Travel Recommends TravelWiFi Router Liputan Sangat Meluas di Mekah & Madinah serta Seluruh Saudi Arabia

by - 12/17/2019 08:47:00 AM

Assalamualaikum


Alhamdulillah baru berkesempatan untuk update blog selepas balik dari Umrah Ziarah pada 06 Nov 2019 hingga 17 Nov 2019 lepas. Bermakna dah hampir  sebulan dah Marsha dan suami kembali ke tanah air tercinta. Banyak tau nak story mory dengan korang tentang pengalaman Marsha dan suami menunaikan Umrah. Tapi untuk post kali ni Marsha nak share dengan korang pengalaman Marsha menggunakan Travel Reccommends WiFi Router bersama pakej internet yang meliputi seluruh  Saudi Arabia | Travel Recommends TravelWiFi Router Liputan Sangat Meluas di Mekah & Madinah serta Seluruh Saudi Arabia

Travel Recommends TravelWiFi Router Liputan Sangat Meluas Mekah & Madinah serta Seluruh  Saudi Arabia

Sebelum bertolak ke Tanah Suci, Marsha memang dah survey pakej internet yang boleh Marsha guna untuk berhubung dengan anak-anak dan juga keluarga di Malaysia. Kalau boleh nak line yang superb dan tak ada buffering langsung. Memula survey juga yang bentuk sim card. Tetapi leceh sebab kena buka tukar sim card. Lagipun kalau sim card mesti kena purchase 2 kan? Encik suami pun mesti nak guna internet juga lagipun kami mempunyai group whatsapps jemaah umrah jadi apa-apa mutawwif akan update dalam group. Jadi memang sangat memerlukan liputan internet yang meluas.

Bila dah survey tu Marsha teringat yang ada kawan-kawan blogger yang travel luar negara ada gunakan satu TravelWifi dari Travel Recommends. Jadi Marsha terus buka website Travel Recommends dan search coverage wifi yang dorang cover samada dorang cover tak area Saudi Arabia. Pernah tengok kawan blogger bawa guna pergi Indonesia dan Australia tetapi belum ada di Saudi Arabia sebab tu kena survey dulu. Rupanya Travel Recommends pun ada cover Saudi Arabia dengan RM28/day sahaja. Ini sudah bagus dah la UNLIMITED dan satu TravelWifi tu boleh guna untuk 5 device. Puas hati! So tanpa berfikir panjang Marsha terus buat booking.

Internet di hotel kan ada? Marsha pasti ini mesti akan di tanya. Ya di hotel memang ada kemudahan internet. Tetapi terhad. Kalau ramai guna liputan akan jadi terhad. Kemudian bila kita berada jauh dari hotel, internet di hotel juga tidak boleh menjangkau ke jarak yang agak jauh. Hotel Marsha dan suami menginap di Mekah sejauh 400 meter dari Masjidil Haram. Jadi memang lah internet hotel tak kan dapat liputan bila keluar dari hotel. Jadi susah untuk tahu update dari mutawwif. Penggunaan internet yang terhad pun akan jadi masalah bila nak call family di Malaysia menggunakan aplikasi whatsapp atau aplikasi yang lain. Tak best la kan?

Macamana Nak Collect TravelWifi?

Setelah buat booking di website Travel Recommends, Marsha memilih untuk collect sendiri di KLIA2. Sebelum ni ada booth di KLIA juga tetapi pada tarikh Marsha berlepas, booth di KLIA masih belum dibuka.




Senang je hanya tunjuk nombor booking dan TravelWifi Router akan diserahkan sebagai pinjaman. Dalam satu set kita akan dibekalkan dengan 1 TravelWifi router siap dengan username & password, kabel dan plug international. Cara penggunaan juga dibekalkan sekali dalam satu kit beg tersebut.

Pengalaman Peribadi Menggunakan Plan Internet TravelWifi dari Travel Recommends

Usai mendarat di lapangan terbang King Abdul Aziz, Jeddah Marsha terus on TravelWifi dan connect dengan handphone Marsha. Sesi connecting yang amat mudah dan liputan yang sangat clear. Marsha boleh terus whatsapps keluarga update sudah sampai ke Jeddah. Marsha tak call sebab tau abah ma masih nyenyak lena di Malaysia..hihi. Husband pun juga update keluarga mertua. Hanya connect dengan TravelWifi.

Touchdown je Jeddah terus on...Impress bila tengok line naik Saudi Arabia


Sepanjang berada di Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah, Marsha dapat update secara LIVE pengalaman dan juga sharing Marsha dari Mekah dan Madinah. So far kemana sahaja tempat ziarah yang Marsha pergi pun liputan sangat ok. Tak ada 'buffering' langsung.

Bergambar bersama Clock Tower di Mekah


Masa dekat hotel di Mekah pun ada Wifi hotel tetapi sangat terhad. Paling ok pun di dewan makan. Begitu juga di hotel dekat Madinah. Jadi memang tak rugi pun Marsha labur RM28/day selama 12 hari untuk berhubung dengan keluarga, mengetahui update dari mutawwif dan juga update di tempat kerja. Disebabkan Marsha pergi umrah sebelum cuti sekolah memang kena alert sedikit.

Bergambar bersama TravelWifi di Masjid Nabawi, Madinah


Dekat sana memang ada jual sim card di sana tapi kena top up pula dan sim card kena tukar. Senang guna Travel Recommends TravelWifi ni sebab tak perlu nak top up dan juga tukar simcard. Mengikut mutawwif, jika guna sim card sana call melalui whatsapps akan di block. Hanya boleh message sahaja. Tetapi dengan TravelWifi ni Marsha boleh call anak-anak dengan aplikasi whatsapps ni. Memang puas hati sangat guna.

Di Mekah


InsyaAllah jika ada rezeki ke luar negara lagi, Marsha akan repeat lagi Travel Recommends ni. Liputan dia membuatkan Marsha jatuh cinta.

Di Taif


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang pakej, harga, promosi dan banyak lagi korang boleh rujuk maklumat dibawah.

Website | Facebook | Instagram







Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

4 sahabat ibu

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah syukur dijemput menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci. doakan kami pulak menyusul ye ^_^

    ReplyDelete
  2. Wah bagusla pakai internet ni dekat sana.. Tak terfikir pulak.. Kita ni mmg sentiasa nak update kan.. Bagi org tengok.. Bgus

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat jejak kaki ke sana. Pergi jauh-jauh pun bole berwasap dengan family kat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Memang kalau nak travel..pocket wifi mmg senang. Sis pun selalu travel guna ni..tapi lain company. Nanti boleh cuba yg ni pulak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)