Tempat Makan Best di Ipoh | Labu Sayong Signature

by - 11/03/2020 10:42:00 AM

Assalamualaikum


Pernah tak korang jumpa dan makan di restoran di dalam Rumah Tradisional? Eh..eh tak perlu pikir lama-lama pun. Mesti mostly korang tak pernah kan? Biasanya restoran yang banyak sekarang ni adalah restoran hipster atau yang menawarkan makanan versi Thai dan juga western food. Susah nak jumpa makan malam masakan kampung. Kali ni Marsha nak perkenalkan satu restoran yang berkonsepkan 'fine dining' masakan kampung dan kita boleh menikmati masakan kampung dalam suasana kampung. Makan dalam rumah kampung tau! Yang paling penting harga pula mampu milik walaupun ianya berkonsepkan 'fine dining'. Jom kita explore Tempat Makan Best di Ipoh | Labu Sayong Signature 

Tempat Makan Best di Ipoh | Labu Sayong Signature 


Kalau korang memang dari Ipoh atau memang menetap di Ipoh mesti korang perasan kan berhampiran bulatan Aman Jaya di Meru, Ipoh ada beberapa buah rumah tradisional kan? Haa...disitulah lokasi Labu Sayong Signature ini. Memang menu dia makanan sedap di Meru. Marsha memang lama dah teringin nak makan kat sini cuma belum berkesempatan. Bila ada peluang tu terus lah buat tempahan...hihi. Sebelum Marsha share menu apa yang best kat Labu Sayong Signature ni,  jom kita tengok serba sedikit tentang restoran bertemakan 'fine dining' tradisional Labu Sayong Signature ni.

Labu Sayong Signature

Sejarah Labu Sayong Signature

Labu Sayong Signature ini telah dirasmikan pada Ogos 2017, konsep restoran ini yang menggabungkan rumah tradisional dan restoran untuk tarikan bukan hanya di dalam negara malah diluar negara juga. Labu Sayong Signature diasaskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berdasarkan seni bina berdasarkan "Rumah Kutai", rumah tradisional Melayu tahun 1900 yang sinonim di Negeri Perak. Lokasinya yang sangat dekat dengan Bulatan Amanjaya di Meru Raya, dan ini merupakan inisiatif hebat untuk mempromosikan masakan dan seni kulinari negeri Perak.

Labu Sayong Signature



Labu Sayong Signature bukan sahaja menawarkan makanan tradisional malah ia juga mengekalkan konsep ruang Makan Rumah Kutai yang dibina mengikut seni bina halus kediaman masyarakat Melayu Perak. Keputusan PKNP untuk membina rumah kutai ini sebagai satu tarikan untuk rakyat negeri ini melihat sendiri rupa bentuk asli rumah berkenaan tanpa perlu masuk jauh ke kampung atau tepi sungai sangat tepat. Paling menarik, ianya menyajikan makanan tradisional yang Marsha rasa sangat limited nak menikmati di mana-mana restoran.

Labu Sayong Signature Konsep Ruang Makan Rumah Kutai

Pertama kali naik ke atas rumah tradisional 'Rumah Kutai' ni sangat kagum. Memang cantik seni bina dalaman dia. Rasa macam duduk dalam rumah kampung yang mewah gitu...hihi. Di setiap meja pula ada pelbagai jenis labu sayong yang diukir dengan cantik sekali. 

Marsha sekeluarga menikmati Labu Sayong Signature Dinner Set


Marsha ada bertanyakan tentang Labu Sayong yang cantik-cantik ni. Rupanya setiap labu sayong yang ada ni mewakili setiap daerah di Perak. Wah tambah kagum lah Marsha ni...hihi

Antara Labu Sayong yang diukir 


Sayong Signature Dinner Set Pilihan Terbaik Untuk Makan Malam

Sekarang ni Labu Sayong Signature menawarkan set makan malam yang sangat-sangat berbaloi. Dengan 4 lauk utama, nasi putih, air dan pencuci mulut hanya RM45/2 pax. Murah kan? Marsha masa sampai ke Labu Sayong Singnature bila tengok menu, Marsha terus order Sayong Signature Dinner Set ni untuk 4 pax. 

Menu Sayong Signature Dinner Set memang best! Sebab tu order set dinner ni. Menu dalam Sayong Signature Dinner Set ni:

Ayam Tepet Cil Berapi


Daging Salai Masak Lemak



Fillet Ikan Masak Masam Manis


Sayur Campur Goreng Udang Geragau


Sayong Signature Dinner Set juga didatangkan dengan air dan pencuci mulut. Air Sirap Selasih & Sago Gula Melaka.

