5 Jenis Pokok Indoor Plant Yang Patut Ada Dalam Rumah

by - 6/08/2020 09:09:00 AM

Assalamualaikum


Bila dah lama 'mengadap dinding' semasa PKP dan PKPb ni akan membuatkan kita sedikit rasa stress sebab duduk dalam rumah dalam jangkamasa yang agak lama. Marsha pun sama. Ia juga akan menyebabkan menyebabkan kepala seseorang sakit, pening atau kerengsaan pada bahagian mata, telinga dan hidung. Bila keluar, itulah masa kita nak hilangkan stress dan 'tukar angin'. Sebab itulah bila PKP dan PKPb dijalankan, ramai yang shopping online untuk menghilangkan rasa 'bosan' dan 'stress' dirumah. Bahaya juga shopping online, akaun bank pulak 'sakit' nanti....hihi.

Banyak yang viral masa PKP dan PKPb ini. Ada yang deko rumah, main game, masak dan paling terbaru ialah indoor plant atau bunga hiasan rumah. Ini viral paling latest lah sebab tengok ramai dah mula ada indoor plant ni. Yang tak ada dah mula buat belian secara online atau ke kedai. Dasyat kan penangan viral ni. Dalam tak sedar harga pokok hiasan dalam rumah agak mahal sedikit dari biasa. Tetapi indoor plant ni ada bagusnya tau. Banyak juga kebaikan sebenarnya mempunyai indoor plant ni. Sebenarnya tumbuhan dalam bangunan (indoor plants) boleh membersihkan udara tanpa korang sedar. Ada beberapa indoor plant yang Marsha boleh kongsikan untuk korang yang nak ada indoor plant ni | 5 Jenis Pokok Indoor Plant Yang Patut Ada Dalam Rumah

5 Jenis Pokok Indoor Plant Yang Patut Ada Dalam Rumah

Kali ini, Marsha nak kongsikan 5 jenis tumbuhan dalam bangunan yang sangat mudah dijaga dan susah untuk 'mati' menurut kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa). Ini memang sangat sesuai bagi yang tak sempat nak tengok sangat indoor plant dalam rumah. 

1. Pokok Bunga Kekwa


Dalam kajian Nasa, pokok bunga kekwa merupakan juara tumbuhan yang boleh membersihkan udara kerana mampu menyingkir ammonia, benzena, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah. Ia juga dikenali sebagai pokok yang mengeluarkan banyak oksigen. Tetapi di Malaysia, Marsha tak pernah jumpa lagi yang menjadikan pokok bunga kekwa ni sebagai 'indoor plant'. Biasanya nampak sebagai pokok hiasan halaman rumahLepas ni korang boleh pertimbangkan pokok bunga kekwa untuk dijadikan sebagai pokok hiasan indoor korang. Sangat bagus kalau jadikan poko bunga kekwa ni sebagai tanaman oksigen dalam rumah.

Bunga Kekwa menyingkirkan gas ammonia, benzena, formaldehid dan xilena. 

2. Pokok Lily Paris


Pokok ini Marsha biasa nampak di pejabat-pejabat diletakkan di atas meja kerja. Ia juga dikenali sebagai Daun Lily Paris. Ia adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling mudah untuk membesar dan amat sesuai untuk mereka yang sering terlupa untuk menyiram air pada pokok.

Memang kalau jadikan indoor plant ni, kalau balik kampung pun tak risau 'mati' kerana ianya antara pokok daun hiasan yang survival. Sangat berbaloi. Tak perlu nak beli atau tanam berulang kali. Menurut Bakker, pokok Lily Paris ini menyingkirkan gas formaldehid dan xilena. 

Pokok Lily Paris menyingkirkan gas formaldehid dan xilena. - Bakker


3. Dracaena


Pokok Dracaena ini biasanya Marsha lihat berada dalam bangunan dan juga rumah. Biasanya berada di sudut-sudut tepi dalam bangunan atau rumah. Kalau korang nak tahu Dracaena ni mempunyai lebih 40 jenis  dan sudah tentu anda mempunyai banyak pilihan yang menepati citarasa untuk diletakkan di sudut rumah.

