Cara Booking Campsite Sungai Pauh di Cameron Highland


Assalamualaikum


Hai korang! Lama kan tak bersua melalui story baru. Marsha mohon maaf awal-awal sebab lately ni Marsha agak sibuk dan tak sempat nak updated setiap hari. Tapi Marsha akan cuba update ok? Actually banyak je benda nak Marsha kongsikan tapi tak sempat..hihi. Bila dah masuk kerja ni banyak nak kena kejar..hihi. 

Ok, untuk entri kali ni Marsha terpanggil nak kongsikan dengan korang cara booking campsite cameron highland iaitu Sungai Pauh Camping Site. Dulu masa Tufael masih kecil lagi teringin je nak camping dan memang selalu tengok kawan-kawan updated dah camping kat Sungai Pauh Camping Site dan nampak sangat seronok. Ye la, Marsha kan ex-Forest jadi naluri tu memang ada. Namun keinginan terpaksa dipendam sebab anak-anak masih kecik lagi nak camping. Padahal Tufael pernah masuk Royal Belum masa umur 3 bulan tau..hihi.

Baru-baru ni pula nampak lagi kawan-kawan updated pula camping di Sungai Pauh Camping Site ni. Bila pikir-pikir balik dengan husband macam dah sesuai nak dedahkan anak-anak kepada nature. Macam Kakak Anith memang selalu dah kami bawa. Jadi ini pengalaman baru buat adik-adiknya pula. Walaupun Baihaqi baru nak mencecah 3 tahun dan Tufael 1 tahun lebih, namun Marsha rasa ianya ok je. Sebab camping dengan segala kemudahan yang ada ni kira selesa sikit. Cuma bezanya pengalaman tidur dalam khemah dan di kawasan hutan. 

Tetapi nak camping di Campsite Sungai Pauh ni bukan oleh gamble adhoc macam tu je. Perlulah buat tempahan atau booking. Perlu dapatkan kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dulu barulah boleh masuk camping. Adatlah kan masuk rumah orang kena minta izin jangan main terjah je..hihi. Jadi jom Marsha nak kongsikan dengan korang | Cara Booking Campsite Sungai Pauh di Cameron Highland.


Cara Booking Campsite Sungai Pauh di Cameron Highland


Marsha dan suami memang suka nature dan suka aktiviti lasak. Ini mungkin dulu Marsha amik course Forestry dan selalu keluar masuk hutan dan juga ex-ROTU di UPM. Suami pula satu batch dengan Marsha ROTU di UPM. Lepas PKP ni pula memang kami suka sangat ke tempat-tempat yang nature dia cantik. Tak suka ke tempat yang crowded atau pergi shopping ke. Tapi bila tengok nature rasa tenang sangat.

Teruja pula bila tengok kawan-kawan update baru-baru ni tengah camping di Campsite Sungai Pauh. Disebabkan Marsha tinggal kat Ipoh dan tak jauh dari Cameron Highland, kami decide nak cuba bawa anak-anak suasana baru dengan camping. Nak dedahkan dorang dengan alam semulajadi. Dan Marsha tengok dengan kemudahan yang ada ia sangat membantu.

Taman Eko Rimba Sungai Pauh

Campsite Sungai Pauh ni terletak di Taman Eko Rimba Sungai Pauh dan ianya dibawah tanggungjawab Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Sebab tu lah kita kena mohon kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dulu sebelum nak camping di Campsite Sungai Pauh ni.

Taman Eko Rimba Sungai Pauh ini terletak 1 KM dari Bandar Tanah Rata, Cameron Highland dan mempunyai pelbagai tarikan seperti kajian, sungai, berkelah, berkhemah, trekking, denai interpretasi, mendaki gunung dan juga memerhati burung. Masa study dulu Marsha tak sempat kesini tapi pernah ke kawasan lain buat kajian masa study. Jadi ianya memang memerlukan untuk kita mohon kebenaran sebelum ke sana disebabkan ianya mempunyai kapasiti tertentu. Kapasiti hanya 150 tapak perkhemahan untuk 4 org.

