Kerjasama Antara Shopee, SimplySiti & CIMB Islamic Dimeterai

by - 8/04/2019 09:50:00 AM

Assalamualaikum


Kerjasama Antara Shopee, SimplySiti & CIMB Islamic Dimeterai | Korang nak tahu Isnin lepas 29 Julai 2019 Marsha ke Press Conference antara Dato CTDK bersama Shopee dan juga CIMB Islamic. Masa dapat invitation tu rasa seronok sangat dapat jumpa penyanyi No 1 Negara. Memang tak pernah mimpi pun nak jumpa Dato CTDK live!! Kebetulan sekolah Marsha cuti peristiwa jadi rezeki Marsha untuk hadir ke PC Dato CTDK ni.



Kerjasama Antara Shopee, SimplySiti & CIMB Islamic Dimeterai



Sidang akhbar ni adalah nak umumkan kerjasama antara Shopee, SimplySiti dan juga CIMB Islamic dimana banyak tawaran menarik yang ditawarkan. “Sejak menyertai Shopee, perniagaan dalam talian kami telah meningkat lebih 100%. Pertumbuhan ini adalah hasil daripada acara-acara media eksklusif, sesi bertemu peminat dan kempen yang dianjurkan oleh Shopee seperti Shopee Brands Festival yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagaimanapun, ini adalah kali pertama kami bersama-sama akan menganjurkan Super Brand Day, konsert mini dan jamuan minum teh untuk peminat saya! Saya teruja dengan pakatan perkongsian ini dan melihat perkembangan jenama saya yang boleh dilanggani oleh semakin ramai pengguna Shopee yang kini mencecah hampir 20 juta,” kata Siti Nurhaliza, Pengasas, SimplySiti di satu sidang akhbar.





Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, berkata, “Kami memang sentiasa meminati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bila SimplySiti memutuskan untuk membuka kedai rasminya di Shopee, usia kami belum mencecah satu tahun. Kami gembira dan pada masa yang sama kami rasa terharu kerana Ratu Pop Malaysia memberi kepercayaan kepada kami dan menyokong kami. Ini sangat besar ertinya bagi platform e-dagang yang baru diasaskan! Pada hari ini, kami telah ditugaskan untuk memacu pertumbuhan jenama SimplySiti ke tahap seterusnya dengan meluaskan kerjasama di luar platform digital. Ia bukan sekadar jualan, tetapi merupakan sebahagian daripada langkah kami untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengguna kami dan ini termasuk aspek hiburan dan pendekatan gamifikasi di dalam dan luar platform.”


Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic Bank Berhad, mengulas, “PKS merupakan tunggak ekonomi Malaysia. Sebagai Bank Islam serantau yang terkenal, CIMB Islamic teruja untuk menyokong dan memperkasakan PKS bagi membolehkannya membesar di dalam dan luar Malaysia, khususnya menerusi inisiatif Koridor Halal CIMB. Dan sekarang, dengan PKS Malaysia seperti SimplySiti di platform berbilang saluran Shopee, disertakan dengan diskaun hebat dan tawaran untuk pemegang kad CIMB, pengguna akan mendapat manfaat dari segi kesenangan dan pembelian produk yang berkualiti. Sesungguhnya jenama seperti SimplySiti memperlihatkan peranan CIMB – menerusi tawaran kewangan dan perkongsiannya yang luas – boleh membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka dalam persekitaran runcit yang sangat kompetitif.”




Nak tahu apakah yang sangat menarik tu? Jom Marsha share. Memang sangat best!!



SimplySiti Super Brand Day


Super Brand Day di Shopee akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2019, membolehkan pengguna mendapat potongan harga sehingga 60% manakala Pemegang Kad Kredit CIMB Islamic akan mendapat potongan harga tambahan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM70 untuk produk SimplySiti. Pemegang kad Debit, Kredit dan Prabayar CIMB akan mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM70. Pada 5 Ogos, peminat boleh mengikuti siaran langsung Shopee Live menerusi aplikasinya dan menyaksikan Siti Nurhaliza memperkatakan tentang produknya. Pelanggan yang membelanjakan jumlah paling tinggi di bawah peraduan Belanja & Menang akan memenangi barangan peribadi milik Siti Nurhaliza.

Konsert Mini Shopee X SimplySiti


Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati. Konsert mini akan berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam. Tiket akan mula dijual di Shopee pada 2 Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian. Atau, peminat Siti Nurhaliza yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM900.

Minum Petang dengan Siti Nurhaliza


Berlangsung pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.

Apa kata korang? Menarik kan? Buat Fan Dato CTDK ni lah masanya korang nak jumpa Dato CTDK secara LIVE pada 14 September 2019 nanti!!


Untuk pengetahuan korang, SimplySiti Super Brand Day dianjurkan sempena Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos, menjanjikan tawaran dan promosi hebat untuk pengguna yang membeli-belah di bawah Shopee Mall. Mereka boleh merebut tawaran pada harga serendah RM1 setiap hari untuk barangan berjenama kegemaran mereka semasa Jualan Mengejut (Shocking Sale), dan merebut baucar potongan Surprise Hour 50% dan juga menerima hadiah apabila mereka membeli barangan terpilih. Pembelian di bawah Shopee Mall disertakan pulangan percuma dalam masa 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Jadi jangan lepaskan peluang berbelanja di Shopee ya 👉Shopee


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

5 sahabat ibu

  1. moga sentiasa dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  2. seronoknya jumpa DCT , Marsha yer :)

    ReplyDelete
  3. ray pelik ni kenapa boleh tak follow sini lagi. rasanya dah lama follow. kene follow semula la. #493
    alang2 tu ray singgah klik ads terus.

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat jumpa Dato' CT..jeles tau...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)