5 Sebab Perlu Pilih Swan Garden Hotel Bila Bercuti Ke Melaka

by - 10/05/2020 08:56:00 AM

Assalamualaikum


Weekend lepas sempat juga Marsha dan keluarga meramaikan populasi rakyat di Melaka. Lama dah teringin nak travel ke Melaka. Akhirnya last week Marsha dan suami pilih untuk short vacay ke Melaka. Seperti biasa, bila nak travel ni, perkara yang paling penting ialah tempat nak lepak bermalam dengan santai. Bermulalah tugas kami nak mencari hotel yang selesa, lokasi yang startegik dan tidak terlampau crowded. COVID-19 masih ada lagi di Malaysia ini dan nak travel memang kena ikut SOP tambah lagi bila ada anak-anak kecil.

Agoda sudah, Booking.com pun sudah. Banyak betul hotel-hotel di Melaka ni sampai berpinar mata dibuatnya.  Akhirnya Marsha dan suami sepakat memilih hotel yang tak pernah lagi kami menginap dan juga lokasinya amat strategik sebab berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah dan viral juga tak jauh dari tempat membeli belah, Mahkota Parade. Jadi tak lah Marsha dan suami bazirkan masa nak travel ke tempat-tempat ni betul tak? Akhirnya kami booking online je Swan Garden Hotel Melaka setelah membaca swan garden hotel melaka review di internet. Apakah kelebihan Swan Garden Hotel ni dari hotel yang lain di Melaka ni? Jom baca| 5 Sebab Perlu Pilih Swan Garden Hotel Bila Bercuti Ke Melaka


Swan Garden Hotel Melaka

Marsha pun kali pertama menginap di Swan Garden Hotel Melaka ni. Bila ada anak-anak kecil ni lokasi hotel yang strategik memang menjadi pilihan. Jadi kami sekeluarga tak perlu nak travel jauh-jauh ketempat yang dituju dan juga menjimatkan masa. Faham-faham lah bila ada anak-anak kecil ni perangai tu sangat sukar diduga....hahaha.




Kalau korang nak tahu, Swan Garden Hotel ini adalah salah satu Boutique Hotel mewah yang berperasi semenjak tahun 2013. Ia terletak di Kota Laksamana di kawasan komersial yang baru yang telah ditambak. Kawasan pula tidak terlampau padat dan tidak terlalu terkesan dengan kesesakan lalulintas. Lokasi nya pula berhampiran sekitar bandar Melaka yang bersejarah dan dalam jarak berjalan kaki ke kebanyakan tempat pelancongan utama dan juga makanan viral. 




Hotel ini ada 10 tingkat dan mempunyai 100 buah bilik mengikut tema. Nak tau tema apa? Kenalah baca sampai habis ok?..hihi

5 Sebab Perlu Pilih Swan Garden Hotel Bila Bercuti Ke Melaka


#1. Lokasi Strategik


Pada awal entri lagi Marsha dah tegaskan kriteria hotel yang Marsha dan suami cari mestilah senang access dan tidak crowded. Tambah pula kes COVID-19 masih belum reda sepenuhnya. Jadi kami memang akan cuba elakkan tempat yang sesak. Lagi bagus kalau nak ketempat makan atau tempat lain-lain hanya jalan kaki je. Tak perlu naik kereta. Sebab bila di Melaka ni, kesesakan lalulintas yang buat kita stress...hihi. Tambah pula ada anak-anak kecil kan. Short vacay mesti kena happening..hihi. Di Swan Garden Hotel ni semua tempat boleh access sebenarnya. Bandar dekat, pantai dekat, tempat shopping dekat, tempat perlancongan dekat lepas tu tempat makan pun senang nak cari. Semuanya all in senang access. 