Kemudahan yang ada pula ialah parking, tandas, pondok rehat , surau, tempat memasak, bilik persalinan dan tong sampah. Banyak juga kemudahan yang ada kan? Pada Marsha kemudahan yang disediakan sangat mencukupi. Dah nama camping kan bukan dok di hotel...hihi. Oh ya, bayaran sewaan tapak juga dikenakan dan Marsha rasa ianya sangat murah dan berbaloi dengan hanya RM10/tapak sehari dah lebih dari ok. Dengan kemudahan yang disediakan pun cukup.


Mudah Booking Online Campsite Sungai Pauh

Cara nak buat tempahan sangat mudah. Korang hanya perlu ke pautan Sistem Maklumat Eko Rimba Negeri Pahang dan di halaman tersebut korang boleh tengok maklumat dan panduan, direktori taman eko rimba, permohonan dan semakan. Jadi Marsha cadangkan korang baca dulu maklumat dan panduan serta direktori taman eko rimba dan kemudian baru buat tempahan.



Bila dah habis baca maklumat dan panduan serta direktori taman eko rimba, korang boleh klik permohonan untuk buat tempahan atau booking. Kat sini korang kena isi no kad pengenalanan dulu untuk pendaftaran dan klik seterusnya. Kemudian akan terpapar halaman untuk korang isi detail yang perlu seperti nama, alamat dan sebagainya kemudian klik simpan.






Paparan seterusnya pula korang boleh buat pilihan jenis permohonan. Jadi kalau nak camping pilih tempahan kemudahan dan bawah dia kan keluar satu paparan lagi yang memerlukan kita isi Taman Eko Rimba yang mana nak dipilih dan tarikh tempahan . Jadi korang pilih lah Taman Eko Rimba Sungai Pauh dan tarikh ikut tarikh korang lah kan..hihi. Siap tahu berapa harga bayaran lagi. RM10 memang murah la kan.








Bila dah selesai korang klik save dan akan keluar paparan berjaya untuk permohonan tempahan dan detail tempahan. Siap!!









Keputusan permohonan kita akan dapat tahu dalam masa 7 hari bekerja dan kita boleh semak melalui pautan yang sama dan klik semakan. Isi no IC korang dan keputusan akan diketahui samada diluluskan atau tidak.




 Senang kan? Jadi selamat mencuba korang! Doakan booking Marsha berjaya ye.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

25 Comments

  1. Betul kalau orang yg jenis suka dengan nature, mmg seronok camping macam ni. Good sharing. Mesti ramai yang suka camping2 ni.

    ReplyDelete
  2. Pernah nak try g situ dulu. Tapi tak jadi faktor cuaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hujan x sesuai...pegi waktu musim panas

      Delete
  3. Dah lama sangat tak pi Cameron. Nanti nak pi holiday kat Cameron bawak family tapi sekarang ni heboh kata jammed teruk sana. Nanti² laaaa pi

    ReplyDelete
  4. Contoh site camping tu macam mna yer?

    ReplyDelete
  5. Kena bawak baju tebal2 banyak2 ni, CH, dalam khemah pulak, perghh mesti sejuk hehe

    ReplyDelete
  6. menarik ni..tapi lama lagi la nk buleh apply..kena syawal besar skit dulu..hehehe

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Apa link boleh tempah khemah di Sg Pauh Pahang?

      Delete
    2. sekarang link dia tgh maintenance...kena tggu semua ok dulu rasanya

      Delete
  8. Best juga kan camping. Tu la tunggu anak2 besar

    ReplyDelete
  9. Kenapa saya buat booking asyik kena reject yea sis, semua data, semua bulan dah letak tp kena reject juga,,,warrhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips yang orang share, tarikh kena 2-3 bulan sebelum dan hari weekdays

      Delete
  10. taguna la Kem Sg Pauh ni..call x angkat..mohon byk kali x dpt..ni la bila gomen yg pegang..pi private campsite je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dorang busy. Setahu saya memang full online. Tp dulu sy ada call ada yang angkat

      Delete
  11. Boleh tukar tarikh booking ke? Macam mana buat?

    ReplyDelete
  12. Xdapat buka.. Kenapa ya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us