Bantuan Tambahan BPN & Geran Khas Prihatin Bantu Ramai Yang Memerlukan

by - 10/01/2020 09:36:00 AM

Assalamualaikum


Baru-baru ni Perdana Menteri Malaysia kita, Tan Sri Muhyidddin Yassin telah mengumumkan bantuan tambahan BPN 2.0 untuk meringankan beban rakyat yang masih memerlukan ekoran moratorium telah berakhir pada September lalu. Kesan dari virus pandemik Covid-19 di negara kita, sebilangan besar rakyat  kehilangan punca pendapatan kerana dibuang kerja, perniagaan yang terjejas dan banyak lagi. BPN ini kiranya menyantuni golongan B40 dan untuk BPN 2.0 ini melibatkan rakyat B40 dan juga M40. Untuk yang mempunyai bisnes pula, satu bantuan khas yang dikenali sebagai Geran Khas PRIHATIN yang membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro berjumlah RM3000 untuk meringankan kewangan perniagaan syarikat. 

Dengan bantuan pantas dari kerajaan ini, rakyat serba sedikit boleh menampung perbelanjaan seharian dan juga membayar pelbagai keperluan seperti rumah sewa dan sebagainya. Sekurangnya masih ada senyuman untuk mereka meniti hari-hari yang mendatang. Kali ni Marsha nak kongsikan dengan korang tentang BPN dan Geran Khas PRIHATIN ini. Jom baca | Bantuan Tambahan BPN & Geran Khas Prihatin Bantu Ramai Yang Memerlukan

Bantuan Tambahan BPN & Geran Khas Prihatin Bantu Ramai Yang Memerlukan


Semenjak virus pandemik COVID-19 mula merebak di negara kita dari Mac 2020 sehingga sekarang. Sebilangan besar rakyat terjejas disebabkan tidak boleh keluar bekerja, syarikat mengurangkan pekerja dan juga bisnes kecil-kecilan yang terpaksa dihentikan buat sementara. Walaupun Marsha penjawat awam, tetap terasa kerana Marsha juga mempunyai keluarga yang sangat-sangat terkesan dengan virus pandemik yang masih berleluasa di negara kita ini. Memang bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN)  dan Geran Khas PRIHATIN ini memberikan senyuman kepada mereka.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri , Marsha pasti ramai yang terkesan menarik nafas lega dengan Bantuan Prihatin Nasional ini. Ditambah dengan pengumuman Moratorium dari bank-bank membuatkan Marsha sendiri menarik nafas lega. BPN kali pertama menyantuni golongan B40. Untuk BPN 2.0 ini pula ia menyasarkan 2 golongan iaitu golongan B40 dan M40. Macamana kita nak tahu kita layak atau tidak? BPN ini menyasarkan pendapatan keseluruhan isi rumah. Jadi korang boleh tengok gambar dibawah samada korang tergolong dalam golongan B40, M40 atau T20. 



BPN 2.0 kali ini melibatkan suntikan dana tambahan sebanyak RM7 Billion dan menyasarkan sebanyak 10.6 juta penerima. Alhamdulillah, bila dengar bantuan BPN 2.0 ini diumumkan oleh Perdana Menteri kita, ramai yang memberikan respon positif disebabkan moratorium sudah berakhir dan ia lebih bersasar. 

Untuk BPN 2.0 ini, bayaran melalui 2 fasa. Disini Marsha kongsikan jumlah bayaran yang akan dibuat seperti dibawah.


Untuk BPN 2.0 ini, semakan boleh di buat pada 15 Oktober 2020 ini dan jika tiada maklumat atau tidak layak, permohonan baru dan rayuan boleh dibuat bermula 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.



Geran Khas PRIHATIN (GKP 2.0)

Geran Khas PRIHATIN (GKP 2.0)  pula merupakan permohonan bantuan secara one-off untuk peniaga Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang terjejas akibat virus pandemik COVID-19 ini. Bantuan sebanyak RM3000 ini serba sedikit membantu perniagaan yang terjejas untuk meringankan kewangan perniagaan disebabkan wabak pandemik ini.




Sebenarnya GKP ini telah ditawarkan pertama kali pada Mei 2020 lepas dan kali ini dibuka kembali untuk meringankan lagi beban peniaga-peniaga kecil yang terlibat dengan Perusahaan Kecil & Sederhana ini. Ia dinamakan Geran Khas PRIHATIN 2.0 . Permohonan GKP baru akan dibuka bermula 1 Oktober 2020 hingga 31 Oktober 2020.

Syarat-syarat permohonan Geran Khas PRIHATIN 2.0 ini seperti berikut:

1. Bukan penerima GKP sebelum ini
2.Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan 
3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana(PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan 
4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh rujuk ke Portal Malaysia.

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

7 sahabat ibu

  1. hebat and dasyat jugak keraajaan kita ni berusaha nak bantu rakyat kan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, mcm2 inisiatif kerajaan utk bantu rakyat

    ReplyDelete
  3. Bgus msih fikir pasl ralyat tapi tu la.. Struggle juga hidup ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah moga dengan bantuan kerajaan ni dapat meringankan beban rakyat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)