Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020

by - 1/26/2020 08:30:00 AM

Assalamualaikum


Bagi semua pekerja, tak kira goverment atau swasta memang menantikan gaji. Gaji adalah sumber pendapatan utama yang memang semua pekerja tunggu. Banyak yang nak dibuat dengan gaji. Nak bayar bil-bil bulanan, simpanan, keperluan sekolah anak-anak, keperluan rumah dan banyak lagi. Jadi kalau ada tarikh pembayaran gaji untuk setiap bulan kita boleh plan siap-siap. Betul tak? Untuk pekerja yang kerja kerajaan memang sudah ada jadual atau tarikh pembayaran gaji tahunan. Jadi boleh planning siap-siap. Biasanya gaji setiap bulan kalau tak ada apa jatuh pada 25hb setiap bulan kecuali ianya jatuh hari jumaat ataupun bulan itu ada perayaan. Sebagai contoh gaji Januari jatuh 16hb disebabkan perayaan Tahun Baru Cina.  Jadi nak tahu bulan Februari nanti dan seterusnya berapa haribulan? Jom Baca | Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020



Macam yang Marsha dah bagitau tadi gaji ialah paling penting sebab ia adalah sumber pendapatan utama. Macam Marsha dan suami pun gaji itu lah sumber pendapatan utama kami. Nak bayar bil-bil, keperluan anak sekolah, keperluan anak-anak, makan minum, barang dapur, simpanan dan banyak lagi. Jadi tarikh pembayaran gaji memang sangat penting sebab boleh planning siap-siap bajet untuk setiap bulan.

Setiap bulan Marsha memang akan buat bajet sebab kalau terlebih bajet nanti susah. Jadi buat siap-siap supaya bajet tak lebih dan boleh menyimpan. Tahun ni Marsha nak menyimpan untuk 'bekal' pergi travel. Tahun ni plan nak ke Sydney atau tempat lain dalam list seperti Bali, Jakarta ataupun Brunei. Tengok pada bajet yang ada. Jadi tarikh pembayaran gaji ni memang sangat penting bagi Marsha. Encik suami dah bayar pelbagai bil, jadi giliran Marsha lah menyimpan untuk travel. Nanti encik suami tak la top up banyak sangat. Apa salahnya bersama-sama menabung kan?..hihi

Macam marsha cakap tadi, tarikh pembayaran gaji tak akan lebih dari 25hb setiap bulan. Jika ada perayaan ataupun 25hb jatuh pada hari jumaat, sabtu atau ahad, gaji akan masuk lebih awal. Jadi bila gaji masuk lebih awal, memang kena buat bajet. Let say kalau gaji awal seperti bulan Januari ni 16 hb, next gaji Feb pula 25hb. Ia akan amik tempoh masa yang lama untuk dapat gaji seterusnya. Jadi masa tu lah kena planning betul-betul. Kalau tak nanti lari bajet nak cekau mana...nangis bucu katil pula...hihi.

Ok buat yang tertanya-tanya kat mana nak dapatkan tarikh pembayaran gaji tahun 2020, korang boleh google je atau rujuk jadual dibawah:


Jadi korang boleh siap-siap plan setiap bulan awal bila dah ada jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2020 ni. InsyaAllah tak akan lari bajet. Kalau yang main kutu pula mesti sama tertunggu-tunggu juga tarikh pembayaran gaji kan? Sebab biasanya kutu akan dapat bila gaji masuk. Betul tak?

Jadi moga jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2020 ini dapat bantu korang well planned korang punya bajet ye. Kalau yang kerja swasta mesti kompeni sudah ada jadual juga. Nak menabung untuk bercuti pun memang perlu ni. Tak kira lah bujang atau dah berkeluarga. Semua mesti ada komitmen untuk keperluan diri dan juga keluarga. Jadi gunakan sebaik mungkin. Jom planning sama-sama!

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

8 sahabat ibu

  1. Yes jadual gaji pun penting untuk online seller juga. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul masa ni la promo kaw kaw kena buat kan..hihi

      Delete
  2. Wah gaji penjawat awam masuk awal betul bulan 5 dan 12 nanti ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah awal tapi kena get ready la tempoh nak ke next gaji pula..hihi

      Delete
  3. Puan .. gaji oct 26hb ? bukan takkan lebih dr 25hb ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya macam tu tapi tahun ni pelik. Sy dah rujuk laman web jabatan akauntan pun sama

      http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)