Sago Gula Melaka



Sirap Selasih


Amacam? Telan air liur letewww! Sedap? Marsha bagi 5 STAR ok!! Memang masakan yang dimasakkan oleh chef memang sangat sedap dan membuka selera. Anak Marsha yang no 2 tu jenis memilih makanan tau tapi dia laju je makan menu ni. Sangat suprise!


Hidangan Makan Malam kami di Labu Sayong Signature porsi 4 orang makan


Menu Ala Carte Labu Sayong Signature


Selain set makan malam, Labu Sayong Signature juga menawarkan set menu single. Jadi kalau korang  datang single nak cuba set menu single pun boleh. Datang sekali dengan air dan pencuci mulut juga tau! Menu dia pula agak 'rare' juga. Marsha tertarik dengan set Nasi Goreng Petai Jeruk. Harga pun berbaloi 1 set hanya RM15 SAHAJA.

Set Menu Single


Lokasi Labu Sayong Signature

Meh sini Marsha nak share lokasi terus ke Labu Sayong Signature ni. Jadi terus je klik sini confirm terus sampai 

 

Ok nasihat Marsha korang jangan lah tunggu lagi. Terus je terjah Labu Sayong Signature ikut map yang Marsha kongsikan ni. Waktu beroperasi dari jam 6 petang hingga 11 malam. Selamat menikmati makan malam dengan suasana kampung tau!



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

20 sahabat ibu

  1. Sedapnyaaa semua.. Tempat pun best

    ReplyDelete
  2. Dah tukar nama ye. Dulu rasa lain nama restoran ni.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap2 semua menu tu kan..terliur plak. tempat pun nampak menarik...nanti jalan2 ipoh boleh la singgah makan sini

    ReplyDelete
  4. Pernah makan kat sini lama dulu. Best! Macam balik kampung pula sebab dalam rumah kayu dan menu-menu nya pun masakan kampung. Rindu betul daging salai masak lemak dengan sago gula melaka tu! Sedap!

    ReplyDelete
  5. Menarik dan unik ye tempat ni. Makanan semua nampak sedap2 so boleh jadikan tarikan di negeri Perak ni

    ReplyDelete
  6. beberapa kali juga lalu tempat ni kalau mai Ipoh tapi malangnya tiap kali lalu waktu siang so tak dapat la makan kat situ. Tapi mmg menarik sangat tengok tempat dia. Design rumah tradisional gitu

    ReplyDelete
  7. tal sabar nya nak jjcm 1 malaysia, travel cari good food. sedapnyaaa nanti boleh masuk list

    ReplyDelete
  8. Wow all the food here looks delicious and tempting. Even the dessert despite the smaller portion looks really appetizing. I like the decor which exudes so much charm to it.

    ReplyDelete
  9. Looks like a good place to dine at if you visit Ipoh. The food looks good. The ambiance looks lovely. Plus, I like the name of this restaurant too. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap makanannya. Restoran pun nampak menarik. Bolehlah nnti saya cuba makan dkt sini nnti. Lama jugak tak jelajah negeri Perak.

    ReplyDelete
  11. Kalau baca tempatnya, Sis fikir oo menunya di masak dalam labu sayong hahahaha..
    Menarik plak menu set dia, murah dan nampak lazatnya.. tggu laa keadaan reda nak JJCM ke Ipoh leee pulak..

    ReplyDelete
  12. Best makan kat sini. Selesa. Makannya sedao. Yang bestnye boleh makan lauk Melayu time waktu malam

    ReplyDelete
  13. oh i really like this place. i think it really is one of the first Malay restaurants outside of KL that showcases local food in a fine-dining style.

    ReplyDelete
  14. Kitkat pernah baca recommendation restaurant ni, dah save location restaurant ni, next time turun Ipoh nak pergi cuba try test la.. tempting tengok lauk2 yang dihidangkan..

    ReplyDelete
  15. Mesti sedap sgt sampai nak repeat lagi kan.. Yelah biasa review tempat hipster je. Harga pon affordable.yg penting makanan sedap puas hati

    ReplyDelete
  16. Bestnya akak. Tempat dia cantiklah. Makanan pon terbaik . Lauk pauk tengah malam. Jarang orang masak. Biasa lunch je.

    ReplyDelete
  17. Labu Sayong Signature nampak menarik and unik tempat ni..suka decoration dia..klasik betul..nasi goreng petai jeruk tu macam menarik je nk cuba :D

    ReplyDelete
  18. Wah tempat makan menarik and menu pun macam awesome i like the nasi goreng petai jeruk

    ReplyDelete
  19. Okay nnt bila pegi ipoh nak letak ni dlm bucket list utk cari makan lah.. Nmpk semua sedap2 nih

    ReplyDelete
  20. Wah ada tempat makan baru la. best ni. nanti boleh cuba. terimakasih kak sebab share tempat best :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)