#2. Tema / Konsep Bilik Yang Unik

Sebelum booking online di web Swan Garden Hotel, kriteria penting yang Marsha tengok ialah bilik. Mestilah kita nak tengok kan suasana bilik macamana. Susun atur selesa dan sesuai ke tak. Rupanya Swan Garden Hotel ni mempunyai 4 tema/konsep. Menarik juga bila tengok. Tema bilik yang ada di Swan Garden Hotel ialah :

1. Bali

Di seluruh dunia, orang Bali terkenal dengan budaya dan tradisi yang kaya dan untuk mencipta keindahan bilik ini. Walaupun Marsha belum pernah ke Bali lagi, gabungan perabot tradisional dari buluh dan kayu jati bersama dengan ukiran batu dan patung fauna untuk pengalaman Bali yang asli. Memang feel lah berada di Bali. Betul ke feeling berada di Bali? Tengoklah gambar bilik tema Bali ni. Confirm sampai ke Bali...hihi





Bilik tema Bali ni ada beranda diluar. Jadi boleh tengok suasana kat luar menikmati bahagian pinggir Bandar Melaka. Angin pantai pun boleh rasa dari sini.





2. Baba & Nyonya

Tema Baba & Nyonya pula diambil sebab di Melaka ini memang terkenal dengan budanya Baba dan Nyoya. Budaya Baba Nyonya lahir dari imigran Cina yang menyesuaikan gaya hidup mereka dengan adat melayu agar sesuai dengan masa penyelesaian selat.


 

Perabot kayu rosewood dan kayu jati dengan reka bentuk bunga, tempat tidur kayu dan pasu porselin disusun untuk menghiasi bilik dengan kemudahan gaya moden. Memang cantik betul bilik ni.






3. Melayu Tradisional

Kebanyakan hotel sudah pilih konsep moden minimalist. Jadi untuk kelainan, boleh juga cuba bilik yang bertemakan Melayu Tradisional ni kan? Bagi Marsha bilik dia sangat selesa dengan konsep yang sebati dalam diri Marsha sebagai orang Melayu.




Warisan Melayu telah ditakrifkan semula dengan keselesaan mewah dengan penggunaan rotan, kayu dan perabot tenunan yang indah dengan ukiran bunga atau geometri. Suasana bilik semakin ditingkatkan dengan penggunaan warna coklat gelap dan gelap untuk mencipta kembali  keselesaan rumah Melayu.



Lawakan bilik suite tema Melayu Tradisional ni kan? Next nanti Marsha nak merasa bilik suite la pulak. Siap ada jakuzi tau! Bilik air dia pun besar. Eh serba serbi besar lah. Suite kan...hihi




4. British India


Ketika Inggeris pertama kali tiba di Asia Tenggara, mereka membawa gabungan eklektik warisan India dan Eropah yang kini dikaitkan dengan Raja Inggeris. 







Dari panel tempat tidur dan tebu yang dirancang dengan rumit hingga aksen kulit palsu pada perabot yang diukir, setiap elemen telah disusun dengan penuh semangat untuk memberi anda nuansa zaman dahulu.





Pilihan Marsha dan suami ialah bilik Family tema Baba & Nyonya. Dah alang-alang di Melaka kan. Apa salahnya pilih tema yang berkaitan dengan Melaka sendiri. Bilik family room ni boleh menempatkan 3-4 orang. Memang selesa.

#3. Harga Yang Mampu Milik

Bab harga ni memang antara yang Marsha titikberatkan juga dalam memilih tempat menginap. Pilihan mestilah berbaloi dengan pilihan bilik yang kita akan menginap. Orang kata berbaloi-baloi. Betul tak?

Rate bilik di Swan Garden Hotel ni sangat mampu milik. Untuk family room yang Marsha pilih ni hanya RM 120 - RM130 semalam bergantung pada peak season atau tidak. Kalau peak season up sikit je harga..hihi. 

Ok ni Marsha kongsikan rate terkini di Swan Garden Hotel Melaka. Tapi ni harga plus minus tau.
  • Deluxe room RM95+++ke atas
  • Deluxe room with courtyard RM120
  • Family room RM120 - RM130
  • Garden suite - weekday RM220 weekend RM280
  • Swan suite - weekday RM250 weekend RM310

#4. Senang Parking

Paling Marsha suka ialah parking. Walaupun parking di luar, petak parking kereta senang je dapat. Tak perlu susah-susah nak buang masa pusing cari parking. Siap boleh parking berdekatan pintu hotel. Bagi Marsha yang ada anak kecik ni meman bab parking pun penting. Kalau hujan, anak-anak tak kena hujan. Tapi parking ni kena letak kupon parking tau. Kalau tak nanti kena saman...hihi.



