SuperHero BootCamp anjuran Kids Art Lab Menyeronokkan!


Assalamualaikum

SuperHero BootCamp anjuran Kids Art Lab Sesuai Untuk Anak-Anak 6-12 Tahun | Baru-baru ni Kakak Anith ada join satu bootcamp iaitu SuperHero BootCamp yang dianjurkan oleh Kids Art Lab yang berlangsung di Sunway Velocity Mall. Marsha memang suka anak-anak join camp sebab nak bagi dia release stress study kan. Kakak Anith pun sangat teruja nak join sebab dapat pengalaman dan kawan yang baru. Actually Marsha dapat tahu pasal SuperHero BootCamp ni dari facebook. Ada banner dan kat situ lah Marsha hubungi penganjur dan terus deal je.





Alang-alang nak naik KL dan venue dia tak jauh dari rumah adik Marsha, so deal is ON!!..hihihi. So kita bermusafirlah ke KL.


Tentang Kids Art Lab by Virtual Health Angels

Sebelum Marsha nak story pengalaman Kakak Anith join SuperHero BootCamp ni, meh Marsha story sikit tentang penganjur iaitu Kids Art Lab. Kids Art Lab lebih kepada pengenalan seni sains bukan sekadar lukisan sahaja. Ia merangkumi penulisan kreatif,  drama, puisi, percakapan awam dan sebagainya. Seni sebenarnya merupakan gabungan intelek, kreativiti dan keyakinan. Akal kreatif adalah kunci dan ia boleh membantu dalam menenangkan ketenangan, ketenangan adalah paling penting sebagai medium untuk mengekspresikan diri secara membina. 

Kids Art Lab percaya tidak perlu menjadi seorang artis atau penulis atau bahkan penyair untuk mendapat manfaat daripada melakukan aktiviti ini. Hanya perlu mendapat panduan yang tepat daripada team Virtual Health Angles. Bagaimana jika terdapat cara yang lebih baik untuk lebih cepat kesanmasalah? Bagaimana jika terdapat cara yang lebih baik untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan dan intuitif? Bagaimana jika pelajar menjadi lebih yakin dan cepat menyampaikan kepada orang lain apa yang ditemui semasa proses pembelajaran / penyelesaian masalah? 

Bagaimana jika pembelajaran lebih menyeronokkan! 

Cerita + Seni adalah kemahiran yang akan membantu 
* Menumpukan pembelajaran 
* Memahami perkara subjek 
* Menyerap dan memahami maklumat


Jadi pendekatan Kids Art Lab ini adalah memberi peluang kanak-kanak mencipta kisah mereka sendiri dalam memahami sains dan sebagainya. Selain itu, mereka menggunakan konsep pembelajaran A.L dalam semua modul mereka. Mempercepat pembelajaran (A.L.) adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling maju yang digunakan hari ini. Ia merupakan sistem menyeluruh untuk meningkatkan proses reka bentuk dan proses pembelajaran. ia telah terbukti meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

A.L sangat berkesan dan ia adalah cara pembelajaran semula jadi. A.L. membuka banyak potensi kita untuk pembelajaran yang telah ditinggalkan oleh kebanyakan kaedah pembelajaran tradisional. A.L secara aktif melibatkan seluruh orang, menggunakan aktiviti fizikal, kreativiti, muzik, imej, warna, dan kaedah lain yang direka untuk mendapatkan orang yang terlibat secara mendalam dalam pembelajaran mereka sendiri.

Pengalaman Kakak Anith Menghadiri SuperHero BootCamp anjuran Kids Art Lab

Actually on the day kami sampai agak lewat sikit sebab gerak dari Ipoh. SuperHero BootCamp bermula jam 1pm hingga 4pm dan kami sampai around 1.30 pm dah sudah bermula. Jadi Kakak Anith ketinggalan dengan beberapa aktiviti. Namun masih tak terlambat kan. Disebabkan ia untuk kanak-kanak jadi Marsha tinggalkan Kakak Anith untuk aktiviti dan sebagainya.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah 👉 Meditative Me, Streching (Body Flows), Story Boarding ( Story & Art ) dan Mind Games ( IQ )




Marsha tinggalkan Kakak Anith dan datang kembali pada jam 330 petang dan Marsha tengok aktiviti dorang makin best. Kakak Anith pun nampak dah mesra dengan kawan baru. Akviti yang sempat Marsha snap ni ialah Story Boarding ( Story & Art ). Mereka perlu lukis sendiri imaginasi dorang dan sampaikan story mereka pada kawan-kawan. Semuanya mempunyai keyakinan yang tinggi. Tak seorang pun malu-malu.



Tak lepaskan peluang Marsha snap hasil kreativiti anak-anak yang comel ni. Comel kan hasil art dorang ni. Marsha pun tak terer macam ni.


Aktiviti paling terakhir untuk anak-anak ini ialah 'Simon Says'. Tergelak2 Marsha tengok. Aktiviti ini adalah untuk uji tahap fokus anak-anak. Memang fun dorang main.



Tepat jam 4 petang, SuperHero BootCamp anjuran Kids Art Lab ini berakhir dan semestinya Kakak Anith mempunyai pengalaman dan kawan yang baru. Tak rugi naik KL dari Ipoh untuk SuperHero BootCamp anjuran Kids Art Lab ni.



Kalau korang nak anak-anak join SuperHero BootCamp anjuran Kids Art Lab ni masih ada lagi pada 11.08.2019 ni. Jadi cepat-cepat booking tau! Harga pun sangat affordable. Boleh rujuk poster diawal entri untuk maklumat lanjut.



Enjoy betul Kakak Anith. InsyaAllah more bootcamp for her...hihi. Eh cepat-cepat register kalau berminat. Limited untuk 30 pelajar je tau. Nak tahu maklumat terkini 👉 Facebook : virtualhealthangels


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us