Cara Senang Buat Burnt Cheese Cake Yang Pasti Sedap

by - 5/01/2020 09:32:00 PM

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni Burnt Cheese Cake telah menjadi sangat viral di media sosial. Tiap hari mesti ada orang update buat burnt cheese cake ni dengan pelbagai resepi. Masa tengah viral tu Marsha dok mencari cream cheese tak jumpa. Asyik sold out je mungkin sebab dah viral kan. Alhamdulillah dalam minggu lepas Marsha dapat juga beli cream cheese. Cream cheese kegemaran Marsha, Tartura. Boleh je guna cream cheese brand lain seperti Anchor, Phildephia ataupun Emborg. sama juga dengan whipping cream juga antara bahan rahsia burnt cheese cake ni. Pakai jenama apa pun ok cuma pastikan guna whipping cream. Ada kawan bagitau boleh gantikan whipping cream dengan susu segar atau plain yogurt tapi Marsha tak cuba lagi sebab whipping cream ada..hihi. 

Marsha amik masa lama juga untuk cari semangat buat burnt cheese cake ni sebab sebelum tu buat kek pisang tak jadi. Jadi macam bengkang. Akhirnya Marsha redah juga try. Banyak resepi lalu lalang. Kebanyakkannya guna 250g cream cheese. Tapi Marsha follow resepi yang guna 500g cream cheese. Boleh banyak sikit dan tahan lama nak makan...hihi. Resepi ni Marsha try dari youtube Azlita Masam Manis. Kiranya cara penyediaan memang follow youtube Kak Ita. Ok dah banyak membebel, jomlah Marsha share | Cara Senang Buat Burnt Cheese Cake Yang Pasti Sedap

Cara Senang Buat Burnt Cheese Cake Yang Pasti Sedap

Sebenarnya ada je cara yang lagi simple iaitu pakai blender. Kebanyakan resepi pula guna Air Fryer. Bab bakar ni Marsha risau takut tak menjadi sebab takut terkurang atau terlebih bakar. Nanges Marsha nanti...hahaha. Tapi alhamdulillah resepi Marsha follow ni memang elok untuk korang guna oven. Resepi ni guna hand mixer tau bukan guna blender.

Bahan-bahan

500g creamcheese
200ml whipping cream
3 biji telur gred A
160g gula caster
1 tbsp tepung gandum
1/2 tbsp esen vanila

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
  2. Masukkan 'baking paper' dalam loyang 8 inci. Pastikan 'baking paper' lebih dari loyang supaya senang nak angkat.
  3. Pukul creamcheese dengan mixer sampai berkrim.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Satu persatu tu macam biar hilang telur baru masuk sebiji lagi.
  5. Masukkan gula kastor dan kacau hingga hancur dan sebati
  6. Masukkan whipping cream & kacau sebati sehingga tekstur dia tak melekat di whisk.
  7. Kemudian masukkan tepung & esen vanilla. Kacau hingga sebati.
  8. Masukkan dalam loyang. Masa nak masukkan adunan tu, adunan ditapis. Kemudian hentak2 manja loyang supaya tiada bubble.
  9. Masukkan dalam oven dan bakar dalam oven 200 darjah celcius selama 50 minit hingga 1 jam ikut oven. Siap!


Kalau korang tengok lepas siap bakar kek masih sedikit jiggy, tak ada masalah. Korang sejukkan je kat luar dalam 15-20 minit. Kemudian baru keluarkan dari baking paper. Kalau nak lebih sedap, korang masukkan dalam peti sejuk 1 jam baru potong dan makan. Memang padu rasa dia.



Jadi lepas ni Marsha plan nak buat burnt cheese cake ni saiz muffin. Kalau ok, boleh la buat jualan. Kalau yang nak saiz 8 inci pun boleh jugak. Marsha memang minat cheese cake dan bila kita jual passion kita ni memang terbaik. Ni gambar guna 'baking paper' tau untuk rujukan korang.



Selamat mencuba korang! Jangan risau mesti jadi punya....💗💗


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

27 sahabat ibu

  1. Nyum nyummmmm.. Boleh cuba buat nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lea buat...jamin menjadi dan sedap..hihi

      Delete
  2. Replies
    1. Memang sedap dan siap repeat lagi buat arini...boleh cuba

      Delete
  3. nampak mudah je buat ni, nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah je..cukup bahan...jalan...hihi

      Delete
  4. ohh tak rumit mana pun buat ni. nanti rajin nak try la *.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi nama kek macam rumit kan. Tapi easy peasy...hihi

      Delete
  5. memang nak cuba sangat resepi ni, bahan yang takde cream cheese je, dah cuba nanti akak share hasilnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cuba tu kak...nt jangan lupa share tau

      Delete
  6. Suka burnt cheesecake ni!
    Nanti kalau ada rezeki boleh la try.
    Thanks for the recipe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama suka jugak dah 2x buat...wajib try tau

      Delete
  7. omak aoiii sedapnya cheeseee nnti nak cuba lah

    ReplyDelete
  8. ala nak reply kt comment tu tp xde button reply. so kene reply sini. kalau dekat, ray singgah dah haha.
    sbb teringin sgt XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ray? Eh akak xde edit pape...hihi...meh singgah meh

      Delete
  9. sedap arr.... ingat susah buat, ni cam senang je kan.
    salam kenal sis

    ReplyDelete
  10. bahan-bahan tak banyak, nak buat pun nampak mudah.
    kena try buat nnt ni.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. wow.. menguji keimanan sungguh heheh.... done follow lepas tengok burnt cheese cake... #510

    ReplyDelete
  12. Kaklong sedapnya.. ecah letak blog kaklong dlm bloglist ecah taw :P

    ReplyDelete
  13. mmg viral cheesecake burnt ni, sedap pulk nih..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)