Rahsia Tasik Cermin Ipoh Untuk Peminat Alam Semulajadi


Assalamualaikum


Ipoh antara ibu negeri yang menjadi pitstop bagi pelancong dalam dan luar negara. Siapa tak kenal Ipoh kan? Ipoh memang masih kaya dengan pemandangan bukit batu kapur yang cantik. Kebanyakkan tempat belum lagi diubah menjadi bangunan konkrit. Sebagai penduduk di Ipoh ni Marsha masih bertuah berpeluang menikmati keindahan yang ada di tanah Ipoh ni. Sepanjang 7 tahun menetap di Ipoh ni keindahan bukit batu kapur masih dipelihara untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara. Sebenarnya banyak lagi tarikan menarik di Ipoh ni. Tetapi untuk kali ini Marsha nak kongsikan 'ipoh hidden gem' yang viral dan sentiasa disebut iaitu Tasik Cermin Ipoh. Jom kita tengok apa yang menarik | Rahsia Tasik Cermin Ipoh Untuk Peminat Alam Semulajadi




Rahsia Tasik Cermin Ipoh Untuk Peminat Alam Semulajadi

Marsha dah lama sebenarnya teringin nak pergi. Bila tengok ramai yang share gambar-gambar menarik kat sana. Kalau peminat alam semulajadi macam Marsha ni haruslah teringin nak tengok dengan mata kepala sendiri kan? Tapi disebabkan anak masa tu masih kecil dan dengar khabar yang nak masuk agak mencabar jadi kami hold dulu. Kali ni kami gamble je lah pergi dan nampaknya berbaloi. Jadi Marsha nak kongsikan apa yang ada kat sini.

Plan asalnya tak ada pun nak ke tempat menarik di Ipoh, Tasik Cermin ni. Hanya keluar nak amik race kit fun run yang telah dibatalkan akibat wabak pandemik Covid-19. Sebelum tu kami dah siap-siap beli tapau nasi kandar untuk lunch tapi belum decide nak makan dimana. Masa PKPP ni pun kami masih tak keluar makan di kedai sebab ada anak-anak kecil. Jadi pilihan kami ialah tapau dan makan dimana-mana tempat yang sesuai. Plan asalnya nak makan kat Padang Polo aje.

Lepas ambil race kit baru perasan kawasan tu area Gunung Rapat Ipoh dan baru teringat Tasik Cermin pun berada di kawasan berhampiran cuma tak tahu jalan kesana. Jadi Marsha gamble cuba waze dan jumpa. Berdebar juga follow waze pun takut dia bawa ketempat lain pula...hahaha. Tapi alhamdulillah selamat juga sampai. Masa sampai tu ada uncle yang jaga parking. Kos parking hanya RM5 sahaja. Uncle tu cakap boleh makan kat Tasik Cermin. Jadi kami pun bawa lah nasi yang telah ditapau tadi sekali.



Kami parking di tepi jalan berhampiran sebuah rumah yang telah ditinggalkan. Ada juga dengar khabar Tasik cermin Ipoh berhantu. Tapi tengok rumah tu tak ada apa perasaan lain pula. Mungkin itu hanya berita dari mulut ke mulut je kot. Dari tempat parking ke Tasik Cermin, kami kena berjalan kaki sejauh 500 meter dan mandaki sikit aje. Sepanjang berjalan kaki tu seronok je sebab kiri kanan tu pokok-pokok dan juga bukit batu kapur. Sejuk je rasa.

Paling menarik sebelum sampai ke Tasik Cermin, kami akan melalui sebuah pintu gua. Marsha tak pernah melalui pengalaman macam ni. Tapi di Tasik Cermin ada. Gua tu sejauh 50 meter je dan gelap. Jadi kami guna tochlight kat telefon bimbit je. Bila dah sampai hujung rasa kagum sangat lawa betul pemandangan disebalik gua tu. Tersergam indah sebuah tasik dalam suasana yang nyaman. Masa tu hanya ada beberapa orang yang dah sampai. Jadi tak lah crowded sangat.





Jadi korang bolehlah tengok perkongsian Marsha tentang Tasik Cermin Ipoh ni di channel youtube Marsha



Dalam video ni Marsha kongsikan jarak perjalanan dari tempat parking ke Tasik Cermin Ipoh. Jadi korang dapat gambaran yang jelas sebelum ke sana.

Rasa nak je duduk lama-lama kat sana nikmati keindahan alam ciptaan ALLAH. Tetapi bila dah semakin ramai kami mengundur diri. Sebab kami nak elakkan tempat crowded. Mujur lah sampai masa tu orang tak ramai sangat. Sempat makan kat sana sambil menikmati alam...best sangat!




Sejarah Tasik Cermin 



Sedikit sejarah Tasik Cermin Ipoh ni dulunya ia dijumpai oleh pekerja kuari yang berkerja berhampiran tasik cermin ni. Semasa gali gua sampai kehujung sedalam 50 meter baru ternampak ada tasik yang sangat cantik. Airnya pula dibiaskan seperti cermin nampak keindahan di permukaan tasik. Disebabkan itu ianya dikenali Tasik Cermin dan antara tasik di perak yang viral. Dengarnya jeti di Tasik Cermin Ipoh juga telah siapkan jeti untuk kemudahan. 


Lokasi Tasik Cermin Ipoh

Lokasi Tasik Cermin Ipoh ni berhampiran dengan tempat penjualan Limau Tambun di Gunung Rapat. Meh sini Marsha kongsikan lokasinya. Senang sikit korang nak cari lepas ni.




Jadi bagi Marsha kalau korang ke Ipoh dan mencari tempat menarik di Ipoh, korang boleh masukkan Tasik Cermin Ipoh dalam wishlist korang. Sangat berbaloi terutamanya untuk yang minat alam semulajadi. 




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

9 Comments

  1. Cantik sangat, boleh pergi lepas ni, terima kasih perkongsian :D

    ReplyDelete
  2. best yer dapat cuci mata tengok nature...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kak marsha..Kinah sendiri tak sampai lagi Tasik Cermin ni

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat tempat dia.. Kalau ade rezeki boleh ke sini

    ReplyDelete
  5. tak pernah jejak sini, marsya. macam best je. nak try la ajak hubby bebila time balik Ipoh. Kalau idak, merap duk umah je. bosan..jenjalan cuci mata kat tempat-tempat menarik area Ipoh macam Tasik Cermin ni, best gak..

    ReplyDelete
  6. Suka sangat tengok tasik tu tapi sampai sekarang tak dapat nak jejak lagi.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya.. sealu ke ipoh pun tak tahu pasal tempat nih. hehe..Nanti balik ipoh nak ahak anak2 2 ke sini la..

    ReplyDelete
  8. liez pun tak pernag smp lagi Marsha.. lagipun husband liez jenis tak suka tempat-tempat yang tersorok-sorok ni.. hahaha klau tgk jalan masuk pun macam risau je tapi kalau ada orang jaga ok la

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us