Raph & Remy Pilihan Trendy Masa Kini Untuk Hadiah Bayi

by - 6/07/2020 08:41:00 AM

Assalamualaikum

Menjadi kebiasaan bila dengar ada adik, kawan atau sanak saudara menerima ahli keluarga baru, kita akan pergi melawat ibu dan bayi dengan titipan bingkisan hadiah untuk bayi yang baru lahir sebagai ingatan dan juga meraikan ahli baru dalam keluarga tersebut. Tak kurang juga ada yang diy hadiah baby sendiri dan juga tak lupa hadiah untuk ibu bersalin juga. Ini dah menjadi trend dan ia menjadi kebiasaan dalam meraikan ibu dan juga bayi baru lahir.

Selain itu juga ada  yang terus beli paket hadiah untuk bayi baru lahir di mall atau butik terpilih khas menjual hamper baby yang telah di 'wrap' dengan cantik dan kreatif serta tampak elegan. Ada juga yang beli barang baby dan buat buah tangan untuk majlis aqiqah. Kadang majlis aqiqah dibuat masa bayi umur 1 bulan, jadi titipan bingkisan hadiahnya mesti lah hadiah untuk bayi 1 bulan baru ngam kan..hihi.

Trend masa kini pula up to date sikit. Memandangkan kita masih dalam PKPb, semuanya banyak beli online dan Marsha pasti bingkisan souvenir bayi 1 bulan juga ramai yang beli secara online. Lebih senang dan fleksible. Boleh terus hantar kepada penerima sebagai pengganti diri sebab keadaan sekarang yang masih lagi tidak membolehkan kita melawat ke sana ke sini. Marsha pun pernah beli hamper baby murah terus diposkan ke alamat penerima disebabkan tak boleh melawat. Senang kan? Walaupun tak boleh melawat tetap ada bingkisan sebagai pengganti diri.

Kali ni Marsha nak perkenalkan kepada korang specialist dalam barang baby iaitu Raph & Remy. Kalau bab personalized baby gifts pun memang marsha suka Raph & Remy ni. Marsha tengok semua produk Raph & Remy ni kan geram je tau. Paling istimewa semua barangan bayi keluaran Raph & Remy ini menggunakan kain organik bambu yang lembut dan sesuai dipakai oleh bayi yang baru lahir. Biasanya bayi yang baru lahir mempunyai kulit yang sangat nipis dan lembut juga agak sensitif. Jadi kain organik bambu memang sangat sesuai dengan kulit bayi baru lahir. Asyik cakap menarik je ni. Jom Marsha kongsikan kenapa menarik sangat barangan bayi Raph & Remy ni | Raph & Remy Pilihan Trendy Masa Kini Untuk Hadiah Bayi

Raph & Remy Pilihan Trendy Masa Kini Untuk Hadiah Bayi


Mesti korang pun tak sabar kan nak tahu apa yang menarik di Raph & Remy. Marsha yang tengok pun dah rambang mata sangat. Tambahan pula adik Marsha baru je dapat baby boy semalam. Lagilah aunty ni nak belikan untuk anak saudara sebagai bingkisan untuk meraikan kehadiran bayi. Jom kita tengok apa yang istimewanya barangan bayi keluaran Raph & Remy ni.



Personalised Baby Gifts



Personalised Baby Gifts - Kepakaran Raph & Remy memang sangat mengujakan Marsha. Hasil personalized newborn baby gifts yang dibuat oleh Raph & Remy ni nampak sangat mewah dan elegan. Harga pun setanding dengan kualiti produk dan juga cara personalize baby gift ideas yang lain dari lain. Rambang mata bila tengok sampai ikut hati ni semua nak. Sebab semua cantik!

Kesemua produk Raph & Remy ni menggunakan teknologi OEKO-TEX® yang diperakui, sangat lembut dan halus seperti sutera. Ia juga, pelindung UV secara semulajadi dan hypoallergenic - ia tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Salah satu kain paling lembut di dunia, buluh organik adalah bebas racun perosak, lestari dan sumber yang boleh diperbaharui.



