Dedahkan Anak Dengan Cerita Dongeng Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book dari Bababaa

by - 9/26/2020 10:50:00 PM

Assalamualaikum

Kini, tak ramai anak-anak kita tahu tentang cerita dongeng zaman dahulu kala. Marsha dulu pun tahu cerita dongeng setelah menonton televisyen dan juga membaca buku cerita dongeng yang telah ditulis oleh penulis buku kanak-kanak. Kalau nak lebih faham jalan penceritaan memang Marsha akan tonton televisyen. Walaupun sekarang lebih mudah dengan adanya gadget seperti telefon pintar, iPad dan sebagainya, anak-anak lebih cenderung kepada kartun-kartun yang terkini dan viral. Jadi jika kita tak dedahkan kepada anak-anak cerita dongeng ni tak mustahil ia akan hilang ditelan zaman.

Cerita dongeng zaman dulu kala ni sangat banyak teladan nya. Jadi memang tak salah kalau kita nak dedahkan kepada anak-anak sebab ia mempunyai pengajaran yang baik. Marsha membesar dengan cerita dongeng dan cerita dongeng Bawang Putih & Bawang Merah memang antara cerita dongeng favorite Marsha. Sampai dah boleh hafal jalan ceritanya. Bawang Putih Bawang Merah ni ala ala cerita dongeng Cinderella lebih kurang. Pilihan Marsha untuk dedahkan anak-anak dengan cerita dongeng ini adalah dengan Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book dari Bababaa. Masa mula terpandangkan buku ni Marsha sudah tertarik hati tau.

Dedahkan Anak Dengan Cerita Dongeng Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book dari Bababaa


Untuk pengetahuan korang, Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book dari Bababaa ni adalah keluaran terbaru dari Bababaa. Baihaqi memang ada koleksi buku keluaran Bababaa ni dan ianya sangat menarik. Pendekatan yang dibuat oleh Bababaa menarik minat kanak-kanak seusia 1-5 tahun dengan ilustrasi yang menarik dan juga pendedahan melalui bunyi (sound) termasuk lagu kanak-kanak. Jadi bila Baihaqi tau je buku ni dari Bababaa, dia dah tau ni buku kegemaran dia. Memang Bababaa ni sinonim dengan sound & song book.

Bila tengok Bababaa iklankan buku Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ni terus Marsha buat pembelian. Memang tak nak terlepas edisi yang terbaru ni. Kalau lambat nanti out of stock memang nangis lah...hihi. Buku-buku keluaran Bababaa ni memang sangat laku macam pisang goreng tau! Harga pun sangat mampu milik dan berbaloi dengan item. Jadi memang tak kan rugi punya!




Bila dah suka, mestilah ada daya tarikan yang membuatkan kanak-kanak suka pada buku. Ini adalah kepakaran Bababaa. Semua buku-buku song book & sound book dari Bababaa ni memang sangat menarik minat kanak-kanak seusia Baihaqi. Tufael pun minat tau...hihi. Mesti korang nak tahu kan apa yang menarik pada Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ni kan? Jom kita tengok...

4 Keistimewaan Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book Yang Menarik Minat Kanak-kanak

Bila pertama kali buka parcel dan terpandangkan Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ni, Marsha terus jatuh cinta tau. Warnanya pink lembut sangat sweet. Ada banyak lagi keistimewaan Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ni tau..meh Marsha share dengan korang.

Ilustrasi Yang Menarik

Selain dari warna, ilustrasi yang digunakan dalam Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ini juga sangat cantik dan menarik. Memang sesuai untuk pandangan kanak-kanak. Marsha yang dewasa pun tengok terus tertarik dengan ilustrasi dari Sarkodit ini.



Butang Penceritaan & Butang 'Sound Effect' Istimewa

Beza dengan buku keluaran Bababaa yang lain, Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ni mempunyai 2 butang berbeza dalam satu muka iaitu butang penceritaan & butang 'sound effect' istimewa. Butang penceritaan akan bacakan kembali setiap bait ayat di setiap helai buku dan butang 'sound effect' istimewa pula memperdengarkan seolah skrip lakonan. 




Jadi 3 aktiviti bacaan yang boleh buat dalam masa yang sama iaitu baca secara manual, mendengar cerita dan mendengar 'sound effect' dari Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book.




Butang On Off dan Bateri Boleh Ganti

Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ini mempunyai butang ON dan OFF. Jadi kita boleh ON bila nak guna dan OFF bila tidak guna. Ia juga dilengkapi dengan bateri dan ianya mudah diganti. Jadi bila dah habis kuasa bateri, kita boleh ganti sendiri sahaja. Senang kan?




Penggunaan Dua Bahasa

Ini paling Marsha suka sebab Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ini menggukan 2 bahasa penting iaitu Malay & English. Jadi dalam satu masa, anak-anak didedahkan dengan 2 bahasa yang berbeza dan memang penting untuk seharian. Jadi sebelum memulakan pembacaan korang boleh tekan butang untuk memilih samada Malay atau English.



Aktiviti Di Akhir Cerita

Pada akhir helaian, ada satu aktiviti ringkas dimana anak-anak diuji samada kenal atau tidak watak yang ada dalam Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ini. Walaupun ia hanya aktiviti yang agak simple, tapi kita dapat uji tahap anak-anak kita secara tidak langsung.




Apa Kata Marsha dan Reaksi Baihaqi?

Kali ni Marsha tak nak tulis komen Marsha tentang Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book ni. Jadi kali ni Marsha nak korang tonton video Marsha dibawah dan boleh tengok reaksi Baihaqi sekali..jom...



Beli Buku Keluaran Bababaa Dengan 10%  Kod Diskaun


Haa....meh Marsha share buat korang yang berminat nak memiliki Bawang Putih & Bawang Merah Sound Book atau koleksi buku keluaran Bababaa yang lain dengan harga yang sangat istimewa. Senang je caranya. Bila nak checkout, korang letakkan kod Marsha “BPBM_MARSHALIZA” untuk 10% diskaun di www.bababaa.com. Best kan? Akhir sekali meh layan gambar Baihaqi yang excited ni..hihi







Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

4 sahabat ibu

  1. Best ni buku ni.. Boleh belikan utka anak2 nad juga..bgus ceritakan buku dekat diaorang

    ReplyDelete
  2. Menarik uku ni siap ada sound effect.

    ReplyDelete
  3. canggihnya buku budak2 skrg.. barulah dorg tak bosan

    ReplyDelete
  4. best buku ni siap ada sound effect. lebih mudah nak tarik minat anak2 kecil membaca

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)