10 Restoran Paling Best di Kuala Lumpur

by - 4/14/2020 05:01:00 PM

Assalamualaikum


Kuala Lumpur, adalah Kota Metropolitan yang menjadi tempat ramai untuk mencari rezeki. Malah ianya juga syurga makanan. Pelbagai jenis makanan yang ada di Kota Raya yang berprestij ni dari sarapan hinggalah ke makan malam. Tapi bila PKP dijalankan, semuanya menjadi terhad. Tak boleh keluar sesuka hati dan hasrat untuk keluar makan di restoren atau kedai makan kena 'hold' kejap sehinggalah habis PKP ni. Sedih tak dapat nak rasa makanan yang best? Jangan macam tu. Walaupun korang tak boleh keluar, tapi korang masih boleh menikmati hidangan enak dirumah sebab masih ada perkhidmatan yang disediakan untuk menghantar makanan yang diorder. Jadi tak perlu bimbang nak merasa makanan enak di restoren kegemaran korang di Kuala Lumpur ni. Haaa...Marsha nak share dengan korang | 10 Restoran Paling Best di Kuala Lumpur 

10 Restoran Paling Best di Kuala Lumpur


1 - Restoran Raso Omak Den


Bila tengok nama restoran ni memang automatik dah dapat teka apa jenis masakan yang ada kat sini. Tentulah masakan asli dari Negeri Sembilan.Pelbagai jenis pilihan masakan yang ada di restoran ini dan ianya memang sedap semuanya.



Antara hidangan yang disediakan adalah sambal tempoyak daun kayu, daging salai masak lemak, ikan bakar, masak lemak cili api, pucuk ubi masak tempoyak, daging kicap, udang sambal dan banyak lagi. Bagi yang suka masakan pedas terutama masakan Negeri Sembilan memang Marsha sarankan restoran ni untuk korang.

Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Setiap Hari Kecuali Jumaat (8.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (Tutup)

2 - Nasi Lemak Tanglin

Nasi lemak memang menjadi sarapan yang wajib setiap pagi. Korang boleh merasai nasi lemak beraroma menggoda disini dipadankan  bersama dengan lauk seperti sotong, paru, ayam dan banyak lagi.



Lokasinya di kompleks Makan Tanglin sesuai dengan nama restoran Nasi Lemak Tanglin yang menjanjikan nasi lemak yang sedap yang tak ada di tempat lain sehingga boleh dikatakan sebagai salah satu nasi lemak yang terbaik di Malaysia.

Setiap hujung minggu ada LIVE Band pulak...memang ohsem!


Alamat: Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

3 - Shell Out


Kalau tekak tetiba teringin nak layan seafood korang boleh  bawa family untuk ‘bershell out’ seafood di Shell Out. Kat sini korang sekeluarga dapat menikmati makanan laut yang segar seperti ketam, kerang, udang, sotong dan sebagainya bersama dengan kuah istimewa yang sangat sempurna rasanya untuk memaksimakan lagi keenakan hidangan.





Antara pilihan sos yang boleh dipilih adalah seperti lemon pepper, butter garlic, shell bang (gabungan lemon pepper dan butter garlic), black pepper, dan kari yang pekat. Dalam banyak-banyak jenis kuah yang disediakan, paling anda patut cuba adalah shell bang yang confirm buat korang ketagih & repeat balik.



Alamat: Lot G-12, ground floor, G, 35, Jalan Desa Pandan, Desa Pandan, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

4 - Mat Rock Ayam Goreng Kunyit


Ni menu Favorite Marsha ni. Uii sedap kalau kalau kena dengan nasi putih panas-panas. Hanya bermula dengan food truck dan sekarang ni dah ada 10 food truck. Terbaik! Memang viral sebab rasanya sedap!



Bukan food truck je tau, restoran pun ada. Kalau nak lebih selesa bolehlah singgah ke restorannya yang terletak di Jalan Kampung Pandan.


Kat sini korang boleh cuba set nasi ayam goreng kunyit bersama dengan teh o ais. Ayamnya cukup juicy dan segar dan ada sambal khas sekali dalam set. Antara hidangan  lain yang ditawarkan adalah sotong goreng kunyit yang dimasak sehingga rangup di luar, namun kekal lembut di dalam.

Alamat: Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Special, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)


5 - Kari Kepala Ikan Annuar

Nampak je gerai di tepi jalan, tetapi masakannya terkenal di seantero Malaya. Ia juga juga dikenali sebagai Kari Kepala Ikan Bawah Pokok.

Kari yang dihidangkan di sini memiliki rasa yang betul-betul asli seperti kari mamak. Memang pekat dan memikat. Dengan hanya RM3 untuk menu nasi yang lengkap dengan ayam dan sayur. Bagi kari kepala ikannya pula bergantung kepada saiz kepala ikan yang diambil.



