Rasa Seperti Jutawan Di Jualan Berjenama 8.8 Shopee Ini

Shopee memperkenalkan Berjuta Diskaun Berjenama dengan tawaran potongan harga hingga 96% pada barangan berjenama

 


 

Shopee telah memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan Berjuta Diskaun Berjenama atau Million Dollar Brands Discounts yang akan membolehkan pengguna membeli produk 100% original daripada jenama kegemaran dengan diskaun hebat. Dapatkan pembersih vakum Dyson V7 Fluffy+ yang serba boleh pada hanya RM1,209 berbanding harga sekarang iaitu RM1,899; atau hidangkan masakan istimewa buat keluarga dengan menggunakan Tefal Daily Cook Stewpot with Lid bernilai RM159 yang boleh didapati pada harga RM59 pada 8 Ogos dari 12 tengah malam hingga 2 pagi.

 

Selain itu, jadilah pemilik Apple Airpods Pro; gayakan warna lipstik baharu oleh MAC Cosmetics, rasa lebih yakin dengan Elizabeth Arden atau dapatkan jam tangan bergaya Cerruti 1881. Portal Berjuta Diskaun Berjenama dapat diakses melalui laman utama Aplikasi Shopee, dan menawarkan tawaran cukup hebat daripada pebagai jenama termasuk Samsung, Seiko, Tomei, JBL, Fjallraven Kanken, Bonia, Levi's, dan banyak lagi.

 

Tawaran di portal Berjuta Diskaun Berjenama termasuk potongan harga hingga 96%. Tambahan pula, produk yang disertakan tag Shopee Mall dijamin 100% tulen. Sekiranya mana-mana produk ini didapati palsu, polisi Jaminan Produk Tulen Shopee Mall akan digunakan dan Shopee akan mengembalikan wang kepada pelanggan sebanyak dua kali ganda daripada jumlah yang dibayar untuk produk tersebut.



 

Permainan Shopee

Ciri Berjuta Diskaun Berjenama ini diperkenalkan bersempena Jualan Berjenama 8.8 Shopee. Keseluruhan kempen ini, yang berlangsung dari sekarang hingga 8 Ogos, membawa keseronokan kepada pengguna Shopee yang berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM88,000 setiap hari dengan bermain Shopee Garden, Flappy Shopee, Shopee Poly, Shopee Link dan banyak lagi.

 

Super Brand Day

Beberapa jenama juga telah mengambil kesempatan untuk menjalankan Super Brand Day mereka bersama Shopee semasa Jualan Berjenama 8.8 ini. Pengguna boleh menikmati tawaran dan promosi yang diperhebat serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan hadiah menarik. Jenama-jenama ini ialah Perfect Diary, L'Oreal, realme, Innisfree, Tefal, Bokitta, Enfagrow, P&G, Acer, Universal Traveller, Photobook, Unilever, Skechers, Philips dan Vinda.

 

Nikmati Penjimatan Lebih Besar 

Selain tawaran dan diskaun berjenama, pengguna boleh menikmati tawaran RM8 setiap hari semasa Jualan Kilat Shocking Sale. Pada hari terbesar kempen iaitu 8 Ogos, perbelanjaan minimum untuk pengguna menikmati penghantaran percuma akan direndahkan kepada RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dengan kejutan tambahan sepanjang hari, manakala jenama-jenama akan menawarkan baucar potongan harga 50% yang tidak patut dilepaskan.

 

My Girls Talk Show

Berehat sebentar daripada membeli-belah dan dapatkan inspirasi melalui rancangan bual bicara  wanita baharu ini. Menampilkan peserta dahulu daripada Miss Astro Chinese International Pageant, rancangan ini bertujuan memperkasakan wanita dalam pelbagai topik dan pengalaman ketika mereka menjalani gaya hidup pantas hari ini. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara menjadi pembeli atas talian yang bijak; dapatkan tips kecantikan, serta cara mengekalkan hubungan yang sihat dengan menonton Shopee Live pada hari Ahad (9 dan 16 Ogos) jam 8.30 malam dengan ulangan pada hari Sabtu (8, 15 dan 22 Ogos) jam 5.30 petang.

 

Walaupun pelancaran portal Berjuta Diskaun Berjenama adalah seiring dengan Jualan Berjenama 8.8 Shopee, ciri tersebut akan terus berada di Aplikasi selepas 8 Ogos dengan tawaran dan jenama yang diperbaharui bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang menarik dan berpatutan untuk pelanggan.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel Collaboration & Review Blogger

4 Comments

  1. Mcm biasa shopee mst buat sales..

    ReplyDelete
  2. Pwegh 8.8 pulak.. Macam2 ad la ni

    ReplyDelete
  3. Asyik ada tawaran best je PG Mall ni.

    ReplyDelete
  4. uish...kalau ada duit dh habis dah ni...hahha
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us