Lunavie Nursing Cami Bantu Sesi Penyusuan Marsha Selesa dan Lancar

by - 12/15/2019 10:25:00 AM

Assalamualaikum

Ibu-ibu yang  masih menyusu pastinya akan mencari pakaian yang sesuai untuk penyusuan sebab bayi memang tak boleh diduga. Bayi akan minta susu dimana sahaja dan jika memakai pakaian yang tidak mesra menyusu semasa berada di luar rumah ianya menjadi agak susah dan perlu mencari bilik menyusu. Jika memakai baju menyusu, tak perlu nak gelabah cari bilik menyusu dan sebagainya. Kadang-kadang sesetengah tempat tu tak mesra penyusuan jadi pemilihan pakaian yang mesra menyusu sangat penting. Perlu juga ada privasi tetapi jika dalam keadaan darurat pakaian yang sesuai amat penting.

Sebagai ibu yang menyusu, Marsha juga mengalami pengalaman yang sama seperti ibu-ibu lain diluar sana. Jadi persediaan awal memang sangat penting. Seperti yang sedia maklum, harga baju mesra penyusuan jugak agak mahal sedikit dari baju biasa dan susah didapati diluar. Biasanya ia banyak dijual online.  Tetapi jika baju bahagian dalam (singlet) mesra penyusuan, ianya menjimatkan kos untuk membeli baju penyusuan serta kita boleh memakai pelbagai paten baju biasa yang sedia ada dirumah dan ia lebih menjimatkan.


Marsha telah survey dekat online dan berkenan dengan singlet yang sesuai. Ia juga dikenali sebagai camisole.  Rekaannya yang menarik hati dan Marsha terus order online. Ianya dikenali sebagai Nursing Cami dari Lunavie. Kalau korang nak tahu, produk Lunavie ni ada pelbagai produk untuk persediaan bersalin, pantang dan juga keperluan penyusuan | Lunavie Nursing Cami Bantu Sesi Penyusuan Marsha Selesa dan Lancar 

Lunavie Nursing Cami Bantu Sesi Penyusuan Marsha Selesa dan Lancar 

Nursing Cami dari Lunavie ini sebenarnya adalah produk terbaru Lunavie. Korang kenal tak brand Lunavie ni? Lunavie ini adalah satu brand yang tak asing lagi dalam produk penyusuan dan bayi. Jom kita tengok serba sedikit tentang Lunavie.

Tentang Lunavie


Lunavie adalah pakar dalam mencipta  produk ibu dan bayi yang boleh dipercayai. Janji Lunavie ialah menjadikan suasana keibubapaan lebih mudah dan berkualiti. Mereka menyediakan produk luar biasa yang menyokong ibu baru semasa perjalanan untuk menyusukan bayi dan menjaga bayi.

Caely (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1986 dengan asal perniagaan utamanya dalam jualan langsung pakaian dalam yang berkualiti di pasaran. Caely (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat Caely Holding Berhad yang disenaraikan di bawah BSKL, Malaysia. Untuk terus bersaing dan menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran, Caely mempelbagaikan pelbagai produknya untuk memasukkan produk pakaian dan keperluan rumah.

Lunavie telah dimulakan dengan matlamat untuk mewujudkan produk untuk ibu dan mesra bayi yang boleh dipercayai untuk pelanggan mereka. Mereka berusaha menjadikan keibubapaan lebih mudah dan lebih murah tanpa menjejaskan kualiti. Misi mereka adalah untuk menyediakan produk yang luar biasa yang menyokong wanita semasa perjalanan menyusu dan menjaga bayi.

Lunavie Nursing Cami

Pengalaman shopping online di website Lunavie memang best. Produk sampai dengan cepat je. Nursing Cami Lunavie ni ada 2 warna dan Marsha pilih warna kelabu sebab camisole hitam dekat rumah dah banyak. Jadi kelabu ni Marsha pilih untuk kelainan bagi nursing camisole.


Apa Yang Best Dengan Lunavie Nursing Cami?


Bagi Marsha, ibu-ibu diluar sana mesti kena ada Lunavie Nursing Cami ini. Kain yang digunakan halus dan lembut serta fleksible mengembang bentuk yang berubah-ubah dan mempunyai pad bra penjagaan yang sesuai dengan saiz payudara dan lembut dengan kulit. Jadi sesi penyusuan akan lebih menyeronokkan. Sesuai untuk pakai dengan baju biasa jika berada diluar rumah  atau dipakai dengan santai di sekitar rumah. Memang selesa sangat pakai. Kain pun menyerap peluh.

1. Direka dengan fabrik yang lembut & strechy supaya boleh menampung perut yang semakin membesar dan pulih selepas setiap penggunaan.


2. Mempunyai 'built in shlef bra'  & padding yang boleh ditanggalkan untuk memastikan liputan maksimum semasa proses penyusuan. 



3. Direka untuk membolehkan akses mudah apabila menyusui bayi anda, ciri dengan pad yang boleh buka dengan satu klip sahaja. ( One-Step Feeding Clasp)
4. Reka bentuk bukan kawat atau tiada 'wire' yang memberikan keselesaan dan peregangan menyediakan sokongan maksimum.
5. Mempunyai tali bahu yang licin, elastik dan boleh laras yang membolehkan turun naik dalam saiz payudara sebelum dan selepas menyusukan untuk mencapai pemasangan yang optimum.


6. Rekabentuk yang terkini dan stylo untuk ibu-ibu menyusu jadi nampak lebih classy.

Pengalaman Peribadi Marsha Dengan Lunavie Nursing Cami

Marsha cuba menggunakan Lunavie Nursing Cami di rumah dan juga diluar rumah ( di bahagian dalam baju biasa). Sepanjang pengunaan seharian memang sangat selesa. Pemilihan fabrik yang lembut dan mudah menyerap peluh memberikan keselesaan yang maksimum.





Sesi penyusuan juga tidak terganggu sebab ianya sangat mudah. Jika berada diluar Marsha boleh selak je baju biasa dan terus menyusu. Sebab ia tidak menampakkan bahagian perut kebawah. Lepas ni tak perlu dah pakai baju penyusuan lagi. Boleh melaram dengan baju biasa yang ada dirumah sahaja. Lebih jimat!

Maklumat Lanjut


Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Lunavie Nursing Cami ini, korang boleh rujuk maklumat dibawah:

Website | Facebook | Instagram



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

2 sahabat ibu

  1. Waalaikumussalam. Menarik sangat ni. Kalau dapat baby nanti, boleh la cuba 😁

    ReplyDelete
  2. bagus ada produk gini, menyokong penyusuan ibu-ibu kalau tidak cepat give up kan marsha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)