Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel, Kebas Jari & Tangan

by - 6/14/2020 08:00:00 AM

Assalamualaikum

Lately makin kerap pula pergelangan tangan, jari dan tangan Marsha rasa kebas. Suddenly je bukan angkat berat apa pun. Marsha risau bila baca ianya adalah simptom Carpal Tunnel iaitu sejenis penyakit saraf. Di sekolah Marsha pun dah ada 2 kawan yang mengalami masalah Carpal Tunnel ni. Ini mungkin kerana kerja hakiki sebagai guru banyak menggunakan tangan.

Ia bila menyerang memang sangat tak selesa. Rasa tak selesa nak buat kerja berat. Sakitnya datang tiba-tiba. Ini kesan kepada wanita yang tak mengandung seperti Marsha. Kalau simptom Carpal Tunnel ini menyerang ibu hamil macamana pula? Jika korang tengah hamil dan mengalami simptom tangan kebas setiap bangun tidur, itu tanda simptom Carpal Tunnel. Selain dari perubahan fizikal dalam fasa kehamilan, Carpal Tunnel tidak ketinggalan menyerang ibu-ibu hamil. Adakah ia normal dan hanya bersifat sementara? Apa yang perlu dilakukan untuk tangani Carpal Tunnel ni? Jadi kali ini Marsha nak kongsikan | Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel, Kebas Jari & Tangan

Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel, Kebas Jari & Tangan


Menurut Hellodoktor, Carpal Tunnel adalah satu kawasan atau laluan yang terletak pada pergelangan tangan. Ia dipenuhi dengan saraf dan tendon yang bersambung dengan tapak tangan dan jari. Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak normal pada saraf dan tendon di tempat ini, ia akan mengakibatkan rasa sakit dan pedih. Inilah kondisi yang dipanggil sebagai sindrom carpal tunnel.

Ia biasa berlaku kepada golongan atlet, pekerja pejabat, pemain alat muzik serta individu yang banyak menggunakan tangan mereka dalam aktiviti seharian. Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung. Pun begitu, adakah ia normal?

Adakah ia normal berlaku semasa hamil?

Ketika sedang mengandung, akan berlaku banyak perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini. Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan tubuh badan anda mengekalkan banyak cecair pada tangan serta melembutkan ligamen tempat ini. Inilah yang akan menyebabkan tempat tersebut membengkak (oedema).


Akibatnya, saraf dan tendon pada tempat ini akan terhimpit dan tertekan seterusnya mengakibatkan rasa kebas, panas, sakit dan pedih – seperti dicucuk dengan jarum.

Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak National Health Service di UK, ia adalah kondisi yang normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita hamil.
Apakah yang ibu hamil boleh buat untuk kurangkan simptomnya?

Kadangkala, ia akan berlaku kepada wanita hamil tanpa dapat dielakkan. Namun apa yang korang boleh buat adalah kurangkan simptomnya dengan cara berikut:

1. Pakai pendakap tangan


Setelah disahkan oleh doktor bahawa anda mengalami sindrom carpal tunnel, minta saranan daripada doktor sama ada anda perlu pakai pendakap tangan atau tidak. Jika ya, korang boleh cari pendakap tangan ini di farmasi yang berdekatan dengan anda. Gunakan ia pada setiap masa terutamanya ketika kalian sedang bekerja atau berehat.

Jika kurang pasti, ia adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh individu patah atau retak tulang tangan. Dapatkan bantuan pakar fisioterapi untuk mencari yang sesuai dengan korang.

2. Tuam air sejuk & air hangat pada tangan


Wanita hamil boleh tuam ais secara lembut dan perlahan pada kawasan yang terjejas. Atau anda juga boleh rendam tangan pada air sejuk sebagai alternatif.

Kemudian, tuam atau rendam pula tangan anda dengan menggunakan air yang hangat secara berselang seli (kira-kira 5 ke 6 minit dari setiap satu).

Jika kesakitan itu masih atau makin teruk, hentikan ia dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.



3. Letak tangan pada kedudukan yang tinggi


Ketika sedang berehat atau bekerja, elakkan dari meletakkan tangan korang pada kedudukan yang rendah atau mendatar. Sebaliknya, pastikan ia kekal pada kedudukan yang tinggi.

Ini bertujuan mengelakkan serta mengurangkan bengkak pada tempat carpal tunnel tersebut.


4. Jaga posisi tidur dengan cermat


Jika ia berlaku pada tangan kanan, elakkan tidur dengan baring mengiring sebelah kanan. Posisi yang paling ideal adalah dengan meletakkan tangan pada bantal kepala anda.

Untuk melegakan serangan tiba-tiba pada waktu malam, goyangkan tangan anda sehingga ia sedikit lega.


5. Bersenam


Jangan terkejut dengan petua ini ya? Dengan senaman ringan yang melibatkan tangan, ia mampu melancarkan perjalanan darah pada tangan sekali gus mengurangkan pembengkakan. Senaman hilangkan kebas tangan ini sangat membantu dalam mengurangkan simptom Carpal Tunnel ni.


6. Berehat


Apa yang paling penting untuk dilakukan adalah berehat dan kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Jika tidak berbuat apa-apa, rehatkan sahaja tangan pada bantal sambil berbaring.


7. Berjumpa doktor untuk rawatan


Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dengan kerap terutamanya jika sindrom carpal tunnel semasa hamil yang anda hadapi itu kian teruk.

Jadi Marsha rasa, ianya pun boleh dipraktikkan oleh wanita yang bukan hamil juga. Kalau korang ada alami simptom Carpal Tunnel macam Marsha ni boleh amalkan 7 cara yang Marsha kongsikan. Moga semuanya dipermudahkan dan simptom Carpal Tunnel ni dapat diatasi.



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

5 sahabat ibu

  1. semoga baik-baik aje semuanya buat marsha :)

    ReplyDelete
  2. saya pun dari sekolah ada masalah tangan menggigil sendiri,rasa tertekan juga sampailah sekarang

    ReplyDelete
  3. Betul, salah satu caranya kena senam :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)