DIM SUM Buffet Lunch di WEIL Hotel Ipoh Sedap dan Mampu Milik

Assalamualaikum


DIM SUM Buffet Lunch di WEIL Hotel Ipoh Sedap dan Mampu MilikDim Sum, sudah pasti ia adalah salah satu makanan ruji Malaysia pada masa kini. Walaupun ia adalah makanan tradisi masyarakat Cina tapi kini ia menjadi kegemaran semua bangsa di Malaysia. Dim sum, adalah makanan dari negara China yang kebiasaannya dihidangkan segar.

Kalau nak tahu, Marsha memang peminat Dim Sum ni. Kalau memana ada menu Dim Sum memang nak cuba. Dim Sum ni biasanya dihidangkan pada waktu pagi dan petang, gigitan kecil semasa menikmati dim sum ini adalah salah satu feeling yang selesa yang dapat dinikmati dalam kehidupan semasa minum petang bersama keluarga.

Menyedari keinginan untuk mendapatkan dim sum yang mampu dimiliki dan segar di bandaraya Ipoh,  rangkaian restoran Yuk Sou Hin dari WEIL Hotel iaitu Ipoh Chinese Restaurant kini memperkenalkan Buffet Lunch Dim Sum untuk semua penggemar  Dim Sum. Kalau korang nak tahu Restoran Yuk Sou Hin adalah Pork Free Restoran.



Dari kiri: Lita Maharan( Senior PR and Marcom Exec), Alex Ho(Assistant Manager of Yuk Sou Hin), Chef Allan Tse (Executive Chinese Chef), CJ Kalavaani ( Assistant PR and Marcom Manager).With more than 20 items available for selection, the dim sum is priced at only RM48 for adult and RM38 for children. Best of all it is totally pork free and everyone can enjoy this Oriental dishes.

Apa yang lebih menarik  adalah pelanggan boleh bersantai dan menikmati setiap piring dim sum yang dimasak  dan distim dengan wangi,  enak dan sempurna  serta ditemani dengan suasana outlet Restoran Yuk Sou Hin yang selesa dan tenang semasa kita menjamu selera bersama rakan dan keluarga.

29 Menu plihan disediakan secara segar, sedap dan 'pork free dim sum' untuk dipilih semasa minum pagi in Yuk Sou Hin.


















Signature Baked BBQ Honey Glazed Chicken Bun


Korang cuba bayangkan semasa menggigit Dim Sum Udang, korang dapat merasai seekor udang di dalam dim sum berkenaan dan bukannya kepingan udang yang dicincang halus. Mewah bukan? Lepas tu terasa aroma gaya memasak Cina yang segar secara keseluruhan, pastinya ianya wajib dicuba.


Selain daripada promosi ini, restoran ini juga mempunyai makan 8-Course Set Lunch untuk sekurang-kurangnya dua orang dan ia hanya berharga RM33.80 / pax, lengkap dengan hidangan Teh Herbal. Memang menarik sangat dengan tawaran yang murah macam ni. Macam nak husband pergi lunch sini lagi je...hihi


Antara 'signature dish' ialah Crispy Fried Eel Roll with Thousand Island Sauce, Stir Fried Asparagus, Fresh Lily Buds with White Truffle Oil, Seafood Fried Rice with Vegetable Puree and Crisp Rice.

Signature Smoked Duck with Lychee Wood antara menu menarik


Menarik kan? Kalau korang nak kesini menikmati Dim Sum dan juga 8-Course Set Lunch boleh terus buat tempahan di  Restoran Yuk Sou Hin. Hubungi 👉 05-208 2103 untuk tempahan terus.

Dim Sum Lunch Buffet

Setiap Hari dari 11.00 pagi-2.30 petang 
(not available Public Holiday)
8-course set lunch (minimum of dua orang)

Isnin hingga Jumaat
10.30am-2pm
(not available on Sat, Sun and Public Holiday)





Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

10 Comments

  1. kita tak berapa minat dim sum...tapi itik salai tu perghhh menggoda!!

    ReplyDelete
  2. wow the duck looks really good! yumyum

    ReplyDelete
  3. X pernah mkn lagi dim sum ni.. tataw rs cmne..

    ReplyDelete
  4. Suka jugak dim sum..Tak semua tapi ada lah yang saya suka. Tapi kalau ada orang belanja kita bedal je.. Hahhah

    ReplyDelete
  5. Menariklah... Dim sum yang ada nampak sedap-sedap.. Kalau ke Ipih bolehlah try Dim Sum dekat situ

    ReplyDelete
  6. Dimsum mmg fav lia tau. Suka sgt tau. Kalau pi ipoh boleh try

    ReplyDelete
  7. Kenapa lah jauh sangat, tak ada cawangan ke?

    ReplyDelete
  8. Kalau pi Ipoh nanti boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  9. Alahai lapar terus perut tgk dimsum ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us