Bermulanya Sekolah Norma Baharu 24 Jun 2020

by - 6/27/2020 03:37:00 PM

Assalamualaikum


Serangan wabak pandemik Covid-19 sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian sehingga sekolah seluruh dunia terpaksa ditutup termasuklah sekolah-sekolah di Malaysia. Kebetulan masa wabak pandemik Covid-19 menyerang negara, cuti pertengahan penggal 1 baru bermula dan Marsha merancang untuk balik ke kampung pada 18 Mac 2020 dan pada hari tersebut juga diisytiharkan PKP. Jadi Marsha membatalkan hasrat untuk balik Kelantan disebabkan suami juga menjadi 'backup' frontliners. Walaupun sekolah ditutup, guru-guru tetap perlu bekerja dari rumah bila cuti sekolah tamat. Tamat sahaja tempoh cuti pertengahan penggal 1, guru-guru mula sibuk buat 'home based learning' untuk para pelajar. Bagi Marsha ianya satu pengalaman baru yang sangat berharga. Ini kerana kita upgrade diri dalam kepakaran pengajaran dan pembelajaran kita.

2 hari lepas, 24 Jun 2020 adalah hari bersejarah sekolah sudah mula dibuka untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, SPMV, STPM dan setaraf. Seminggu sebelum sekolah dibuka, pelbagai persiapan dibuat untuk menerima kembali pelajar tetapi dalam keadaan norma baharu patuh SOP. Ini kerana untuk mengelakkan wabak pandemik berleluasa ekoran wabak ini masih ada kes. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana guru-guru telah didedahkan dengan simulasi sebelum ini. Para pelajar pun nampak tertib dan juga mematuhi SOP yang sekolah tetapkan. Jom Marsha kongsikan hari pertama | Bermulanya Sekolah Norma Baharu 26 Jun 2020


Bermulanya Sekolah Norma Baharu 24 Jun 2020


Marsha keluar rumah jam 6.45 hari pertama. Bagi Marsha dah lambat dah tu sebab perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa 25-30 minit. Jenuh tekan minyak memandangkan jalan pun agak banyak kereta semalam. Alhamdulillah sampai tepat jam 710 pagi. Marsha perhatikan guru-guru dan juga pelajar-pelajar tekun mengikut SOP yang disediakan. 



Guru dan Pelajar Di Ambil Suhu di Pintu Masuk Sekolah dan Pintu Masuk Kelas

Sebelum masuk ke dalam sekolah, para pelajar dan guru-guru diwajibkan diambil suhu. Guru-guru bertugas akan menjalankan amanah ini dengan datang lebih awal dan akan mengambil suhu pelajar dan juga guru.



Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana setiap team mempunyai tugas masing-masing dan tugas tersebut dibuat sistem penggiliran. Pelajar dan guru diambil suhu dan juga diwajibkan memakai hand sanitizer.




Sebelum memasuki pintu kelas masing-masing, pelajar sekali lagi diambil suhu oleh guru yang bertugas menunggu di kelas untuk kehadiran dan memakai hand sanitizer. Pelajar duduk dimeja yang telah dinomborkan dengan jarak 1 meter dari meja pelajar yang lain. Pelajar juga diwajibkan duduk di meja nombor yang sama dihari seterusnya.



Sebelum memulakan kelas, pelajar diminta mengelap meja masing-masing. Pelajar diminta membawa kain lap utk lap dikawasan yang mahu disentuh. Sebagai langkah pencegahan untuk wabak Covid-19. Guru juga sama, sebelum masuk kelas akan pakai hand sanitizer dan mengelap meja guru.

Penjarakan Parking Motosikal

Kebanyakan pelajar sekolah Marsha datang sekolah dengan menaiki motosikal. Jadi selepas diambil suhu di pintu masuk sekolah, pelajar akan menolak motosikal masing-masing ke tempat parking motosikal dengan perjarakan sosial. Parking motosikal pun jarak 1 meter antara motosikal.



Guru dan Pelajar Berjalan Mengikut Arah yang Ditandakan

Pergerakan guru dan juga pelajar juga dipantau. Jadi ada 2 warna tanda untuk pergerakan pelajar dan guru. Kuning untuk masuk dan merah untuk keluar. Jalan pula hanya satu hala. Ini bermakna guru dan pelajar akan bergerak ikut pusingan yang jauh demi mematuhi SOP yang disediakan.


Untuk kelas pula, pintu masuk dan pintu keluar adalah berlainan. Begitu juga di bilik guru, makmal, pejabat dan juga bilik-bilik khas. Ini untuk mengelakkan pertembungan antara pelajar dan juga guru demi menjaga penjarakan sosial.

Penjarakan 1 Meter Guru dan Pelajar

Meja pelajar di dalam kelas telah dijarakkan 1 meter antara satu sama lain. Pelajar tidak dibenarkan berjalan ke meja kawan dan juga perlu kekal dalam petak meja yang telah dibuat.



Banyakkan SOP yang nak kena dipatuhi. Namun ianya perlu dalam mencegah wabak in aktif kembali. Kini Malaysia telah berjaya memutuskan rantaian Covid-19 ini dan harapnya nanti semua sekolah akan dibuka kembali seperti biasa. InsyaALLAH.




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

8 sahabat ibu

  1. Semoga yang baik² shaja ntk para guru dan pelajar. Terus ikut sop. InShaaAllah semua akan okay. Jaga diri akak !

    ReplyDelete
  2. Selamat bersekolah kembali buat semua anak anak..👏💕🎉

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan cikgu :)

    ReplyDelete
  4. Semoga peljar2 baik2 sahja.. Anak nd pun 1 julai ni sekolah tabika nak buka

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan di semua sekolah-sekolah. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan urusan semua guru2 & pelajar2 di sekolah. Saya rasa sekolah menengah ni okey lagi sebab pelajar2 dengar cakap bila bagi arahan. Sekolah rendah / taska/nursery ni susah sikit. Tapi kena biasakan diri juga la.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)