Cara Uruskan Kewangan Untuk Travel

by - 1/28/2020 11:37:00 PM

Assalamualaikum

Travel memang menjadi sebahagian dari diri Marsha dari dulu. Tak kisah dalam atau luar negara janji travel. Kalau dah minat memang tak boleh nak buat apa. Setiap tahun akan diusahakan juga untuk travel bercuti kemana-mana destinasi pilihan. Marsha akui nak travel ni memerlukan masa dan paling penting DUIT. Kalau tak ada DUIT susah nak travel dengan gembira dan senang hati. Sebab tu semasa plan nak travel kita perlu ada plan kewangan yang baik. Dalam entri kali ni Marsha nak share macamana cara Marsha | Cara Uruskan Kewangan Untuk Travel


Cara Uruskan Kewangan Untuk Travel


Impian ini bukan impian Marsha sahaja dan Marsha pasti travel ialah impian setiap individu, untuk pergi berehat dan lari daripada kesibukan kerja yang tak pernah berhenti. Yelah hidup kita bukan hanya untuk kerja semata-mata. Badan dan otak kita juga perlukan rehat. Jadi pergilah bercuti. Setiap individu mempunyai cita rasanya yang tersendiri mengenai travel ni. Ada orang yang suka pergi melihat alam sekitar, ada orang sukakan pantai dan sebagainya.



Namun masalah utama yang berlaku adalah kekurangan duit untuk pergi travel ni. Ini yang membantutkan kita daripada pergi bercuti. Hal ini terjadi disebabkan kita tak pandai nak manage kewangan kita. Kalau kita reti uruskan perancangan kewangan tu, semua mejadi lebih mudah. Selain itu, kita tak pernah nak buat perkiraan dan perbandingan kos juga menajdi punca yang menjadikan kos percutian kita tinggi.


Perancangan yang details daripada awal


Perancangan ni bukan dibuat lagi sebulan before korang fly, tetapi at least 2 bulan before daripada masa korang nak beli tiket. Kenapa kena plan awal? At least bila korang dah plan awal, korang dah ada saving untuk beli ticket flight dulu. Tak adalah masa nak beli tiket nanti pening kepala takut hujung bulan tak cukup duit untuk survive.


Buat bajet perjalanan


Buat bajet untuk percutian korang nanti. Bajet ni penting untuk kita tahu anggaran berapa yang perlu kita ada untuk travel nanti. Senaraikan secara detail. Jangan terlepas walau satu pun yang melibatkan kos. Walaupun ianya sekecil-kecil kos. Dan letakkan juga kos untuk emergency iaitu lebih kurang 10% daripada bajet keseluruhan. Sebagai contoh sekiranya jumlah bajet yang korang perlukan dalam RM3000, pastikan korang tambah lagi RM300 sebagai bajet tambahan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Bajet memang kena buat siap-siap tambahan pula currency juga ada naik turun jika korang nak melancong ke luar negara. Dalam bajet tu la korang dapat trace berapa kewangan yang korang perlu dan dalam masa yang sama korang boleh dapatkan deal yang berbaloi untuk tiket flight, hotel dan sebagainya.


Pilih tawaran yang terbaik


Setelah korang buat bajet tadi, senaraikan juga beberapa pilihan yang korang ada untuk dibandingkan, supaya kita dapat memilih yang menggunakan kos paling minima. Contoh kalau airport transfer, korang boleh compare harga untuk seorang dengan gunakan beberapa jenis transport. Setakat ni aku rasa kalau travel kurang daripada 3 orang, korang boleh guna KLIA transit. Dan KLIA transit booking ni korang boleh buat dekat Traveloka. Sebab harganya jauh lebih murah berbanding KLIA Express. Kalau tak percaya cuba comparekan airport transfers deals yang ada dekat Traveloka ni, nanti baru korang boleh nampak. Begitu juga pilihan untuk makan, penginapan, pengangutan di sana nanti dan sebagainya. Semestinya bila korang dah buat senarai ni, korang dah boleh buat keputusan yang terbaik untuk percutian korang nanti.

