TAHAN™ Instant Hijab PTT Outdoor Selesa & Ringan Semasa Bersukan

by - 1/16/2020 03:04:00 PM

Assalamualaikum


Sejak awal tahun 2019, Marsha menjebakkan diri dalam aktiviti riadah, Fun Run. Kalau yang follow Marsha, mesti tau kan? Alhamdulillah setelah 8 larian pada tahun 2019 dah nampak perubahan. Antaranya jarak yang sama tapi minit penghabisan semakin singkat. Tujuan utama nak 'fit' dan bina stamina selepas bersalinkan Tufael & juga preparation untuk mengerjakan umrah pada bulan November 2019 lepas. Alhamdulillah sekali lagi.

Untuk bersukan umumnya, tak kisah lah nak bersukan apa pun. Cycling, run, bola baling, hiking dan banyak lagi memerlukan pakaian yang sesuai dan selesa. Betul tak? Kalau korang nak tahu, Marsha pun antara salah seorang guru PJK dan juga guru elit bola baling di sekolah Marsha. Bersukan memerlukan pakaian khas yang selesa dan kalau boleh ianya mestilah ringan dan mudah menyerap peluh. Paling Marsha titikberatkan ialah hijab. Sebagai wanita muslimah selain seluar baju yang labuh longgar, tudung atau hijab antara yang paling Marsha concern. Nak bersukan ni tak boleh pakai shawl bagai...kang melayang & sambil lari dok betulkan tudung je...hihi. Ada yang sesuai tapi pendek pula. Akhirnya Marsha dah jumpa tudung instant yang labuh dan selesa. Jadi jomlah baca | TAHAN™  Instant Hijab PTT Outdoor Selesa & Ringan Semasa Bersukan


TAHAN™  Instant Hijab PTT Outdoor Selesa & Ringan Semasa Bersukan

Kali pertama Marsha terpesona dengan TAHAN ™ Instant Hijab ni ialah rekabentuknya yang bagi Marsha sangat sesuai dengan kriteria yang Marsha cari sebagai seorang muslimah moden dan dalam masa yang sama memerlukan keselesaan ketika melakukan aktiviti lasak. Kriteria yang Marsha cari sebenarnya ialah labuh di bahagian depan dan belakang serta tidak ikut terbang jika ada angin semasa berlari atau membuat aktiviti lasak serta masih nampak kemas. TAHAN ™ Instant Hijab dikenali ramai sebagai Sports Hijab Malaysia tau!






Ngade-ngade kan kriteria yang Marsha cari. Untuk keselesaan apa salahnya kan?..hihi. Bila TAHAN ™ Instant Hijab ni sampai, kebetulan esoknya Marsha nak larian fun run. Jadi memang terus lah boleh cuba. Dah cuba sarung dekat rumah dan memang rasa selesa. Jadi Marsha tak sabar nak guna semasa run keesokkan hari nya. Bukaan mukanya pun tak ketat dan tak longgar. Memang tak sabar nak cuba TAHAN Sports Hijab ni.


Keistimewaan TAHAN ™ Instant Hijab Berbanding Hijab 

Marsha memilih TAHAN™  Instant Hijab ini setelah membuat perbandingan dengan beberapa instant hijab yang lain. Korang nak tau keistimewaan TAHAN™  Instant Hijab ni? Jom kita tengok




  • Selesa
  • Ringan - dirasakan seperti kulit kedua
  • Fabrik yang selesa - rasa sejuk je walaupun dalam cuaca yang panas
  • Stretchable
  • Tidak bergerak semasa senaman
  • Harga Mampu Milik
  • Cepat kering
  • Reka bentuk yang bergaya tetapi labuh

Best kan? Bila unboxing parcel TAHAN™  Instant Hijab ni, bila Marsha pegang material kain memang serius jatuh cinta. Ringan sangat dan material terdiri dari 90% Poliester dan 10% Spandeks memang sangat best. Tak sabar? Memang perasaan tak sabar nak pakai untuk aktiviti esoknya. Nasib tak pakai tidur je...hahaha.

Best Ke Tak Pakai TAHAN™  Instant Hijab?

Belum pakai pun hati dah berbunga-bunga. Bila dah pakai, rasa keselesaannya dan juga kriteria yang mencapai tahap yang Marsha cari. Jawapannya MEMANG BEST! Masa larian, tudung terletak elok je tak terbang. Awning TAHAN™  Instant Hijab pun steady terletak elok walaupun peluh dah membasahi TAHAN™  Instant Hijab ni. 



Walaupun peluh, TAHAN™  Instant Hijab cepat kering dan pilihan material kain memang memberikan keselesaan pada pengguna macam Marsha ni. Masa berlari pun rasa sejuk je dan ringan. Memang sangat selesa dan tak menganggu larian Marsha. Kalau korang nak tahu memang Marsha suggest TAHAN™  Instant Hijab. Harganya pun mampu milik. Bawah RM100 pun dapat dengan kualiti kain serta design yang terbaik


Maklumat Lanjut


Website | Facebook | Instagram



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

1 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)