Kempen Peduli Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Perak untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak

by - 10/02/2019 10:00:00 PM

Assalamualaikum


Kempen Peduli Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Perak untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak | Pemakanan yang seimbang perlu diterapkan dari usia kanak-kanak lagi supaya corak pemakananan anak-anak kita menjurus kepada pemakanan yang sihat sehingga dewasa tanpa ada 'godaan' dari makanan yang tak berkhasiat. Corak pemakanan sangat penting didedahkan pada usia yang paling awal kerana sekarang banyak penyakit yang bermula dari corak pemakanan yang tidak sihat mula menyerang di usia muda. Corak pemakanan yang tidak sihat berpunca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun. Menakutkan bukan?


Pernah dengar tak 3S atau lebih dikenali sebagai Suku-suku Separuh iaitu suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran. Mungkin dikalangan kita masih belum popular lagi, tetapi Marsha pasti ramai dah mula mengamalkan 3S ni secara beransur-ansur. Better Late Than Never kan? Seiring dengan mempromosikan 3S ni, Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah pada 26 September yang lalu dengan kempen yang bertemakan ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Untung orang Perak tau!




Kalau korang nak tahu, kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas. Seramai 20 orang kanak-kanak dipilih di Perak iaitu dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin "ANNING" Ipoh, Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik Bandar Ipoh, dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kasih Sayang Ipoh Perak. Dalam masa yang sama, Ayam Brand™  menyokong Empat Buah Rumah Kebajikan Kanak-kanak dengan 22,320 Hidangan Sihat melalui Tajaan Produk Ayam Brand™ Selama 2 Bulan untuk setiap rumah kebajikan ini. Bukan itu sahaja, seramai 12 orang murid dari SJK (C) Sam Chai, SJK (C) Yuk Choy, dan Sekolah Kebangsaan Convent Ipoh juga turut mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan dalam masa yang sama menyeronokkan ini. 



Acara yang amat bermakna ini telah dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S dan mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar.  Memang seronok tengok semangat dan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli pada setiap pasukan. Semuanya kreatif tau.






Kanak-kanak yang mengambil bahagian itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai oleh juri. Oh ya, Marsha juga berpeluang menjadi salah seorang juri dalam penilaian hidangan Pinggan Sihat 3S tersebut dan sangat kagum kanak-kanak kecil boleh bekerjasama menyiapkan mengikut masa, kreatif dan sedap. 



Meh sini nak payung hasil kreativiti anak-anak kecil yang kreatif dan bersemangat ini. Semuanya sedap, presentation yang cantik dan penyediaan yang kemas.





Menurut penasihat pemasaran strategik Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO. “Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Deverre. 





“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi. 

Pihak Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung. 

Marsha rasa bertuah berpeluang menjadi sebahagian yang mengambil bahagian dalam kempen sebegini. Kalau korang nak tahu, ini kali pertama Marsha join aktiviti ini. Memang sangat best dan harap tahun depan Ayam Brand™ akan kembali ke Perak untuk kempen ini lagi.



Kalau korang nak membantu komuniti di negeri korang, korang boleh layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, jom mula sekarang!


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

8 sahabat ibu

  1. It's so good to practise healthy eating. I totally agree

    ReplyDelete
  2. Bagus ada kempen macam nie kan Marsha..

    ReplyDelete
  3. bestnya.. cik en x dan nk pi.. sbb sibuk dan keadaan kaki masih x ok

    ReplyDelete
  4. Bagusnya event mcm ni.. Menarik sangt.. Bgus ketengahkan anak-anak pasl ni

    ReplyDelete
  5. Baca ni teringat pasal kawan lama yang ada anak obesiti. Bukan sorang tapi 3 orang anak dia semua obesiti. kalau dia masak satu hari macam nak makan 7,8 orang tu. Anak2 dia sekali makan penuh pinggan. Bukan bahaya kan ksihatan je tapi emosi budak2 tu pun terganggu sebab kawan2 selalu ejek sebab gemuk.

    kesian..Kita ni kalau dapat jamu anak , memang seronok tengok diaorang makan tapi pikirkan lah kesan nya tu. bagus la ada kempen macam ni.Mnedidik mak ayah dan anak2 juga.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap je, bagusbada kempen macam ni kan

    ReplyDelete
  7. Bagus ada kempen mcm ni utk beri kesedaran kpd masyarakat ttg bhya obesiti. Kdg2 ramai yg suka tgok anak2 montel tp x tau akibat pd anak2 tu nanti

    ReplyDelete
  8. inisiatif yang baik dari ayam brand.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)