7 Makanan Kesihatan Baik Untuk Wanita

by - 6/24/2020 12:59:00 PM

Assalamualaikum

Hari ni hari pertama Marsha bekerja sekian lama setelah cuti sekolah dan disambung dengan PKP seterusnya PKPB. Bila diumumkan PKPP maka sekolah pun dah dibuka hari ini dengan norma baharu. Tetapi bukan semua pelajar sekolah masuk sekolah. Pada permulaan ni hanya pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar sahaja yang dibenarkan ke sekolah. Disebabkan sekolah Marsha tiada pelajar tingkatan 6, jadi yang masuk sekolah hari ini adalah pelajar tingkatan 5 sahaja.

Bermulalah sesi kesibukan bekerja dan diselang-seli dengan kerja-kerja rumah menanti bila balik kerja. Dengan anak-anak yang lincah memang seharian akan penat. Kadang-kadang badan sampai sakit-sakit. Dalam umur almost 40an ni Marsha kalau boleh nak pastikan badan tetap 'fit' walaupun dah menjangkau 40 an nanti. Dalam entri kali ini, Marsha nak kongsikan 7 makanan kesihatan wanita yang perlu diambil untuk kekal sihat. Nak tahu apa? Jom baca sampai habis | 7 Makanan Kesihatan Baik Untuk Wanita.


 7 Makanan Kesihatan Baik Untuk Wanita

Wanita yang mempunyai rutin yang sibuk mesti amalkan makanan kesihatan untuk kesihatan diri. Tak kiralah korang bekerjaya atau surirumah. Keduanya mempunyai rutin harian yang sibuk. Macam-macam nak dibuat seharian. 



Sebagai seorang wanita, kita memang tidak boleh ambil mudah tentang kesihatan diri. Dalam umur hampir mencecah 40 an ni Marsha kena amalkan suplemen untuk wanita 40an dan juga kena amalkan multivitamin untuk wanita usia 30 tahun keatas. Jadi jomlah kita tengok 7 makanan kesihatan baik untuk wanita atas perkongsian dari HelloDoktor.



1. Asid folik


Anda perlukan: 400 mg sehari

Asid folik amat penting untuk wanita seawal usia remaja.

Semua wanita yang boleh mengandung disarankan mengambil asid folik setiap hari walaupun tidak merancang hamil dalam masa terdekat.

Asid folik sangat penting untuk mengelakkan kelahiran bayi dengan kecacatan saraf tunjang (NTD). Penyakit ini merencatkan pertumbuhan otak dan juga saraf tunjang bayi.

Bayi yang lahir dengan NTD akan mengalami masalah kesihatan yang kekal seumur hidup. Keadaan ini dapat dielakkan dengan pengambilan asid folik yang cukup setiap hari.

Oleh itu, wanita muda khususnya amat digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi asid folik. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan pemakanan makanan yang kaya dengan asid folik.

Sebagai contoh, amalkan makan sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kubis, kekacang dan juga buah-buahan seperti oren dan betik.


2. Zat besi


Anda perlukan: 18 mg sehari

Lelaki dan perempuan perlukan zat besi untuk pembentukan sel darah merah. Tanpa sel darah merah yang mencukupi, oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan sempurna.

Keadaan ini juga dikenali sebagai anemia kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia).

Simptom utama kekurangan zat besi ialah sering rasa penat walaupun hanya membuat kerja-kerja ringan.

Selain itu, disebabkan wanita datang haid sebulan sekali, mereka memerlukan lebih banyak zat besi sehari berbanding lelaki.

Tips kesihatan dari kami ialah anda juga boleh mengamalkan makan makanan seperti daging merah, hati, kerang-kerangan, ikan, telur, kekacang, pisang dan juga bayam.


3. Vitamin D


Anda perlukan: 160 IU sehari

Ya betul tu, badan kita perlukan vitamin D! Jadi, jangan takut untuk keluar rumah dan biarkan diri disinari cahaya matahari pagi!

Wanita yang kurang vitamin D mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami sakit jantung, strok, kencing manis dan darah tinggi ketika sudah lanjut usia nanti.

Wanita yang mengandung pula akan lebih cenderung mengalami preeklamsia dan diabetes gestasi akibat daripada kekurangan vitamin D.

Oleh itu, selalulah berjemur di bawah pancaran matahari ya! Bukan sahaja anda akan mendapat dos vitamin D harian anda, tetapi dalam masa yang sama mood anda juga akan bertambah baik!

Cuma, hati-hati jangan berjemur terlalu lama!


4. Vitamin E


Anda perlukan: 15 mg sehari

Vitamin E penting untuk sistem imun badan kita, bagi melawan jangkitan virus dan bakteria.

Selain itu, vitamin E juga adalah sejenis antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada radikal bebas.

Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel di dalam tubuh badan dan mengakibatkan penuaan. Radikal bebas juga terkandung dalam asap rokok, pencemaran udara dan juga di dalam pancaran sinaran UV daripada matahari.

Vitamin E bagus sebagai makanan kesihatan wanita kerana mampu meneutralkan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.


5. Magnesium


Anda perlukan: 310 mg sehari

Badan anda memerlukan magnesium untuk kekal sihat. Lebih daripada 600 fungsi badan memerlukan magnesium untuk berfungsi.

Badan memerlukan mineral ini untuk menjana tenaga, menggerakkan otot, dan juga memperbaiki gen di dalam badan.

Tips kesihatan untuk anda: Dapatkan magnesium melalui yogurt, susu, kekacang dan juga sayuran hijau seperti bayam.


6. Kolin (Choline)


Anda perlukan: 425 mg sehari

Kolin ialah salah satu nutrien penting untuk tubuh badan kita. Ia tidak tergolong dalam vitamin ataupun mineral. Tetapi, kolin bagus jika dijadikan makanan kesihatan wanita.

Kolin adalah penting untuk memelihara fungsi hati, otak, pergerakan otot, sistem saraf dan juga metabolisme badan.

Anda boleh mendapatkan dos yang cukup untuk kolin dalam makanan seperti hati, daging, ikan, kekacang dan juga telur.



7. Probiotik


Probiotik bukanlah sejenis nutrien ataupun vitamin, tetapi penting bagi sistem penghadaman wanita.

Selain itu, probiotik juga mempunyai kebaikan kepada kesihatan vagina perempuan. Probiotik boleh mengekalkan keseimbangan bakteria normal dalam vagina dan juga saluran kencing.

Inilah kesemua 7 makanan kesihatan yang baik untuk wanita. Korang jangan lupa amalkan makanan kesihatan wanita di atas tau! InsyaAllah akan memberi badan kita rasa lebih bertenaga. Selamat mencuba dan amalkan yea!! Selain itu juga jangan lupa bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan pemakanan wanita 40an.






Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

7 sahabat ibu

  1. Baru tahu apa yang penting utk wanita ni. Terima kasih utk info. 😊

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah makanan kesihatan terbaik untuk wanita ^_^

    ReplyDelete
  3. Tips yang baik, terima kasih atas perkongsian. Kalau bukan kita jaga badan kita, siapa lagi nak jagakan kan

    ReplyDelete
  4. Probiotik tu antara yg ana amalkan setiap hari.

    ReplyDelete
  5. so far ambik vit c jer..hehe..mungkin kena tambah vit e pula selepas ini

    ReplyDelete
  6. sometimes im not sure what my body needs that i choose multivitamin.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak marsha sebab kongsi makanan kesihatan yang baik untuk wanita. bila dah 3series ni, rasa macam tua pula. hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)