Double Digit Sale Mengaum pada 11.11, Kelen Munoz & Revlon Official Store Launch

by - 11/04/2020 02:44:00 PM

Assalamualaikum


Musim-musim PKPB ni yang paling selamat ialah buat belian secara online. Dari barang dapur, keperluan anak-anak kecil, nursery, makanan untuk haiwan peliharaan, gadget, dekorasi rumah dan banyak lagi. Semua dah ada secara online sekarang ni. Jadi tak perlu nak risiko kan diri keluar untuk mendapatkan barang keperluan. Barang akan sampai depan rumah terus. Jadi ianya pilihan yang sangat tepat seiring dengan saranan Perdana Menteri kita supaya duduk dirumah. Ini adalah salah satu usaha kita untuk memutuskan rantai Covid-19 ni.

Berbalik pada belian secara online ni, Marsha pun memang antara individu yang lebih suka shopping online sebab ianya lebih flexible, tak membazir masa dan masih boleh memilih barang kegemaran dengan hanya satu klik dan terus sampai depan rumah. Tak perlu nak berpanas, cari parking dan juga melayan tantrum anak-anak...hihi. Kadang tu kalau keluar pun balik dengan tangan kosong sebab tak jumpa yang berkenan dihati. Kali ni platform e-dagang pilihan Marsha, PG Mall lebih meriah dengan kempen Double Digit Sale 11.11. Jom kita tengok apa yang menarik bila Double Digit Sale Mengaum pada 11.11


Double Digit Sale Mengaum pada 11.11


Biar betul ni PG Mall mengaum dengan Double Digit Sale pada 11.11 nanti. Eh, betul lah! Ni yang Marsha nak kongsikan dengan korang apa yang menarik di Double Digit Sale 11.11 ni. Sebelum Marsha kongsikan dengan lebih lanjut, meh Marsha story sikit tentang PG Mall. Marsha pasti ada yang dah aware dengan PG Mall dan mungkin juga ada yang belum berkenalan dengan PG Mall ini. 




PG Mall ( www.pgmall.my ) adalah platform E-Dagang Malaysia yang PERTAMA dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2017. Paling kagum ia adalah satu-satunya platfoem e-dagang tempatan yang berada di carta ke 3 seiring dengan platform e-dagang terkemuka di Iprice Insight Report. Sekarang PG Mall memang tengah trending tau sebab kita boleh beli 'gold bar' kat sini. Menarik juga PG Mall ini menerima bayaran secara E-Wallet dan pembayaran secara online.

Cara pembayaran di PG Mall



11.11 Pre-Sale



Inilah yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan. Untuk bulan November ini, PG Mall telah melancarkan kempen 11.11 Pre-Sale dan ia melibatkan beberapa jenama ternama untuk menghargai pelanggan PG Mall sendiri. Memang best lah kempen kali ni. Kita akan 'countdown sale' bermula dari 1.11.2020 hingga 11.11.2020. Antara jenama ternama yang mengambil bahagian ialah:

Nestle Pre-Sale 11.11

Buat penggemar barangan Nestle, inilah peluang korang. Sempena Nestle Pre-Sale 11.11 ni barangan Nestle sehingga 50% diskaun. Jika korang buat pembelian RM80 akan dapat RM25 diskaun. Banyak tu kan? Tapi....tapi...tapi...ianya untuk 1000 UNIT PERTAMA SAHAJA! Jadi korang kena lah get ready sesiap dengan Nestle Pre-Sale 11.11 ini dan checkout dengan gunakan kod: NESTLE20.




Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang dapatkan hadiah misteri percuma jika antara 100 order pertama dan juga akan dapat Milo plus fibre dan Maggi Hot Cup Tom Yam secara PERCUMA. Ada lagi, PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian RM80 keatas. Menarik kan? Jom terus je klik link Nestle Online Store ni.

Khind Pre-Sale 11.11




Buat peminat barangan elektrik pula, Khind menyertai PG Mall untuk kempen Pre Sale 11.11 ni. Barangan Khind ni antara yang terbaik juga. Marsha memang suka jenama Khind ni. Ini korang kena alert tau sebab Pre Sale 11.11 Khind hanya  SATU HARI SAHAJA pada 5 November 2020. Jadi kena mark kalendar siap-siap untuk battle..hihi. Murah tau! Khind Air Fryer Digital pun dari RM299.90. Masa Pre Sale nanti mesti lagi kebaboom harga. Boleh klik link Khind by Costplus Online .





G2000 Pre Sale 11.11



Kalau sale pakaian pula, Jenama G2000 mengambil bahagian untuk Pre Sale 11.11 ini. G2000 adalah jenama yang popular yang menawarkan pelbagai jenis pakaian lelaki dan wanita. Lawa-lawa tau pakaian jenama G2000 ni. 

Untuk G2000 Pre Sale 11.11 korang kena standby pada 06 November 2020 ini kerana ia hanya SATU HARI SALE sahaja. Korang boleh dapatkan sehingga RM20 diskaun tau! Hanya guna kod: G2000DAY masa checkout okay!  Seluar yang Marsha kenan pun sale 50% tau! Jadi standby je klik link G2000 Malaysia Official Store 




11.11 Sales

11.11 Sales pula eksklusif untuk sale pada 11.11 sahaja. Jadi korang standby je tau dan terus checkout pada 11.11 nanti. Apa yang menarik 11.11 Sales ini?



