ThunderCats is Back with Roar | ThunderCats Roar!!

Assalamualaikum


Zaman 90-an dulu masa Marsha masih sekolah lagi memang popular dengan satu kartun, Thundercats. Memang minat sangat-sangat sampai tunggu tayangan dia kat televisyen masa tu. Paling minat yang ketua dia tu la...dengan yang perempuan tu. Memang masa kecik tak missed tengok kartun ni dan siap boleh ajuk lagi lagu-lagu Thundercats. Teringat masa kecik memang happy sangat masa tu sebab Thundercats memang kartun kegemaran kami adik-beradik.

Dah hampir berpuluh tahun, kini ThunderCats kembali dengan wajah baru yang telah diubahsuai sebagai siri aksi-komedi yang terbaru yang pastinya akan memikat hati kanak-kanak. Bukan kanak-kanak je ni. Dewasa macam Marsha pun memang suka sebab ianya kartun yang Marsha dah kenali lama dulu cuma diberi wajah baru gabungan aksi-komedi | ThunderCats is Back with Roar | ThunderCats Roar!!

ThunderCats is Back with Roar | ThunderCats Roar!!

Kali ini kita akan mendengar ngauman terbaru dari ThunderCats Roar! ThunderCats Roar telah dijadualkan untuk premiere pada sabtu lepas iaitu 23 Mei 2020, 1 petang hanya di Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635). Episod baru pula setiap sabtu dan ahad pada waktu yang sama. Jadi boleh setting sesiap masa untuk menonton bersama anak-anak. Mesti best mengimbau masa kanak-kanak bersama anak-anak yang makin membesar.



Kakak Anith pun macam tak percaya bila Marsha terangkan pada dia yang ThunderCats ni adalah kartun kegemaran Marsha masa kecil dulu. Bila tunjuk versi dulu punya baru dia percaya. Bagi Marsha, ianya sangat mengimbau kenangan masa kecil dulu. Marsha dah tengok bersama Kakak Anith dan Marsha ada interview Kakak Anith tentang ThunderCats Roar ni. Nak tahu apa kata Kakak Anith? Jom tengok kat bawah




Kali ini, ThunderCats Roar tetap setia dengan siri asal yang dahulu, Lion-O dan ThunderCats - Tygra, Panthro, Cheetara, WilyKit dan WilyKat - hampir tidak dapat lari dari kemusnahan mendadak dunia asal mereka, Thundera, hanya untuk menghancurkan tanah di planet misterius dan eksotik Bumi Ketiga. Ini sangat mengingatkan kembali Marsha pada zaman kanak-kanak Marsha dan seronok bila anak sendiri dapat tengok lagi kartun kegemaran Marsha ni.




Lion-O, iaitu Lord of the ThunderCats yang baru dilantik, berusaha untuk memimpin pasukan ketika mereka menjadikan planet ini sebagai rumah baru mereka. Walau bagaimanapun, sekumpulan makhluk dan penjahat yang aneh telah menghalang mereka, termasuk Mumm-Ra yang jahat, penguasa jahat Bumi Ketiga yang tidak akan membiarkan apa-apa, termasuk ThunderCats, menghentikan pemerintahan zalimnya di planet ini.



Dengan aksi hebat dan komedi yang pastinya menarik perhatian, ThunderCats Roar menawarkan reka bentuk watak yang segar dan bersemangat serta nada penceritaan yang dinamik yang menjanjikan untuk menghidupkan semula asas cerita asal dan mengekalkan peminat ThunderCats yang penuh semangat dari watak ikonik ini dan memperkenalkan legasi ThunderCats kepada yang generasi baru seperti Kakak Anith.



Victor Courtright (Pickle and Peanut) dan Marly Halpern-Graser (Right Now Kapow) berperanan sebagai produser, dengan Sam Register (Teen Titans Go!) Sebagai eksekutif produser.

Jadi jangan ketinggalan siri baru yang menggembirakan dan penuh petualangan ini, kerana ThunderCats Roar dilancarkan pada hari Sabtu, 23 Mei jam 1 tengah hari, hanya di Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635). ThunderCats Ho!




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us