#5. Perkhidmatan SPA Yang Mampu Milik

Swan SPA Village

Haaa....sesambil menginap di Swan Garden Hotel ni, boleh juga memanjakan diri di sini. Swan Garden Hotel juga menyediakan kemudahan SPA dikenali sebagai Swan SPA Village. Bila masuk ke Swan SPA Village ni rasa lagi feeling berada di Bali tau!




Swan SPA Village menawarkan massage dan facial treatment juga selain SPA. Antara perkhimatan yang ditawarkan ialah:

  • Aroma Full Body Massage
  • Thai Massage
  • Facial Treatment
  • Individu or Couple Spa Package


Ianya dibuka bermula jam 10 pagi hingga 11 malam. Jadi korang boleh je pilh pakej yang berkenan dihati. Boleh la ber 'me time' kejap kan. Untuk info dan resevation, terus call no ni 06 – 2880 688.




Kemudahan Lain di Swan Garden Hotel


Bilik Seminar Hall 1 & 2

Swan Garden Hotel juga menawarkan khidmat sewa bilik seminar. Jadi buat yang nak buat meeting , kenduri atau event boleh lah booking sesiap. Ada 2 hall setakat ini. Jadi korang boleh tengok details tentang kedua-dua hall ini mana yang menjadi pilihan.






Untuk maklumat lanjut dan booking boleh terus call 06 – 288 0888.


Restoran, Gym dan Bar

Sepanjang menginap di Swan Garden Hotel ni, tiada perkhidmatan sarapan disediakan kerana restoran belum dibuka kerana COVID-19 masih berleluasa. Begitu juga Bar dan juga Gym. Semuanya ada cuma belum dibuka untuk orang ramai.



BMS Organic Kiosk

Buat penggemar makanan organik terutamanya BMS Organic, korang boleh dapatkan produk-produk organic dari BMS Organic di lobby Swan Garden Hotel. Marsha ada cuba minuman healthy kat situ. Memang sedap. Harga pun murah.





Tempat Menarik Di Sekitar Swan Garden Hotel

Bila dah menginap di Swan Garden Hotel ni memang heaven lah nak berjalan sebab ianya berdekatan dengan banyak tempat spot untuk attraction. Antaranya ialah:

  • Jonker's Walk Night Marke
  • Our Lady of the Hill (St. Paul’s Church)
  • St.John’s Fort
  • Stadthuys
  • Cheng Hoon Teng Temple
  • Masjid Kampung Kling
  • Menara Taming Sari
  • Melaka River Cruise
  • Cheng Ho Cultural Museum
  • Baba Nyonya Heritage Museum
  • Pantai Klebang
  • Klebang Coconut Shake
  • Kuih Keria Antarabangsa
Kiranya one stop centre lah senang kan? Tak perlu jauh-jauh dah pastu kena parking banyak tempat jauh-jauh. Jadi kalau korang nak menikmati suasana bilik bertema dan dekat dengan tempat menarik, Swan Garden Hotel adalah pilihan. Sebab ianya antara hotel paling best dan murah di Melaka. Maklumat lanjut:



Website : 


Facebook : 


Instagram : 


Email : 


Telefon: 
+606-288 0888

Alamat:

1, Jln KSB 1, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

6 sahabat ibu

  1. harga pun not bad, bilik pun bersih dan lawa...

    ReplyDelete
  2. Cantik snagat hotel dia.. Dekorasi dia meenarik betul

    ReplyDelete
  3. wah sesuai untuk keluarga santai2 ni.. pun dekat ngan lokasi nak jalan2 senang

    ReplyDelete
  4. Suka konsep bilik diaa! and harga murahhhh

    ReplyDelete
  5. Bagus juga hotel ni, kalau kita pergi Melaka nanti kita nak check out this hotel.

    ReplyDelete
  6. Harga masih mampu milik.
    Kalau sebelum covid dulu, ada la 2-3x tido hotel. Merasa la kan. Tu pun sebab suami ada urusan keje. Hehe
    Kalau tak, tak merasa suasana tido hotel tu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)