar nak guna. Alhamdulillah SAFI Shayla Anti Kelemumur ni memang sangat serasi dengan Marsha. Rambut tak keras, kelemumur pun makin berkurang. Korang, kelemumur ni bukan skali guna terus hilang tau! Kena konsisten penggunaan baru lah rambut jadi kuat dan sihat. Jangan lupa guna perapi rambut SAFI Shayla serta minyak serum SAFI Shayla. 3 produk ni membantu menyelesaikan masalah rambut kelemumur teruk Marsha dengan baik. Akhirnya tak perlu nak susah-susah guna cara tradisional, guna syampu SAFI Shayla Anti Kelemumur cara mudah hilangkan kelemumur teruk.



Beli  Syampu SAFI Shayla Dapat Sling Pouch LIMITED EDITION We Bare Bears

Korang boleh agak tak kenapa Marsha nekad nak cuba SAFI Shayla? Haa....memang baca dia punya review bagus & lagi menguatkan hati Marsha nak cuba syampu SAFI Shayla ni adalah promosi yang sedang berlangsung sekarang.



Hanya beli RM35 keatas  any range SAFI Shayla korang akan dapat memiliki Sling Pouch LE We Bare Bears yang comel-comel ni. Ada 4 design dan Marsha lepas cuba kali pertama dan dapati Marsha dan SAFI Shayla serasi, so Marsha beli stok untuk rambut Marsha sihat dan dalam masa yang sama Marsha dapat kumpulkan kesemua design yang ada. Haa....dah cukup 4 design tau!




View this post on Instagram

A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom) on

Kat Mana Nak Dapatkan Koleksi Sling Pouch LE We Bare Bears?

Ini senang je. Banyak outlet seperti hypermarket dan farmasi yang mengambil bahagian. Jadi, Marsha share dengan korang kat sini outlet mana yang mengambil bahagian dan korang boleh terjah terus.


Jadi promosi ni akan tamat tak lama lagi tau! Jadi korang nak kumpul keempat-empat design Sling Pouch We Bare Bears LE ni korang pergi cepat-cepat tau! Kalau OOS lagi kuciwa...hihi



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

13 sahabat ibu

  1. Sekarang pun saya tengah pakai Syampu safi ni tuk hilangkan kelemumur anak, harap berkesan lah. kesian tengok dia garu2 kepala.

    ReplyDelete
  2. Syampu Safi Shayla yang Untuk kelemumur ni memang bagus untuk mereka yang ada masalah kelemumur..

    ReplyDelete
  3. Erm.. Kita ni masalah kelemumur tu takde sangat. Cuma dlm proses nak atasi rambut gugur je. Ada ke set yang macam ni juga ye?

    ReplyDelete
  4. Kita guna yg ni skrg rambut dh kurang gatal dan kurang kelemumur

    ReplyDelete
  5. Kak Sue pun guna saympu nie juga Marsha..

    ReplyDelete
  6. bgus shampoo safi shayla ni..lengkap..nad pun ad apakai..wangi dan kurang kelemumur dah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Serasi dgn rambut saya.. Anak pn sibuk nak Tumpang sekaki

    ReplyDelete
  8. Senang nak jaga rambut yg ada kelemumur ni sebab ada set mcm safi ni. Kena rajin pakai la baru nampak hasil.

    ReplyDelete
  9. Kak Sue pun pakai syampu nie juga.. best..

    ReplyDelete
  10. Yang ada masalah kelemumur, kena cuba ni.

    ReplyDelete
  11. Zira memang ada guna syampoo ni, wangi bau shampoo ni zira suka sangat

    ReplyDelete
  12. Memang best guna syampu safi shayala nih.. Hilang gatal terbaik

    ReplyDelete
  13. Ok bagus juga produk ni, nanti sis belikan untuk adik lelaki yang ada masalah kelumumur.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)