TheAsianparent : Aplikasi Untuk Ibu Bapa Moden

Assalamualaikum

TheAsianparent : Aplikasi Untuk Ibu Bapa Moden | Zaman 80an - 90an dulu cara ibu bapa kita mendidik kita dari kecil kebanyakannya hanya berpandukan petua orang lama. Namun sekarang semuanya ada dihujung jari. Tambahan pula zaman sekarang adalah era digital. Jadi semua kalau boleh nak dihujung jari je terutamanya yang berkaitan dengan keluarga lebih-lebih lagi tips-tips mendidik anak dengan betul. Zaman sekarang pula semua ibu bapa ada 'smartphone' kan? Bila digital ni dimana-mana dan bila-bila masa pun kita boleh nak cari dan baca tips-tips yang penting. Pantas dan jimat kan? Jadi Marsha nak share satu aplikasi yang kerap kali Marsha guna iaitu Aplikasi TheAsianparent. 

Masa mengandungkan Kakak Anith dulu banyak tips mengandung sehingga bersalin hanya merujuk pada buku sahaja. Memang beli buku khas persediaan semasa hamil, bersalin dan pantang. Kalau ada aplikasi pun lebih kepada mengira pergerakan bayi, perkembangan bayi dan beberapa artikel asas. Kebanyakan aplikasi pula semuanya dari luar negara. Jadi agak terhad. Bila mula mengandungkan abg Baihaqi pada 2017, masa tu Marsha mula mengenali aplikasi TheAsianparent ni dan mula jatuh cinta. Aplikasi ini bukan hanya ada yang asas malah lebih lagi. Jadi aplikasi ini banyak membantu Marsha dalam persediaan diri semasa mengandung, persediaan untuk bersalin, penyusuan ,pantang dan mendidik anak-anak dengan baik.

Tentang TheAsianparent Malaysia


TheAsianparent Malaysia adalah rangkaian penonton di bawah Kumpulan Tickled Media. Bermula pada September 2009 di Singapura, theAsianparent kini menjadi laman web ibu bapa terbesar di Malaysia Asia Tenggara  di 12 negara. Ia juga bersifat hiper dalam menampilkan kandungan dalam 11 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Thai, Bahasa Filipina, Bahasa Vietnam, Bahasa Hindi, Tamil, Cina, Sinhalese, dan Jepun. TheAsianparent memberi pendedahan kepada setiap peringkat dan keutamaan perjalanan ibu Asia - dari persedian untuk hamil, kehamilan dan penyusuan susu ibu, dan juga bagaimana untuk meningkatkan bahagia, sihat dan kanak-kanak yang yakin.




Pada 25 September 2019 lepas Aplikasi TheAsianparent secara rasmi telah dilancarkan dan ia telah digunakan oleh 25 Juta pengguna. Banyak kan? Marsha adalah salah seorang dari 25 Juta pengguna yang menggunakan aplikasi TheAsianparent ni. Memang rasa bangga sangat!


Aplikasi TheAsianparent Bukan Hanya Tips dan Petua Sahaja

Secara umumnya bila sebut je aplikasi, mesti kita terpikir tentang tips-tips dan juga artikel-artikel yang berkaitan. Sebenarnya aplikasi TheAsianparent ni ada macam-macam. Dari pregnancy tracker, tips hamil, artikel yang berkaitan dengan hamil, pantang sehinggalah cara mendidik anak-anak. Eh bukan tu sahaja tau. Dalam aplikasi TheAsianparent ini ada beberapa lagi yang menarik seperti pertandingan, diskusi dengan ibubapa lain dan kumpul poin serta dapatkan ganjaran. Menarik kan?

Pertandingan

Buat ibu bapa yang suka join contest tu memang best lah join contest. Hadiah dia bukan biashe-biashe tau. Kalau bertuah memang seronok sangat join contest dan aplikasi TheAsianparent ni. Jadi sambi-sambil kita baca artikel dan tips, kita boleh juga join contest yang dianjurkan oleh TheAsianparent ni.


Kumpul Poin, Tebus & Dapat Ganjaran

Boleh kumpul poin? Yaa....jangan tak percaya okay! Segaa aktiviti yang korang join dalam aplikasi The Asianparent ni, samada komen, ajak kawa join aplikasi, jawab soalan dan sebenarnya kalau korang buka aplikasi ini sahaja pun automatik akan dapat poin.




Kemudian poin yang telah dikumpulkan dapat di tebus dengan ganjaran yang menarik. Ada macam-macam ganjaran yang boleh ditebus berdasarkan poin yang telah dikumpulkan.




Cara Download Aplikasi TheAsianParent


Cara nak download sangat senang. Hanya ke Play Store untuk android dan Apps Store (IOS). Search TheAsianparent dan terus download. Senang kan?






Nak lagi senang, korang boleh scan QR dibawah


Jadi cepat-cepat lah download aplikasi yang menarik ni. Dalam kita membaca tips kita pun boleh join contest dan dapatkan ganjaran. Eh jomlah layan video simple ni





Maklumat Lanjut





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

9 Comments

  1. best ada apps parenting camni..senang nak buat rujukan..

    ReplyDelete
  2. Bagus ada apps macam nie, nanti nak download jugak lah..

    ReplyDelete
  3. de kumpul point juga.. bagus la apps ni

    ReplyDelete
  4. nad dah download.. Memng bgus apps ni untuk parents.. Banyak informasi

    ReplyDelete
  5. Dulu tak tahu ada app macam ni.. Selalu nya dapat maklumat dari blog2 dan group fb je. Untung sekarang ada app yang mudah macam ni.

    ReplyDelete
  6. Bagus ada apps n8nsy pun ingat nak download naklunlah nak kawin dah. Hihi

    ReplyDelete
  7. Sis pun dh download..mmg best sb kita boleh dpt byk info ttg perkembangan bayi dlm kandungan hingga dh besar. Boleh bertukar tukar tips dgn mak2 yg ada dlm sana..mmg best

    ReplyDelete
  8. Cx pon download apps ni. Memang best!

    ReplyDelete
  9. bagus betul ada apps cmni kan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us