Takwim Persekolahan 2020

Assalamualaikum


Dah masuk tahun 2020 dah. Walaupun kereta terbang masih belum wujud, takwim persekolahan 2020 tetap ada. Ini untuk memudahkan ibu bapa merancang cuti mereka bersama anak-anak. Marsha pun tak terkecuali. Tambahan pula Kakak Anith tahun ni akan menhadapi exam penting iaitu UPSR. Jadi memang Marsha kena well prepare jika nak bercuti ataupun nak balik kampung. Banyak nak kena pertimbangkan. Jadi kat sini Marsha nak share dengan korang| Takwim Persekolahan 2020

Takwim Persekolahan 2020


Setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia akan buat takwim persekolahan umum setiap tahun. Jadi ia lebih memudahkan ibu bapa, guru dan juga pelajar sendiri. Setiap tahun Marsha pasti kebanyakan ibu bapa akan menunggu update takwim persekolahan umum. Marsha sebagai seorang cikgu pun memang menatikan takwim persekolahan umum ni.

Takwim persekolahan 2020 dan juga setiap tahun disediakan dalam dua jadual disebabkan ada negeri yang bersekolah pada hari ahad seperti Kelantan, Johor, Kedah & Terengganu (Kumpulan A) . Manakala ada negeri yang bercuti pada hari ahad iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Pahang dan Pulau Pinang (Kumpulan B). Jadi Marsha nak share dengan korang walaupun sekarang ni dah masuk bulan Februari.

Takwim Persekolahan Kumpulan A (Ehsan wesite KPM)

Takwim Persekolahan Kumpulan B (ehsan website KPM)

Nampaknya cuti penggal tu boleh tahan agak lama. Jadi ayah-ayah dan mak-mak boleh la well prepared untuk amik cuti bila cuti sekolah yea. Senang kalau dah buat perancangan awal ni. Nak booking hotel atau flight pun dah boleh bila takwim persekolahan 2020 dah siap. Tak ganggu waktu pembelajaran anak-anak. Anak-anak ni kena bawak juga bercuti walaupun balik kampung pun sebab ia akan menghilang atau mengendurkan stress belajar mereka. Sesekali release stress apa salahnya kan? Bercuti juga adalah masa kita bersama famili. Bila hari biasa sibuk bekerja dan anak sibuk dengan kerja sekolah, bercuti lah 'penawar' semuanya. Ikatan kekeluargaan juga akan jadi lebih erat.

Apapun plan percutian korang tahun ni moga dipermudahkan. Marsha pun suka travel dan ada plan tahun ni nak bawa anak-anak bercuti jauh sikit. Cuma mungkin akhir tahun lah sebab Kakak Anith akan menghadapi exam UPSR tahun 2020 ni. Tak nak ganggu sesi pembelajaran Kakak Anith. Plannya nak bawak anak-anak ke Sydney tahun ni. Masih dalam plan lagi dan tak mustahil akan berubah. Cuma tahun ni nak keluar jugak bercuti. 

Kalau dah dasar kaki travel kan. Tak boleh nak lepas dari travel...hihi. Otak ni pada tahun lepas lagi dah ligat berpikir tentang lokasi percutian seterusnya dan mula menabung. Nak travel memang kena menabung baru lah best! Kenapa Marsha pilih Sydney? Sebab kawan husband masih kat sana dan Marsha plan kami nak backpackers je bersama anak-anak nanti. Sebab tu kena well prepared. Tufael pun bulan April ni genap setahun jadi dah boleh bawak jalan jauh sikit.

Plan B kami pula mungkin ke Bali untuk melihat keindahan kat sana. Kami sekeluarga ni memang minat nature. Jadi lokasi percutian pun lebih kepada nature. Korang doakan plan kami menjadi ye walaupun kemana lokasi percutian kami sekeluarga nanti. Marsha pasti akan share dengan korang semua.

Buat mak ayah boleh simpan jadual ni dalam smartphone korang untuk perancangan satu tahun atau korang boleh juga download di website Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Apa apa senang nak rujuk. Buat mak ayah yang anak-anak hadapi exam penting tahun ni seperti UPSR, PT3 dan juga SPM, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menyediakan takwim peperiksaan. Nanti Marsha akan share dekat next entri ya! 

Jadi jom lah merancang dari awal supaya semua perancangan berjalan lancar. Aaamin. Tak sabar pula nak travel ni! Kaki dah gatal merenyam!!!



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. lamanya tak singgah sini. ray skrg tgk takwim utk uni pulak hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us