Kolik Bayi Lega Dengan BioGaia Probiotic Drops

by - 9/25/2019 11:21:00 PM

Assalamualaikum

Kolik Bayi Lega Dengan BioGaia Probiotic Drops| Rata-rata mama yang mempunyai bayi kecil, kolik bayi adalah salah satu agak ngeri bila nak lalui. Bila bayi kena kolik bayi atau kembung perut bayi ni memang kelam kabut dibuatnya. Biasanya kalau waktu malam memang bayi akan menangis je sepanjang malam kalau tak kena gaya. Pengalaman anak kedua, Baihaqi semasa bayi dan terbaru Tufael memang sangat membuat Marsha dan suami buntu.

Gejala Kolik

Kalau mama yang belum mengalami pengalaman bayi kolik ni meh Marsha share gejala kolik supaya boleh bersedia dan tahu kenapa bayi menangis. Kadang-kadang kita tak tahu bayi menangis sebab apa? Minum susu sudah, pampers sudah tukar tapi masih menangis tanpa henti. Gejala paling ketara kemungkinan bayi mengalami kembung perut baby ialah:

👉Tangisan yang sangat kuat terus-menerus tanpa henti
👉Tangisan biasanya di waktu senja atau tengah malam, kadangkala selepas menyusu.
👉Semasa menangis muka bayi menjadi merah dan mata keatas
👉Kaki bayi menendang
👉Perut bayi keras
👉Bayi mengenggam tangan seperti penumbuk

Jadi jika ada gejala macam ni selepas mama semua dah salin pampers, menyusu dan sebagainya maksudnya bayi mengalami kolik baby. Gejala inilah yang Baihaqi & Tufael alami ketika diserang kolik bayi.

Kolik Bayi Lega Dengan BioGaia Probiotic Drops

Risau dengan masalah yang sama Tufael lalui seperti abangnya masa bayi dulu, jadi Marsha membuar research mengenai kembung pada bayi serta penyebab kolik itu sendiri. Namun sehingga kini, penyebab kolik masih tidak diketahui dengan pasti. Sesetengah pakar telah meneroka beberapa teori, termasuk alergi, intoleransi laktosa, perubahan bakteria biasa dalam sistem pencernaan, sistem pencernaan yang tidak dicerna, dan perbezaan cara bayi diberi makan atau ditenangkan. Walau bagaimanapun, hingga kini masih belum jelas mengapa sesetengah bayi mengalami kolik dan yang lain tidak. 

Kemudian, Marsha juga membuat kajian tentang cara mengatasi kolik. Pelbagai cara tradisional dan juga moden ( guna puting anti kolik, susu yang bersesuaian, minyak telon) tapi kolik pada anak masih ada. Mungkin Tufael kurang serasi dengan yang Marsha dah cuba. Cara terakhir ialah Marsha mencuba BioGaia Probiotic Drops setelah membaca maklumat dan membuat beberapa kajian.

Apa Itu BioGaia Probiotic Drops?


BioGaia Probiotics Drops adalah suplemen makanan bagi bayi yang mengandungi bakteria asid laktik yang dipatenkan Lactobacillus reuteri Protectis TM (L. reuteri DSM 17938) yang membantu mikroorganisma yang baik memulihkan keseimbangan semula jadi dalam usus. Kerana L. reuteri Protectis secara semula jadi menjajah manusia, ia mempunyai penyesuaian yang kuat untuk bertahan dan berinteraksi dengan manusia.

👉Selamat dan sangat berkesan untuk bayi baru lahir dan ke atas ( 0 bulan hingga 3 tahun - belum boleh kunyah)
👉Mengandungi probiotik L. reuteri eksklusif yang telah ditunjukkan secara klinikal untuk mengurangkan masa menangis dan merosakkan bayi kolik *
👉Membantu bayi dengan sembelit sekali-sekala - suplemen telah ditunjukkan dengan ketara meningkatkan kekerapan pergerakan usus pada bayi dengan sembelit *
👉Penyelesaian yang selamat dan lembut untuk semua gangguan pencernaan sesekali bayi anda, termasuk colic, spit-up, cirit-birit dan sembelit *
👉Satu-satunya suplemen probiotik dalam tabung penitis mudah digunakan
👉Disyorkan untuk bayi 0+ bulan.



Marsha pun baru pertama kali mendengar probiotik L. reuteri ini. Ianya khas untuk membantu:

  • Kolik bayi
  • Memuntahkan
  • Sembelit
  • Gastroenteritis akut
  • Perlindungan jangkitan
  • Mengurangkan alahan dan ekzema
  • Toleransi untuk formula bayi
  • Antibiotik - kesan sampingan yang berkaitan
L. reuteri inilah yang membuatkan BioGaia Probiotic Drops ini istimewa.

