Cara Mudah Kenali Durian Musang King

by - 6/13/2020 08:00:00 AM


Assalamualaikum


Sana sini dah viral tentang durian kan. Bermakna sekarang dah mula musim durian. Marsha pasti ramai peminat raja buah ni. Rata-rata yang duduk di Perak ni dah ke Batu Kurau, salah satu pitstop durian untuk mecari Raja Buah ni. Kemudian di Pulau Pinang iaitu Bayan Lepas.  Itu di area utara. Kalau area KL ke Pantai Timur pula kawasan yang glamor dengan durian ialah Raub. Kawasan-kawasan pit stop ini memang meriah dengan gerai-gerai yang menjual durian siap boleh makan kat situ terus.

Macam korang semua maklum, durian ni ada banyak baka atau jenis. Dari baka murah ke baka mahal. Ianya bergantung pada kualiti jenis durian tersebut. Setahu Marsha, baka atau jenis durian yang agak 'high end' atau mahal ialah durian Musang King D197 , durian Udang Merah, durian IOI dan durian D24. Kesemua jenis jenis durian ini mempunyai keistimewaan dan ada peminat masing-masing. Kesemua jenis durian paling mahal antara yang lain dan rasa durian yang pasti buat korang teringat-ingat.

Paling glamor ialah durian Musang King. Ramai yang teringin nak rasa durian Musang King ini sebenarnya. Tapi harga durian Musang King sekarang boleh mencecah RM55/kg. Patutlah ia dikategorikan sebagai durian paling mahal di Malaysia. Memang patutlah durian Musang King dikenali sebagai maharaja buah durian. Alang-alang dah up tentang durian Musang King ini, Marsha nak kongsikan | Cara Mudah Kenali Durian Musang King

Cara Mudah Kenali Durian Musang King

Harini rezeki Marsha sekeluarga dapat merasa Musang King Malaysia ni. Jadi Marsha nak kongsikan cara mudah kenali durian Musang King ini semasa nak membeli durian paling mahal di Malaysia ini. Rasa dia? Sebelum Marsha teruskan, rasa durian Musang King memang sedap. Rasa berlemak dan pahit-pahit. Nak merasa sesekali memang tak rugi. Disebabkan ia jenis durian paling mahal, Marsha nak kongsikan cara mudah kenali Durian Musang King supaya korang tak tertipu dengan penjual yang mungkin mengambil kesempatan.

5 Cara Mudah Kenali Durian Musang King


1. Bentuk Bujur seperti Bola Ragbi


Hampir kesemua bentuk durian Musang King berbentuk bujur seperti bola ragbi. Jadi kalau lah ia berbentuk selain dari bola ragbi, ianya bukan durian Musang King. Ada sebilangan kecil yang menyerupai bentuk buah pinggang.



2. Kawasan antara tangkai dan buah tiada duri atau botak.


Ini Marsha baru perasan. Patutlah masa bawa masuk tadi dari kereta tangan tak ditusuk duri durian pun. Rupanya kawasan mahkota buah ( antara tangkai dengan badan buah ) tiada duri langsung. Jadi ianya antara ciri-ciri durian Musang King yang senang kita nak kenal.



3. Bahagian bawah durian berbentuk seperti tapak sulaiman ( starfish)


Ini juga paling senang kita nak identify durian Musang King ini. Ianya jelas berbentuk tapak sulaiman dan leper. Memang ni antara ciri-ciri yang paling senang untuk kenali durian Musang King. Kalau tak ada bentuk tapak sulaiman di bahagian bawah durian bermakna ianya bukan durian Musang King.




4. Tangkai Buah yang Panjang dari Jenis Jenis Durian Lain


Biasa kalau kita bawak durian lain, walaupun ianya ada tangkai tangan kita masih terasa tercucuk duri durian. Tangkai durian Musang King ini memang sangat panjang. Bila bawa durian Musang King tak rasa tercucuk dan tangan pun ada jarak dari badan durian musang king. Kalau ada ciri-ciri sebelum ni dan ditambah dengan tangkai yang panjang ni memang gerenti betul...hihi


5. Duri Berbentuk Piramid

Lawa kan bentuk duri durian Musang King ini. Memang betul-betul berbentuk piramid. Ianya duri yang lebar dan bukan runcing dan tak tentu saiznya. Jika korang tengok duri macam ni sah lah ianya durian Musang King.



Kalau nak lebih jelas melalui video cara mudah kenali durian musang king jom layan video dibawah


Moga perkongsian Marsha kali ni membantu korang yang tengah mengidam nak cari durian Musang King ni. Selamat mencuba!!


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

7 sahabat ibu

  1. Huyooo,saya baru tahu...ok thanks info, berguna sangat ni...nanti nak try..x pernah beli musang king sendiri..huhu

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. sedap sangat durian musang king ^_^

    ReplyDelete
  3. Musang king harga mahal dan sedap

    ReplyDelete
  4. sy tahu makan jee.. hahaha
    nice sharing kak

    ReplyDelete
  5. Pada ai semua durian pun sama. Janji sedap. Hahaha!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)