Tabung Khas Travel


Sediakan satu tabung khas untuk travel dan tampal anggaran target untuk korang achieve dekat tabung tu. Letak tabung tersebut berdekatan dengan tempat yang selalu korang pergi. Kalau selalu duduk dekat meja solek, letak atas meja solek. Kalau suka buka peti ais, letak atas peti ais supaya korang mudah nampak. Dan pastikan setiap hari korang kena masukkan duit, tak kesah lah berapa sekalipun. Sekiranya korang dah mula menabung setahun awal, mungkin setiap 3 bulan korang boleh kira dan rekodkan dekat tabung tersebut. Hal ini bagi memastikan korang akan achieve target korang tu.


Ini memang antara tips yang bagi Marsha korang wajib buat. Kumpul tabung travel pakai duit job tepi ke atau bisnes kecil korang jika korang ada buat bisnes sampingan. Tetapkan sebulan berapa korang nak spend masukkan dalam tabung travel ni. Jadi duit tabungan travel ni boleh guna sebagai bekal kita masa travel nanti.


Asingkan sebahagian duit gaji


Bagi aku ini antara cara yang paling effective kalau korang nak asingkan duit travel. Contoh kalau korang memerlukan RM3600 untuk travel yang akan datang dan ada masa setahun lagi, setiap kali dapat gaji asingkan siap-siap RM300 sebelum dibelanjakan untuk benda lain. At the end nanti dapatlah korang achieve target korang tadi.

Baru-baru ni kami ke Singapura dengan simpanan kami


Memang confirm jadi kalau korang disiplin buat cara ni. Memang akan achieve target korang dan perlu buat awal supaya tak rasa berat nak saving. Marsha dan suami asingkan duit gaji RM200/month untuk bekal next travel. Jadi let say sampai bulan 10, kami dapat kumpul RM400 x 10 bulan = RM4000. Dah cukup tu untuk bekal ke destinasi pilihan kami.


Kurangkan aktiviti luar hujung minggu

Ini pun sebenarnya banyak menyumbang untuk kita kumpul duit travel. Even korang cakap, pergi pusing-pusing je tak keluarkan apa-apa duit pun. Sedangkan korang lupa minyak kereta yang korang guna untuk keluar hujung minggu tu juga merupakan salah satu kosnya walaupun ia tidak dilihat secara mata kasar. Apatah lagi yang jenis keluar mesti nak makan mewah, shopping dan sebagainya. Banyak sebenarnya korang boleh jimat kalau korang kurangkan aktiviti berseronok di hujung minggu. Marsha just cakap kurangkan, bukan tak keluar langsung. Nanti stress pulak. hahaha

Jadi itulah tips-tips cara uruskan kewangan untuk travel yang Marsha nak kongsikan dengan korang. Bila dah cukup duit nak travel, korang boleh lah ke destinasi pilihan korang. Marsha pun tengah amalkan tips ini untuk bawa suami dan anak-anak ke Sydney nanti. Moga dipermudahkan...Aamin.




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

10 sahabat ibu

  1. thanks for the tips marsha. thn ni x boleh bercuti mana2 sebab anak sulung ambik spm. lps dia duduki spm tu rasanya nak ke sarawak la. lama dah x jn2 naik flight.

    ReplyDelete
  2. Travel sebab suka tengok dalam semulajadi.

    ReplyDelete
  3. waa kalau dpt berjimat duit tu boleh guna utk travel ke tempatl lain pula

    ReplyDelete
  4. Dulu kitorang selalu pi tengok wayang, bila tengok wayang kena beli popcorn dengan air, budget dalam RM50. So tahun ni suami buat tabung holiday. Semua duit entertainment termasuk wayang dah masuk dalam tu..lepas ni tengok wayang kat tv rumah je la :D

    ReplyDelete
  5. betul, nak travel nih, kondisi kewangan tu yg menjadi punca utama. kalau dah kukuh baru boleh pandang lain sudut pulak kan.

    ReplyDelete
  6. thank you so much for sharing this akak

    ReplyDelete
  7. Terima kasih tipsnya Marsha.. nak travel ni memang paling utama kena kumpul duit dulu kan😅... bestnya bercuti si singapore.. sana matawang tinggi tu, harap satu hari dapatlah jugak menapak di bandar² sana...
    ~dah follow blog marsha.. hope we can be friends

    ReplyDelete
  8. memang kena ada budget tambahan untuk perkara kecemasan. kalau boleh standby dalam bank juga dan activekan kad.. nice sharing kak..
    insyallah bermanfaat..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Sis Marsha Liza, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)