Tidur Lena Dan Berkualiti Dengan Bantal Gebu DAG

by - 8/22/2019 01:48:00 PM

Assalamualaikum


Tidur Lena Dan Berkualiti Dengan Bantal Gebu DAG| Tidur amat penting dalam rutin kehidupan kita. Kalau tak tidur seharian atau mempunyai masalah untuk tidur memang kepala Marsha akan mudah ting tong. Marsha kalau bab tidur memang sangat berkira. Ye lah kan...penat-penat ni waktu malam waktu tidur je la Marsha nak berehat sementara esoknya untuk rutin harian. Kalau malam tu dapat tidur lena dan nyenyak, walaupun hanya 1 jam mood akan happy dan bersemangat. Sebenarnya nak tidur lena dan nyenyak je bukan nak tidur lama pun. Maksudnya Marsha mementingkan waktu tidur yang berkualiti. Bila waktu tidur berkualiti, mood akan jadi baik seharian. 



Marsha ni jenis yang bukan tidur siang. Semestinya waktu tidur malam Marsha akan hargai sepenuhnya. Buat masa sekarang ni Marsha masih ada bayi kecil jadi memang kerap akan bangun menyusu. Jika dapat tidur lena dan nyenyak itu tak menjadi masalah. Marsha selalu je amalkan tips tidur lena sebenarnya. Tapi tu la kan tak konsisten pula memang tak rasa la perubahannya. Akhirnya dengan rutin harian yang sibuk, Marsha google dan terjumpa satu bantal yang menarik perhatian Marsha, Bantal DAG. Bantal DAG ni sebenarnya dah lama. Kat billboard kat highway memang selalu nampak iklan DAG. Tapi tak terpikir nak cuba lagi. Tapi kali ini Marsha terpikir dengan bantal DAG. Akhirnya Marsha order melalui website DAG dan pilih bantal pilihan Marsha iaitu H Class-Pro. Disebabkan Bantal DAG ni popular dengan rahsia tidur yang lena adalah dengan bantal yang empuk, memang Marsha teruja sangat nak cuba.

Kalau korang nak tahu, Bantal DAG ni mempunyai 8 jenis. Jadi H Class-Pro adalah pilihan Marsha. Kebetulan pula ada offer, Marsha grab 3 terus. Marsha order di website dan agen DAG yang berlokasi di Taiping telah hubungi Marsha untuk proses seterusnya. Setelah deal dan buat bayaran, bantal untuk tidur lena dengan selesa selamat sampai ke tangan Marsha. Pantas betul delivery! Servis DAG sangat cepat dan terbaik.

Spesifikasi Bantal DAG

  1. 100% Kualiti Hotel
  2. Bantal baru terus dari kilang dan dijahit khas untuk kegunaan hotel mengikut kualiti & standard yang ditetapkan.
  3. Tidak dijual dalam pasaran biasa.
  4. Saiz bantal 19"×29"
  5. Berat: 900g

Kelebihan Bantal DAG

Kalau korang nak tahu, Bantal DAG - antara jenama bantal taraf hotel yang terbaik di Malaysia. Ia mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan ialah:

👉Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah asthma ataupun alahan dengan habuk.
👉Lembut & gebu - dibuat dari bahan yang empuk. 
👉Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. DAG rupanya mempunyai  3 jenis bantal sesuai utk semua peringkat umur dan juga bentuk fizikal.
👉Selesa dan tidak panas
👉Mudah untuk dicuci & dijaga. Bantal DAG senang dan mudah untuk dijaga. Kalau kotoran sikit-sikit seperti terkena coklat boleh sapu dengan 'wet tissue'  terus hilang. 
👉Untuk kotoran yang agak degil bantal DAG boleh dibasuh dengan mesin basuh (nak dobi pun boleh). Senanglah boleh campak masuk mesin je...hihi. Tapi tengok syarat basuh mesin pada tag bantal tu okey!
👉Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.








Material Bantal DAG H-Class Pro

Terdiri daripada material fibre yang lebih halus dan diperbuat menggunakan teknologi baru iaitu carding(carik), menjadikan bantal H-Class Pro lebih lembut dan lebih tahan lasak. Penjagaan yang lebih mudah kerana ianya boleh dibasuh


Kualiti Bantal DAG 

Kualiti Bantal DAG memang best. Masa mula buka bungkusan tu Marsha terkejut tengok bantal dia sebijik besar bantal hotel. Bila cuba tidur guna Bantal Hotel DAG Pillow ni memang letak kepala terus lena. Lena memang berkualiti nyenyak betul. Dia punya isi padat tapi lebut dan gebu. Memang letak kepala selesa sangat.



Bila orang cerita bantal hotel DAG amat berkualiti tinggi dan setaraf hotel, memang Marsha sangat akui. Dia punya gebu dan lembut memang tak boleh bawak bincang. Anak-anak pun memang suka dengan bantal DAG. 

Harga Bantal DAG

Harga Bantal DAG berbeza mengikut jenis bantal yang ada. Untuk H-Class Pro pilihan Marsha ni harganya:

👉1 Pcs : RM63

Sekarang ni ada promosi di website DAG iaitu:

👉3 Pcs : RM150
👉4 Pcs : RM196

Lagi banyak beli lagi jimat korang dapat. Sebab tu Marsha grab 3 terus. Jimat dan boleh guna sorang satu...hihi. Untuk harga jenis bantal yang lain korang rujuk website DAG tau!

Pendapat Tulus Marsha Tentang Bantal DAG

Setelah menggunakan bantal DAG selama beberapa hari, alhamdulillah Marsha dapat mengalami pengalaman tidur yang berkualiti. Seronok sangat rasa masalah tidur Marsha rupanya boleh diselesaikan dengan tidur menggunakan bantal taraf hotel ni. Nasib baik beli 3 terus. So tak perlu nak berebut dah bantal nak tidur...hahahaha



Marsha akui  sekarang Das Abdul Global - antara brand bantal terbaik di Malaysia dan lepas ni plan nak cuba bantal jenis lain pula. Ingat nak repeat beli untuk keselesaan tetamu pula. Nak penuhkan dalam bilik tetamu. Biar tetamu pula rasai keselesaan bantal DAG taraf hotel.


'A good pillow is key to a good night's sleep. Everyone must choose a right pillow for a better sleep cause good pillow is as important as having a comfortable, supportive mattress for a good night's sleep'


Maklumat Lanjut


Kalau korang nak tahu maklumat lanjut tentang bantal DAG, nak tahu secara details jenis bantal yang ada & nak order boleh rujuk maklumat dibawah:

Website | Facebook | Instagram


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

7 sahabat ibu

  1. Lena la tido mcm dekat hotel ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lena betul...lagi lama lagi gebuuuu. Cuba try...pengalaman tulus

      Delete
  2. terbaik review..terima kasih support DAG..saya salah seorang Premium Reseller DAG jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan...sudi baca review saya

      Delete
  3. Assalamualaikum..terima kasih dah pilih bantal hotel DAG. Puan, saya reseller bantal hotel DAG. Boleh ke kalau saya gunakan/share testimoni Puan untuk marketing purpose?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sila-sila...nt boleh backlink pada sy dan credit utk sy dan DAG juga.

      Delete
  4. Jazakallahhukhoiran Puan Marsha atas review yang diberi, akak sangat teruja. Akak mohon share ye

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)