Cara Mudah Letakkan Peta Lokasi Google Maps Dalam Entri Blog

by - 10/03/2019 10:35:00 PM

Assalamualaikum


Cara Mudah Letakkan Peta Lokasi Google Maps Dalam Entri Blog | Sebagai blogger atau writer, selepas share sesuatu lokasi atau tempat menarik, tempat makan atau hotel yang best ke mesti kita nak share lokasi kan supaya senang pembaca nak tahu terus atau pun terus memberi panduan jalan untuk pembaca ke tempat yang kita review atau story. Cara yang terbaik ialah cara mudah letakkan peta lokasi google maps dalam entri blog. Marsha pernah je google tempat menarik dan nak pergi hanya ada alamat dan kadang-kadang tu panduan yang diberi agak samar-samar yang membuatkan kita tak jumpa tempat yang kita nak tuju.

Bila keadaan jadi macam tu, mood yang happy jadi frust sebab kadang-kadang tu tak jumpa pun lokasi yang dimaksudkan. Mungkin atas sebab-sebab perubahan landmark yang telah diberikan atau juga faktor-faktor yang lain. Jadi, Marsha lebih suka kalau diberikan kemudahan untuk terus ke lokasi yang diceritakan dalam entri supaya lebih senang. Jadi Marsha pun try & error cuba mencari cara mudah letakkan peta lokasi google maps dalam entri blog Marsha. Akhirnya Marsha jumpa cara mudah tersebut. Jom Marsha kongsikan dengan korang semua. Hanya langkah mudah...serius!


Langkah 1 : Cari alamat lokasi yang dikehendaki


Kita tak akan dapat jumpa lokasi di maps kalau kita tak tahu alamatnya. Betul tak? Jadi langkah 1 ialah korang cari alamat lokasi yang korang nak share tu. Sebagai contoh, Marsha ambil alamat Hotel De Art USJ 21 di website.

















Langkah 2: Buka Google Maps di komputer dan taip atau paste kan alamat

Korang dah ada alamat kan? Jadi korang taip atau paste kan alamat di kotak 'search' dan klik 'search'. Bila dah masukkan alamat, maps akan automatik ke lokasi yang kita nak cari.



Langkah 3: Embed Map

Bila dah pastikan lokasi yang dicari, boleh lah korang cari link embed untuk diletakkan dalam entri nanti. Korang klik bahagian kiri bawah share or embed map.



Bila dah klik 'share or embed map', satu kotak kecil akan kelihatan yang membolehkan kita share terus link atau embed map. Jadi klik pada embed map.



Langkah 4: Copy Link Embed

Bila dah klik embed a map, akan keluar satu link embed yang korang perlukan. Di bahagian kiri korang boleh pilih saiz map yang korang nak letak dalam post korang nanti samada small, medium atau large. Kemudian, bila dah tetapkan semua korang boleh copy html yang disediakan.




Langkah 5: Paste di Bahagian HTML


Bila korang dah copy link html tadi, korang klik dengan html di post korang dan boleh paste link tersebut dimana yang korang suka.



Langkah 6: Map Dah Sedia Ada Dalam Entri

Bila dah siap paste kan link, korang save dan boleh publish. Dah siap. Senang je kan? Jadi korang akan dapat kongsikan lokasi yang tepat kepada readers korang. Marsha pun dapat share lokasi yang tepat untuk readers Marsha cari Hotel De Art USJ 21. 

Bila senang nak cari, mesti readers akan singgah lagi blog kita untuk rujukan yang lain pula. Marsha sangat seronok bila dapat berkongsi dengan readers.




Jadi jom lah korang cuba tips cara mudah letakkan peta lokasi google maps dalam entri blog ni. Post kita akan nampak lebih menarik dan pastinya penuh dengan info-info yang lengkap. Selamat mencuba!


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

3 sahabat ibu

  1. wahh. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. baru saya tahu ini, tq info nya

    salam perkenalan

    nak tanya sudi ke nak bertukr link dengan blog saya. kalau sudi sila comment di blog saya www.oohsenyum.com di mana-mana post. saya tunggu tau!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)