Untuk memaksimakan keenakan dan kekenyangan hidangan, korang boleh makan kari ini bersama dengan sotong atau ayam goreng yang ada disini.


Alamat: Bangsar At the corner of Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 5.30 pm)


6 - Muhibbah Seafood


Korang peminat makanan Thai? Jangan risau, korang boleh merasa seolah-olah berada di Thailand kalau singgah makan di Restoran Muhibbah Seafood. Pelbagai jenis menu Thailand, Cina dan Melayu yang menyelerakan seperti tom yam Thailand, tauhu masak san kong, ikan stim teochew, daging masak lada hitam, nasi goreng dan banyak lagi.



Jadi tak perlu nak ke Thailand merasai makanan Thai. Kuala Lumpur pun ada....hihi



Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 12.00 pm – 10.00 pm


7 - Nasi Lemak Saleha


Haa...ni satu lagi port yang wajib korang try. Jangan pandang sebelah mata je dengan Nasi Lemak Saleha ni. Rasa nasi lemaknya bukan taraf gerai tepi jalan tau.



Rasa lemak nasi lemak sangat padu, lauk-pauk yang dimasak juga secukup rasa. Bukan hanya sedap, tapi tuan kedai pun tak kedekut. Memang terbaiklah



Bermacam jenis lauk yang ada kat sini, korang  boleh pilih sama ada ingin menikmati nasi lemak ini dengan rendang ayam, sotong atau macam-macam lagi.

Alamat: No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 am – 12.00 am)

8 - Nasi Lemak Royale Kedah Ampang

Ini kalau terlambat memang bye-bye lah jawabnya. Asal dari kedah dan memang jadi viral. Kalau lewat sikit pun jenuh nak beratur panjang untuk rasa kenikmatan Nasi Lemak Royale Kedah Ampang ni.


Bukan macam nasi lemak biasa, Nasi Lemak Royale Kedah Ampang ni agak sama dengan nasi kandar tetapi nasinya berwarna kuning. Unik kan?

Korang boleh padankan dengan lauk seperti sotong, ayam goreng, daging masak lada hitam, daging kambing dan banyak lagi. Paling best nasi ni boleh letak kuah campur macam nasi kandar. Terangkat!!

Alamat: Clubhouse Tiara Duta, Jln Dagang 4,Taman Putra Sulaiman, 55100 Ampang, Selangor

9 - Sup Tulang Janda Baik

Buat penggemar sup pula korang boleh cuba Sup Tulang Janda Baik ni. Haa...nama je tau! Bukannya kat sana ada janda baik...hihi. Sekali hirup sup tulangnya, hilang resah dihati. Kesedapannya dapat menyejukkan hati siapa pun yang mencuba.




Bukan sekadar terkenal dengan sup tulangnya yang enak mengalahkan kedai lain, nasi ayamnya juga sungguh menyelerakan! Saiz ayam yang diberikan juga agak besar untuk harga yang begitu murah.



Alamat: Pudu, 50460 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


10 - Sate Zainah Ismail



Selain Sate Haji Sahmuri, lagi satu sate legend yang mesti anda cuba adalah Sate Zainah Ismail yang terletak tidak jauh dari Stesen LRT Damai.



Memang tak rugi cuba walau terpaksa balik lewat sebab satenya ini memiliki rasa yang sangat yang unik yang tak ada pada sate yang lain. Rahsia kelazatan sate ini dikatakan terletak pada rempah yang digunakan dalam pemerapan daging sate.



Tidak cukup dengan perapan yang power, tahap kepekatan kuah kacang yang dihidangkan juga mencuri hati sesiapa sahaja yang pernah merasa.

Saiz daging yang dicucukkan pada setiap batang sate ni yang besar-besar belaka. Nak tahu besar tak besar, 3 ke 4 kali gigit baru habis sebatang, begitulah besarnya. Memang berbaloi!!

Alamat: 1077, Lorong Kiri 20, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Setiap Hari (6.30 pm – 11.30 pm)


Order Online, Jimat Masa dan Less Contact

Haa...itulah antara senarai restaurants near me di Kuala Lumpur yang bagi Marsha korang memang patut cuba. Bermacam jenis masakan yang ada tinggal nak buat pilihan je. Cuma buat masa ni masih boleh keluar untuk nikmati makanan yang sedap ni. Apa lagi order online je. Senang, jimat masa dan less contact.



Korang boleh je guna perkhidmatan Foodpanda Malaysia Delivery semua boleh dihantar dan penghantaran pun memang ditetapkan secara less contact. Memang ikut saranan semasa PKP ni. Jadi korang tak perlu risau, pilih makanan kegemaran dan pihak Foodpanda Malaysia akan menghantar ke destinasi korang dengan selamat. Tak ada masalah duduk rumah dan menikmati makanan kegemaran dengan keluarga tersayang.


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

1 sahabat ibu

  1. malas nak order online and plus tengah berjimat haha plus the place is far. but good to know.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)