Organic Bamboo Baby Blanket - Korang pun tahu kan material bamboo atau buluh organik sangat lembut dan selesa. Bila material ini dijadikan selimut atau 'baby blanket' ianya sangat best. Organic Bamboo Baby Blanket dari Raph & Remy ini dibuat dari 100% material buluh organik, ini adalah material kain yang paling selesa dan lembut. Jika dibandingkan dengan material kain yang lain ia menduduki carta pertama seluruh dunia. Hebat kan?  

Paling best material kain buluh ini bertindak memberikan kepanasan semasa musim sejuk, dan memberikan suhu sejuk kepada bayi dimusim panas. Jadi bayi tak akan mudah merengek akibat suhu panas atau sejuk yang berlebihan. RAPH & REMY ™ Organic BambooCloud ™ Cooling Blanket juga bertindak sebagai antibakteria dan tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik, kebolehan pelembapan kelembapan semula jadi menjadikan bayi kering, bebas bau dan segar.







Personalised Hooded Towel & Mitt Set - Penyerapan yang pantas dan maksimum membuatkan set RAPH & REMY ™ Organic Bamboo Baby Towel & Mitt menjadi pilihan. Biasa kalau beli tuala, pada pertama kali guna penyerapan tidak secara keseluruhan. Tapi dengan Raph & Remy Personalized Hooded Towel & Mitt Set ini ianya 3 kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik. Ia mengeringkan kulit lembut bayi dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa. 

Sarung tangan pula lembut sangat dan  sesuai digunakan pada waktu bayi dimandikan dan ianya mempunyai 'hanging loop' untuk pengeringan dan penyimpanan.  

Pilihan mesra alam, Organik Bambu Baby Towel & Mitt yang diperakui OEKO-TEX® dicampurkan dengan serat mikro untuk memberikan ketahanan itu, supaya tuala anda tetap cuci lembut selepas dicuci dan juga tidak merekah. 




Personalised Teethers - Bayi akan tertarik dengan warna pastel kerana ianya lembut dan nampak indah dimata bayi. Teethers 'handmade' dari manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium yang tidak dirawat - kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.

Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan dan mengurut lembut gusi yang sakit sementara cincin kayu beech ganda memberikan permukaan keras yang memuaskan untuk bayi mengigit bila 'gatal gusi'.

Teethers RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ adalah aksesori yang wajib dimiliki oleh mana-mana bayi yang dalam proses tumbuh gigi dengan ukuran yang selesa untuk digenggam bayi anda. 




Bamboo Baby Swaddles - RAPH & REMY ™ Premium Bamboo Swaddles dibuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas yang dibuat hanya untuk istimewa untuk koleksi Raph & Remy sahaja. Tak dapat dimana-mana brand lain tau! Ianya 3 kali lebih menyerap daripada kapas biasa, ia juga merupakan pengalaman paling lembut untuk bayi.

Material kain buluh yang mempunyai tahap bernafas yang hebat dan semula jadi, kebolehan pelembapan kain menjadikan bayi kering, bebas bau dan segar. Suhu kain yang mengawal suhu menjadikan bayi lebih panas pada musim sejuk dan lebih sejuk pada musim panas, ini mengurangkan risiko terlalu panas dan menjaga keselamatan bayi sambil memberi ketenangan kepada ibu bapa.

Ianya item yang wajib ada tau! Banyak kegunaan swaddles ni. 




SootherBuddy Security Blanket - Lembut mewah, SootherBuddy ™ Security Blanket menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak kecil di seluruh dunia.

Selalunya digunakan sebagai objek untuk alih perhatian bayi, reka bentuk asli RAPH & REMY ™ yang khas ini, adalah hadiah yang bijak. Ia dapat menenangkan bayi ketika mereka berpisah dari ibu bapa mereka dan menghadapi suasana yang tidak biasa ataupun semasa tidur di katil bayi.

Pediatrik mengesyorkan agar bayi berusia enam bulan ke atas diberi objek keselamatan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan kegelisahan mereka.

Dibuat dengan velboa kelabu netral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy ™ terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa.

