Ingin Memulakan Perniagaan di Malaysia? Inilah Yang Perlu Dilakukan.

by - 12/03/2020 08:50:00 PM


Ingin Memulakan Perniagaan di Malaysia? Inilah Yang Perlu Dilakukan | Sekarang ni pelbagai niche perniagaan telah tumbuh seperti cendawan. Dari makanan, pakaian, produk kecantikan dan banyak lagi. Bila perlbagai niche perniagaaan tumbuh bagai cendawan bermakna semakin ramai ushawan berjaya yang muncul.

Ini memberikan persaingan yang sihat antara usahawan itu sendiri. Ia juga menyebabkan pertumbuhan pesat perniagaan dalam talian ( online ) dan orang ramai lebih fokus kepada kaedah pembelian yang lebih mudah tanpa perlu keluar rumah. Tambah lagi masih berlangsung PKPB, memang pembelian secara atas talian menjadi pilihan no 1 pelanggan. 

Namun begitu, disebalik kejayaan usahawan yang berjaya ianya ternyata tidak mudah. Bukan jalan yang dilalui mereka lurus. Jalan yang mereka lalui sangat bengkang bengkok tetapi dengan ketabahan hati dan kesabaran yang membuatkan mereka berjaya kini. Cabaran berbisnes memang mencabar. Marsha pun pernah berbisnes dan ternyata haluan untuk berbisnes kena alah bisa tegal biasa. Jadi untuk korang yang memilih perniagaan permulaan untuk tahun 2020 ini hendaklah bersiap siaga dengan segala cabaran yang akan ditempuhi.

Disebalik kejayaan seseorang ushawan berjaya itu, ada beberapa perkara yang telah dia lakukan sehingga ke tahap sebegini. Itulah yang akan Marsha kongsikan dengan korang apa yang perlu dilakukan jika ingin memulakan perniagaan di Malaysia.


Inilah Yang Perlu Dilakukan Jika Ingin Memulakan Perniagaan di Malaysia


#1 Cari Sektor atau Niche Yang Boleh Melebarkan Sayap Korang


Pemilihan niche dalam perniagaan memang penting kerana ia salah satu faktor penting dalam mempengaruhi  kejayaaan perniagaan kita. Kalau kita perasan satu-satu syarikat akan hanya jual satu atau dua produk dan kemudian beralih ke produk seterusnya yang boleh mengukuhkan perniagaan mereka. Terutamanya perniagaan secara atas talian.



Sebagai contoh Mamasab. Ia bermula dengan perniagaan kek dan kita meluas dengan kambing perap, dory skin dan yang terbaru Mamasab telah mengeluarkan produk kecantikan iaitu gincu MamasabXNeelofa dan seterusnya yang paling terbaru ialah Tuala Mamasab.

Dengan hanya order melalui agen di whatsapp, pelanggan akan terima produk yang telah diorder sampai depan pintu dengan selamat.


#2 Gunakan Nama Syarikat / Kedai dan Brand Yang Sah


Jika kita tengok, brand-brand ternama mempunyai identiti tersendiri dan biasanya identiti tersebut adalah nama syarikat/ kedai dan brand yang sah. Ada juga yang menggunakan logo yang dipatenkan. Sebaiknya perniagaan didaftarkan dengan sah. Walaupun bergerak secara online tetapi masih perlu daftar perniagaan supaya perniagaan lebih berkat dan mengikut kaedah yang betul.

#3 Tawarkan Unsur Pembelian Pembelian Mudah

Pelanggan akan lebih suka jika pengalaman pembelian mereka mudah dan mesra pengguna. Jadi sebagai peniaga online, perlu difikirkan cara terbaik dan mesra memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran. Jadi sebagai peniaga online, cara terbaik ialah mempelbagaikan kaedah pembayaran yang boleh dibayar melalui kad kredit, online banking, e-wallet, paypal, cash on delivery (COD) atau kaedah e-pembayaran yang lain.