  • Penghantaran PERCUMA sehingga RM4 dengan pembelian minimum RM30
  • Hanya guna diskaun kod : 1111 semasa nak checkout nanti.
Jadi apa lagi? Save date sekarang tau! Jangan terlepas pula.

Pelancaran Kedai REVLON

Sempena 11.11 Sales ini juga, REVLON iaitu jenama alat kecantikan mengambil peluang untuk melancarkan pembukaan kedai rasmi REVLON di PG Mall. Sempena pembukaan kedai rasmi REVLON ini, diskaun sebanyak 50% telah ditawarkan. Tawaran menarik sekali pada produk untuk mata, bibir, wajah dan pewarna rambut hanya dari RM 22.43. Jom terjah sekarang di Revlon Official Store . 




Kelen Munoz Store Launch




Bukan satu je pelancaran kedai baru di PG Mall. Haa...ada lagi satu iaitu Kelen Munoz juga mengambil kesempatan ini untuk melancarkan kedai baru di PG Mall. Kelen Munoz menawarkan diskaun sehingga 70% tau! Tengok ni Blender Kellen Munoz ni dari RM388 tinggal RM88 sahaja.



Korang boleh dapatkan produk jenama Kellen Munoz ni dari harga RM57.99 sahaja. Apa lagi jom terjah KELEN MUNOZ Official Store.

Banyak kan tawaran menarik sempena Pre Sales 11.11 ini. Jom shopping dan masukkan dalam cart sekarang! Nah link PG Mall .

Maklumat Lanjut


LAMAN WEB RASMI


FACEBOOK RASMI 


INSTAGRAM


TELEGRAM

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform
#Shopnow #Shoponline #1111sales #11doubledigitsales #kellenmunoz #Revlon



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

22 sahabat ibu

  1. PG Mall ni memang tau. Suka sangat buat promosi hebat. Double digit 1111 pula sekarang ya.

    Cx baru beli vacuum haritu tau. Janganlah ajak shopping lagi. Hahhaahah tapi dalam cart tu tunggu nak checkout je heheh

    ReplyDelete
  2. Rawlins dah ready nie. Banyak menda dah ada dalam cart, tunggu sales letup dan murah maka kita checkout hahaha

    ReplyDelete
  3. Wow byk tawaran menarik kat pgmall 11.11 nie.. mmg selalu beli kat sini.. penghantaran pun cpt

    ReplyDelete
  4. I am eyeing on so many things this 11 11 sales. time to buy more from PG Mall yay

    ReplyDelete
  5. Pucuk dicita ulam mendatang. Mmg saya tengah duk cari air fryer skrg ni. Harga pun nampak ok, brand bagus.

    ReplyDelete
  6. Yesszaaa... Sale sale! Kak nina dah banyak dah Pilih barang masuk bakul di PGMall. Tinggal nak bayar jer nanti. Tawaran kaw kaw best kat sini.

    ReplyDelete
  7. tarikh mcm ni memang ditunggu-tunggu oleh kaki shopping.. boleh buat sedikit research pasal harga promosi ini semua.. bandingkan sebelum promosi dan semasa promosi.. sy pernah jumpa beberapa promosi.. harga tak berubah.. dia ejas harga biasa dan harga promo supaya persen diskaun nampak besar..

    ReplyDelete
  8. Wah ada sale kat Pg Mall nanti ya.. boleh la intai nanti kut ada yang berkenan..

    ReplyDelete
  9. Wow so many sale, i dah ready with my wishlist tunngu masa nak check out jer.

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak shopping kt pg mall sebab nak beli brg elektrik dia boleh thn murah

    ReplyDelete
  11. Best la now ada banyak sale online, kita dah masuk semua yang nak beli dalam cart tunggu check out jer.

    ReplyDelete
  12. Tak sabar Saya nak pergi shopping kat pgmall website... byk jugak Kita nak beli ni...

    ReplyDelete
  13. hmmmmm sale sana, sale sini. sungguh menyeksa batin ku :) ha ha ah ha... sale online, lebih laju la kita shopping, kan. dok dlm rumah and beli barang, heaven!
    nice juga offer provided by pgmall ni. semlm aida baca review blogger lain, sempatlah diri sendiri terjah pgmall. hu hu hu hu berjaya keluar dari situ tanpa membeli. bukan tak best, tapi menahan iman :) kah kah kah...

    ReplyDelete
  14. Perghhh mengaum lee 11.11 nanti, kompom heng semua online soping hahahaha salah sorangnya Sis Lin hahaha..memang duk tunggu nak beli set chopper hehehe

    ReplyDelete
  15. Habis la poket 11.11 ni. Syira suka shopping dekat pgmall juga. Bulan lepas dah shopping sini. Ni boleh la usha Revlon

    ReplyDelete
  16. wah haruslah membeli dimasa harga runtuh dan ... potongan harga terendah jimat banyak...

    ReplyDelete
  17. Makin rancak promo pg mall ni. Ena pon usha sales 11.11 tunggu nak grab je. Puas hati so far da byk kali shopping

    ReplyDelete
  18. Tak sabar nak mengaum hehe. nak beli apa ya? haha. tak da idea lagi tapi rasa mcm nak beli something hehe 11.11 nanti la.

    ReplyDelete
  19. hari-hari buka pgmall nak shopping. memang banyak tawaran menarik kat platform ni.

    ReplyDelete
  20. 11.11 semalam banyak betul sale.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)