Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

by - 4/27/2020 09:07:00 PM

Assalamualaikum


Hari ini dah 4 Ramadhan dan 1 Syawal bakal tiba. Rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Sedap dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak secara perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah. 


Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang 


Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang. Marsha dah cuba kesemua rendang dari setiap negeri dan semuanya menjadi favorite Marsha sekeluarga.


Rendang Bagi Yang Baru Mencuba 


Bagi korang yang baru hendak mencuba memasak rendang, rahsia yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim. 

Nak bantu korang menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh korang ubah sesuai dengan peningkatan skill korang masa membuat rendang. Jadikan resipi korang unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik. 

Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020



Jadi jom kita kita resepi rendang daging yang telah dihasilkan oleh Ayam Brand™ untuk korang ubahsuai dengan citarasa korang.


Resepi Rendang Daging

Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8

Bahan-bahan

Rempah

  • 3 bunga cengkih
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 2 asam jawa
  • 5 daun limau purut dihiris halus
  • 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa


Pes (kisar halus) 

  • 2.5cm lengkuas, dihiris
  • 3 batang serai, akar sahaja, dihiris
  • 7 ulas bawang putih, dihiris
  • 6 bawang merah, dihiris
  • 2.5cm halia, dihiris
  • 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging

  • 1kg daging lembu, dipotong kiub


Santan Kelapa

  • 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda 
  • Minyak untuk menggoreng 
  • 1 cawan air 

Cara Memasak
  1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. 
  4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. 
  7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 
  8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 
  9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan. 

Apakah Resipi Istimewa Rendang Korang?


Hadiah-hadiah menarik menanti korang tau! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat post di Instagram atau Facebook. Jangan lupa tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi! Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik ni.



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

6 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)