Dengan memakai 'signature ribbon' yang dijamin kemas, Selimut Keselamatan SootherBuddy ™ Raph & Remy bergaya, berfungsi dan sentiasa menggayakan bahagiannya. Ia akan menjadi teman terbaik bayi yang selalu ada di sisi mereka.


Apparel

Raph & Remy juga mengeluarkan 2 jenis pakaian untuk bayi dari newborn hingga 3 bulan tau! Aduh tergugat bila tengok. Kalau tak percaya meh la tengok pakaian bayi Raph & Remy ni. Paling best ianya dibuat dari 95% material bamboo viscose yang sangat lembut dan selesa untuk kulit lembut bayi. Ia nya sangat premium.

Kelebihan material Premium Bamboo dalam produk Raph & Remy ini ialah

  • Mempunyai serat semula jadi
  • 3 kali lebih banyak penyerapan daripada material kapas
  • Keupayaan kelembapan semula jadi
  • Material yang mudah bernafas
  • Temperature regulating
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Hypoallergenic






Gift Sets

Selain personalized gift dan pakaian, Raph & Remy juga menawarkan Set Hadiah Bayi untuk kita pilih dan bawa sebagai buah tangan untuk bayi baru lahir. 

Menariknya di Raph & Remy ni kita boleh pilih set hadiah bayi yang tersedia untuk kita bawa sendiri sebagai buah tangan dan juga boleh customize gift set tersebut dengan tambah kotak dan kad ucapan untuk terus diposkan kepada penerima sebagai pengganti diri. Untuk anak buah Marsha yang baru ni, Marsha kena customize dan terus add cart kotak dan ucapan untuk terus diposkan ke alamat adik Marsha. Senang kan?






Tak tahu nak beli apa? Beli je E-Gift Card ikut bajet yang korang nak dan send je kat penerima. Nanti dorang beli apa yang dorang suka. Tak perlu pening kepala...hihi



Pilihan Marsha untuk anak saudara baru Marsha mestilah set Newborn Collection ni sebab ianya lengkap dengan pakaian, swaddles dan juga barangan Raph & Remy yang lain. Senang kan semua dah lengkap. Tinggal pilih - masuk cart - buat bayaran dan ianya akan diposkan terus ke alamat adik Marsha. Tak perlu nak tunggu bagi sendiri. Bila nak jumpa tak tahu. Nath-ntah besar anak saudara...hihi. Marsha yakin ianya pilihan trendy masa kini untuk hadiah bayi. Betul tak?





Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah lawati pautan yang Marsha share kat bawah ni. Bagi Marsha berbalaoi sangat dengan kualiti premium dari Raph & Remy ni.


Homepage: 
www.raphandremy.com


Instagram: 
https://www.instagram.com/raphandremy/?hl=en


Facebook:
https://www.facebook.com/raphandremy/





Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

16 sahabat ibu

  1. Banyak pilihan hadiah barangan baby kat sini

    ReplyDelete
  2. Cantik-cantik belaka barang baby kat website tu 🥰

    ReplyDelete
  3. Comelnya lahai. Geram jer nak beli

    ReplyDelete
  4. Ok sat nak usha untuk anak buah

    ReplyDelete
  5. waaaa bestnye.. leh la beli buat hadiah nnti.. semua comel belaka..

    ReplyDelete
  6. Comel plak tengok rompers tu...

    ReplyDelete
  7. Pasti akan order bila kwn2 ada baby lagi.

    ReplyDelete
  8. Comel nya baju-baju baby.

    ReplyDelete
  9. Thansk marsha share. Mmg tgh mencari baju baby ni.👍

    ReplyDelete
  10. Semua lawa..memang rambang mata betul ni

    ReplyDelete
  11. suka juga produk raph & remy ni sebab materialnya lembut dan sesuai untuk bayi. nampak eksklusif

    ReplyDelete
  12. Cantik.. Ada dah usha2 web dia hari tu

    ReplyDelete
  13. suka warna soft2 jer barang baby kat sini

    ReplyDelete
  14. Geram tengok barangan baby kat sini. Comel comel sungguh. Warna dia pun soft je. Sesuai sangat tuk baby kan..

    ReplyDelete
  15. cute sangat... suka tengok 😍😍😍

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)