Resepi Mudah dan Sedap Daging Bakar Danok

by - 4/27/2020 08:18:00 AM

Assalamualaikum


Udah masuk hari ke-4 Ramadhan. Mesti korang dah buntu nak masak apa untuk berbuka kan? Disebabkan masa PKP atau RMO ni korang dah masak macam-macam menu. Betul tak? Marsha pun sama. Sekarang ni nak masak benda yang simple je sebab rasa dah muak nak makan menu bersantan atau berkuah. Sekarang ni nak simple-simple je. Biasa yang simple-simple ni makan bertambah, betul tak?..hihi. Jadi Marsha nak share dengan korang resepi simple tapi yang pastinya ia merecik dan buat korang teringa-ingat. Jom kita masak | Resepi Mudah dan Sedap Daging Bakar Danok


Resepi Mudah dan Sedap Daging Bakar Danok

Kalau ke Hatyai, rata-rata orang akan wajib singgah Danok dalam perjalanan untuk menikmati Daging Bakar Danok yang sangat popular kat sana. Marsha masa ke Hatyai last year memang singgah makan kat Danok tapi Marsha tak cuba daging bakar sebabnya kedai yang Marsha singgah tak ada menu Daging Bakar Danok. Rupanya boleh je order dari kedai lain Daging Bakar Danok ni. Pastu mula rasa sedih...hahaha. Jadi kali ni Marsha masak sendiri untuk memebus kekesalan itu...hahaha.


Resepi Daging Bakar Danok 



Bahan perapan daging:-


  • Daging - 1KG (potong besar tebal 2@3cm)
  • Sos Ikan - 1 Sudu Kecil
  • Sos Tirm -2 Sudu Besar
  • Gula Perang - 2 @ 3 Sudu Besar
  • Gula Melaka - 1 Keping
  • Lada Hitam - 1 Sudu Kecil
  • Sedikit Minyak Masak
  • Serbuk cukup rasa 1@2 sudu ( Marsha tak letak )

Bahan Untuk Sos :


  • Akar daun ketumbar - 1
  • Daun ketumbar - Secukupnya
  • Beras - 1 Sudu Besar (sangaikan dulu& tumbuk)
  • Bawang Putih - 1 @ 2 Ulas
  • Sos Ikan - 1 @ 2 Sudu Besar (ikut tahap masin tekak masing2)
  • Limau Nipis - 2 Biji
  • Gula Perang - 1 Sudu Kecil
  • Gula Melaka - 1/2 Keping (tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
  • Chili flakes - Secukup Rasa
  • Sos Cili - 1 Sudu Kecil
  • Sos Tiram - 1 Sudu kecil
  • Bawang Besar - 1 Labu (hiris nipis)

Cara2 Perap Daging

Cara nak perap daging sangat senang. Semua bahan disatukan dan daging dilumurkan dan diperap. Seeloknya perap semalaman biar rasa perapan tu masuk dalam setiap inci daging. Yummmehhh!

Cara2 Buat Sos:-


  1. Tumbuk akar daun ketumbar & bawang putih smpai lumat
  2. Masukkan sos ikan,gula melaka,gula perang,beras yg disangai,perahan limau nipis
  3. Masukkan sos cili,sos tiram (saja tambah utk pekatkan sos)
  4. Masukkan daun ketumbar yg dipotong
  5. Masukkan chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah)
  6. Masukkan bwg besar yg dipotong tadi

👉Jika masih tawar juga tambah garam sikit ok

👉 Daging tu Marsha bakar guna grilled microwave dalam 20-25 minit. Kalau guna pemanggang ajaib  dlm 20 hingga 30 minit dan bergantung jgk pada tahap air yg kluar dari perapan masing2 ye..bukak api slow jika guna pmanggang ajaib.
👉 Untuk daging cepat lembut bila nk masak..perap la semalaman & hiris halia keping2..perap sekali dgn daging

Bagi Marsha resepi Daging Bakar Danok ni sangat simple tapi sangat sedap! Tak tahu kenapa? Mungkin gabungan bahan-bahan buat rasa dia naik. Marsha tak menyesal kalau buat menu sama je kalau sedap macam ni. Sihat pun sihat sebab daging dibakar kan? Memang sure nasi bertambah dari biasa...hihi

Ok selamat mencuba korang! Marsha pasti korang akan bertambah nasi makan...hihi. Selamat Berpuasa!


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

4 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)