Penjagaan Kesihatan Lelaki, Penting Ke Tidak?


Assalamualaikum


Kebiasaannya kita selalu baca dan juga dengar perkongsian tentang penjagaan kesihatan wanita. Ini kerana wanita mengandung dan juga bersalin. Tapi sebenarnya kesihatan lelaki juga sangat penting. Walaupun lelaki lebih ramai dari perempuan, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin di Selangor seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online pada 12 Mei 2020 lepas,  "Sebanyak 43,226 kematian direkodkan meningkat 0.5 peratus berbanding suku pertama tahun lalu dengan 24,659 kematian adalah lelaki, manakala 18,567 kematian adalah perempuan". Jadi nampak ketara lelaki juga perlu menitiberatkan dalam penjagaan kesihatan dan buka hanya tertumpu pada perempuan sahaja. Malah ia juga tidak hanya kepada orang yang lebih tua, penjagaan kesihatan lelaki ini perlu dititikberatkan dari kecil lagi sebenarnya. Jom kita kupas sedikit sebanyak tentang | Penjagaan Kesihatan Lelaki, Penting Ke Tidak?

Penjagaan Kesihatan Lelaki, Penting Ke Tidak?


Sebagai rakyat Malaysia, kesihatan sangat-sangat penting kerana ianya memberi impak kepada aktiviti seharian kita. Jadi perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah kesihatan diri. Menurut kajian, penyakit yang paling banyak membunuh golongan lelaki ada 10 penyakit. Antaranya ialah penyakit jantung, kanser, strok, paru-paru, diabetes, pneumonia, influenza, buah pinggang, Alzheimer dan HIV/AIDS . Kebanyakan penyakit ni pula adalah 'silent killer' . Nampak kan pentingnya kesihatan lelaki ini.

Walaupun begitu kesihatan seksual lelaki juga sangat penting. Bila sebut-sebut tentang penjagaan kesihatan seksual lelaki ni kan mesti akan ada suara sumbang yang mentafsirkan ia lebih kepada tuttttt....memang salah tafsiran tu. Kalau korang nak tahu, penjagaan kesihatan lelaki ni, terutamanya kesihatan seksual bukanlah sesuatu yang 'taboo'. Banyak lagi skop dalam kesihatan seksual lelaki ni dan topik kesihatan lelaki ni bukanlah end up cerita tentang 'jargon-jargon' ubat kuat pelik-pelik macam tahan lama, besar panjang dll tu, ianya lebih dari tu. Ianya 'penjagaan kesihatan'.



Sebenarnya kesihatan seksual ini berkait rapat dengan kesihatan mental. Menurut artikel dari Prof. Dr. Hatta bin Sidi di portal MyHEALTH, Kesihatan mental seseorang akan terjejas jika seseorang itu mengalami masalah gangguan seksual. Secara umumnya, gangguan seksual boleh berlaku dari segi tiga kategori, iaitu (i) gangguan fungsi seksual, (ii) gangguan orientasi seksual serta (iii) penyimpangan seksual atau parafilia (paraphilia). Menakutkan kan? Sebab tu Marsha cakap ianya bukan kepada yang 'taboo' sahaja malah lebih dari itu.



Menurut carta pai di atas, ia menunjukkan 35% masalah kesuburan berpunca dari kaum lelaki. Jangan kecam Marsha tau ini berpandukan kajian yang telah dibuat. Jika korang amati betul-betul carta pai ini di bahagian lelaki dan wanita menyumbang kepada 20% iaitu 10% lelaki dan 10% wanita dan jika dicampurkan tahap ketidaksuburan lelaki dan wanita seimbang iaitu lelaki 45% dan wanita 45%.



Namun begitu, secara tak langsung ketidaksuburan lelaki makin meningkat kepada 10% iaitu dari 35% ke 45%. Itu sangat membimbangkan! Logik juga sebab sekarang ni ramai yang tidak mengambil berat kesihatan diri dan tak ramai orang yang ada kesedaran bersenam, tak jaga pemakanan, masuk je umur 40-an, ada risiko kencing manis, libido kurang dll. 




SuamiSihat.Com.My Membantu dalam Pendidikan Seksual Lelaki

Marsha nak perkenalkan satu website yang akan membantu dalam mendidik & berikan kesedaran kepada suami/bakal suami yang Prihatin tentang kesihatan seksual lelaki ini iaitu SuamiSihat.Com.My. Ianya lebih kepada portal kesihatan seksual yang membincangkan tentang permasalahan lelaki dan juga cara menanganinya. Bukan hanya perlu makan ubat kuat je dah setel, tapi nasihat dan tips juga penting. 

Ada pelbagai tips yang ada dalam SuamiSihat.Com.My ni dan antaranya ialah tips cara goda isteri supaya isteri terus rasa dihargai dan disayangi. Tips cara pujuk perempuan pun ada tau! Haa....memang pelbagai tips yang dicari mesti ada dalam portal ni.

Untuk kesihatan pula, info tentang kanser prostat yang terlalu merbahaya untuk lelaki juga ada. Jadi ianya adalah portal yang merangkumi semua tentang lelaki.

Paling menarik portal ini juga bawakan nasihat-nasihat kesihatan seksual terus dari pakar!




Jadi buat readers Marsha terutamanya lelaki dan juga seorang suami boleh ke website SuamiSihat.Com.My ini untuk baca pelbagai tips dan nasihat yang telah dikongsikan di portal tersebut. Jangan lupa juga LIKE dan FOLLOW facebook, twitter, youtube rasmi  dan instagram SuamiSihat.Com.MY ya seperti dibawah:


FB: https://www.facebook.com/suamisihat.com.my/


IG: https://www.instagram.com/suamisihat.com.my/


Twitter: https://twitter.com/SuamiSihat







Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

5 Comments

  1. Assalamualaikum marshaliza... alhamdullillah. entri yang sangt memberi manfaat. kebiasaanya rata blog jarang menceritakan perihal ini.

    ReplyDelete
  2. lelaki pon kena menjaga kesihatan..risiko tetap sama mcm perempuan kan

    ReplyDelete
  3. Penjagaan kesihatan ni memang tak kira jantina. Lelaki ke, perempuan ke memang semuanya penting untuk dititikberatkan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us