Walaupun ianya memberikan kelebihan kepada kita, jika ada yang membela haiwan peliharaan ianya tidak sesuai kerana Dracaena bertoksik untuk anjing dan kucing. Ia menjadi pokok yang tidak elok ditanam jika pemilik rumah membela haiwan peliharaan. Jadi ianya lebih sesuai untuk korang yang tiada haiwan peliharaan.


Dracaena menyingkirkan gas formaldehid, benzena, trikloroetilena dan xilena. - Crocus


4. Pokok Lidah Jin


Pokok Lidah Jin adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling susah untuk ‘mati’ kerana walaupun ia perlu disiram secara berkala, pokok ini sesuai hidup di tempat yang kering dan menerima sedikit cahaya matahari. Ianya adalah kategori pokok yang mudah ditanam. Ia sesuai dijadikan tanaman untuk ruang tertutup kerana ia hanya memerlukan cahaya matahari yang minimum.

Ia juga dikenali sebagai pokok penapis udara kerana mampu menyingkirkan gas formaldehid, benzena, trikloroetilena dan xilena. Jadi udara dalam rumah sentiasa segar.


Pokok Lidah Buaya menyingkirkan gas formaldehid, benzena, trikloroetilena dan xilena. - Crocus


5. Pakis Boston


Pokok Pakis Boston ini juga antara yang agak popular dikalangan peminat indoor plant. Selain nampak cantik, ianya membersihkan udara daripada lokasi yang sejuk dengan kelembapan tinggi dan cahaya bukan terus. Ianya mudah tumbuh tetapi perlu kekal lembap untuk hidup. Jadi ianya tidak sesuai jika kita selalu travel dalam jangkamasa yang lama kerana khuatir ianya akan mati.

Pakis Boston menyingkirkan gas formaldehid dan xilena. - The Spruce


Pilih Pokok Hiasan Dalam Rumah Sesuai Dengan Korang

Inilah 5 jenis pokok indoor plant yang patut ada dalam rumah. Jadi boleh pilih yang mana sesuai dengan korang dan juga rumah korang. Ada pro dan kontra. Marsha pasti ramai yang masih mencari pokok indoor plant yang sesuai dengan korang kan? Jadi harap perkongsian Marsha ini membantu korang serba sedikit.




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

15 sahabat ibu

  1. Sejuk mata memandang. Kena try cari pasu juga ni 😁

    ReplyDelete
  2. Viral kan pokok tu.. Ingt zmn dulu2 mmg byk mak tnm.. Skg ni byk pokok herba je tnm kt keliling

    ReplyDelete
  3. Suka tengok pokok bunga tapi tak pandai jaga. Jadi tengok gambar je lah

    ReplyDelete
  4. kita ada lidah mertua ngan photos je ,nak tambah koleksi la hehehe

    ReplyDelete
  5. IQ xde tanam apa2. Takut tak trjaga

    ReplyDelete
  6. best yer kalau dapat beli semua indoor plant ni

    ReplyDelete
  7. Setakat ni indoor plant belum beli lagi.. Tapi seronok tgk org letak dlm rumah

    ReplyDelete
  8. Lily Paris tu cantik tapi tunggu lah dia besar rasa semak lak. Pakis Boston tu pun sama. Tapi masa kecik2 tu comel lah dalam rumah.

    ReplyDelete
  9. Erm.. Seronok juga kalau dapat menghias pokok pokok dalam rumah kan..nanti la slow slow nak cari rak tuk pokok, letak di balkoni.

    ReplyDelete
  10. Cantik pokok. Ramai duk rajin tanma pokok sekarang ni

    ReplyDelete
  11. Dah menjadi kegilaan ramai yek pokok-pokok ni.. hehe nak kene beli jugak ke camne ni.. haha

    ReplyDelete
  12. kat rumah ada sebahagian dari pokok indoor ni..tengah kumpul hat yang lain

    ReplyDelete
  13. pokok lidah jin ada... nanti nak carila lily paris tu, nampak cantik. xda koleksi bunga tu lagi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)