Produk BioGaia Probiotic Drops ini dihasilkan oleh pakar dalam probiotik paling klinikal untuk kesihatan bayi di dunia iaitu BioGaia AB yang berasal dari Sweden. Di Malaysia, Biogaia AB dari Sweden telah bekerjasama dengan Pharma Ace Sdn Bhd sebagai pengedar eksklusif yang berkesan pada 1 Januari 2015 untuk Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur termasuk Brunei dan dikenali sebagai BioGaia Malaysia.

Pharma Ace Sdn Bhd bersama dengan sekutu Norefal (Mktg) Sdn Bhd sebagai marketeer, merancang untuk mempromosikan produk terbitan yang telah dikaji dan terbukti secara klinikal ini kepada semua ibu-ibu dan ibu bapa, melalui rangkaian pakar perubatan dan kanak-kanak.



BioGaia Probiotic Chewable Tablets Untuk Kanak-Kanak & Dewasa


Kalau mama ada anak-anak yang boleh mengunyah boleh cuba BioGaia Probiotic Chewable Tablets ini. Fungsi yang sama dengan cara makan yang berbeza. Jangan tak tahu, mama pun boleh amalkan tau sebab ianya baik untuk imun badan. Ibu menyusu boleh transfer kebaikan BioGaia Probiotic ni melalui susu badan serta ibu mengandung boleh transfer terus kebaikan semasa bayi dalam kandungan.

BioGaia Probiotic Chewable adalah makanan tambahan yang mengandungi bakteria asid laktik yang dipatenkan Lactobacillus reuteri Protectis® / ™ (L. reuteri DSM 17938) yang membantu mikroorganisma yang baik memulihkan keseimbangan semula jadi dalam usus. Kerana L. reuteri Protectis secara semula jadi menjajah manusia, ia mempunyai penyesuaian yang kuat untuk bertahan dan berinteraksi dengan manusia. L. reuteri Protectis telah diuji di lebih daripada 130 percubaan klinikal dan terbukti berkesan dan selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Disyorkan untuk kanak-kanak 4 tahun hingga dewasa.



Penting ke Merawat Kolik?

Bagi Marsha, sangat penting usaha kita dalam merawat kolik pada anak ini. Kolik yang tak dirawat akan menyebabkan: 
👉FGID (gangguan usus gastro berfungsi) terutamanya dalam tempoh 12 bulan pertama kehidupan bayi
👉Gangguan Neurologi (contoh Migrain)
👉Rembesan hormon usus yang tidak mencukupi
👉Ketidaksuburan mikroflora
👉Aerophagia (menelan udara yang berlebihan)
👉Alergi CMP (contohnya alergi susu lembu)
👉GERD (penyakit refluks gastroesophageal)

Perubahan Tufael Selepas Mengamalkan BioGaia Probiotics Drops


Alhamdulillah setelah 2 minggu mengamalkan BioGaia Probiotic Drops ni, Tufael nampak sangat senang menerima BioGaia Probiotics Drops ini dan serasi dengan Tufael. Masa kali pertama cuba, lepas makan tu dia terus sendawa. Kejap je terus sendawa dan nampak dia sangat selesa. Tidur malam Tufael pun tak diganggu lagi. Senang hati tengok Tufael ceria sepanjang hari. Hati Marsha sebagai ibu ini sangat-sangat lega. Kalau tak memang susah hati tengok anak kesakitan akibat kolik bayi ni.

Marsha sekeluarga pun amalkan produk BioGaia Probiotic ni untuk kesihatan berpanjangan serta ketahanan imun. Alhamdulillah semua serasi dan masalah Marsha sendiri, iaitu kurang lawas Nampak dah makin positif. Sangat happy bila masalah Marsha sendiri pun dapat diatasi. Alhamdulillah.



Maklumat Lanjut


Website | Facebook | Instagram

Alamat: 
Pharma Ace Sdn Bhd
No 22, Jalan PJU 3/46,
47810 Petaling Jaya,
Selangor


Medical professional enquiries :
Tel : 03-78808481
Em : info@pharma-ace.com.my
Kien Lou - Business Development




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

8 sahabat ibu

  1. First time dgr kolik bayi ni..
    Info bagus kak marsha. .

    ReplyDelete
  2. 1st time juga dgr pasal kolik ni..oo kembung perut ye..anak2 el dulu ms baby semualah kena kembung..bolehlah rekemen kat adik yang baru jer bersalin tempoh hari

    ReplyDelete
  3. Masa anak2 kecik Alhamdulillah tak de masalah ni. Kalau ada anak kecik elok la ada produk biogaia ni

    ReplyDelete
  4. Peetama kali nampal produk ni.. Sesuai pulak utk baby.. Bagusla.. Risau anam bila kembung..

    ReplyDelete
  5. Bagus ada produk macam nie kan Marsha..

    ReplyDelete
  6. Blh recommend dekat para ibu Yang lain

    ReplyDelete
  7. Nampak gaya saya kena standby produk ni kak nak elak baby kena kolik kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)