#4 Ambil Kira Servis Penghantaran


Servis penghantaran juga antara faktor yang penting dalam memastikan kejayaan perniagaan kita. Ini kerana sebagai pelanggan, penghantaran yang cepat akan lebih membuatkan pelanggan akan membuat pembelian kali ke-2 dan seterusnya. 

Jika prospek berada di Sabah, Sarawak atau di kawasan yang terhad kemasukan kurier, peniaga juga perlu memikirkan solusi untuk meningkatkan mutu perniagaan yang sedia ada. Jika servis penghantaran mantap. Tak mustahil 'repeated customer' akan kembali mencari produk dari korang.


#5 Pemilihan Design Website yang Mesra Pengguna

Sebagai peniaga online, pemilihan website yang mesra pengguna dan tidak berat sangat penting. Ini kerana semua orang nak tahu kewujudan perniagaan korang secara online dari segi marketing secara alam maya yang sedang pesat berkembang. Tidak dapat kita sangkalkan bahawa semua orang mempunyai akses ke internet. Tidak kira muda atau tua. Anak-anak belasan tahun juga kini pandai membuat order online. Benar dan wajib percaya.

Kalau kita hanya peniaga kecilan, mungkin boleh fokus hanya pada sosial media yang ada seperti facebook, instagram, twitter, whatsapps dan lain-lain yang menawarkan strategi marketing segala percuma. Tetapi jika korang mempunyai bajet yang lebih untuk marketing, tak salah rasanya korang buat website khas untuk memasarkan produk korang.

Macamana Nak Dapatkan Website Design Malaysia?


Secara jujurnya,  ​​ramai di antara kita yang tidak tahu dimana nak mendapatkan Website Design Malaysia yang terbaik. Kalau korang nak tahu, di Malaysia ini ada ramai web designer yang sangat pakar dan terlatih dalam bidang ini dan kita boleh dapatkan di Go Get Space.

Melalui Go Get Space ini, korang akan dapat tahu lebih mendalam dan terperinci tentang Web Design price Malaysia dan untuk pengetahuan korang kosnya sangat mampu milik. Tak percaya? Korang kena melayari Go Get Space baru korang percaya..hihihi

Tak dinafikan ramai masih terkial-kial dalam Website Design Malaysia ini. Masih ada yang belum tahu domain, hosting dan sebagainya. Disini, Go Get Space akan membantu.


Apakah Kelebihan Go Get Space Ini?


Kalau korang nak tahu, banyak kelebihan Go Get Space ni. Antaranya ialah:

- Sebagai Perunding / Pemudahcara


Jika kita masih belum jelas matlamat kita dalam pemilihan idea untuk website dan sebagainya. Go Get Space mempunyai pereka web yang pakar dan korang boleh berkongsi idea dengan pereka web mereka. Pereka web akan menjadi perunding dan juga pemudahcara korang dalam menubuhkan website yang terbaik.

Pereka web juga boleh mencadangkan website mengikut bajet korang dan juga mengikut Website Price Malaysia kepada korang. 

- Strategi

Rekabentuk dan penampilan web yang menarik dan mesra pelanggan akan menjadi titik tolak pada kejayaan sesuatu perniagaan. Ianya adalah salah satu strategi yang penting. Dengan strategi yang ada pada pereka web Go Get Space, website akan lebih bernilai dan berguna dengan matlamat yang betul.

Rekabentuk website yang menepati ciri-ciri yang diperlukan dapat membantu meluaskan jangkauan peniagaan ke arah yang lebih luas dan marketing juga akan jadi lebih mudah.


- Tawaran Hebat


Go Get Space juga menawarkan pelbagai kelebihan, bukan sahaja dalam bentuk perundingan dan juga sumbangan idea dalam strategi awal pemasaran malah ia juga menawarkan pelbagai tawaran hebat dan rendah yang berbaloi.

Bila Marsha buka website Go Get Space ini memang betul ada tawaran rendah yang bagi Marsha rugi kalau tak grab. Jika tidak jelas boleh saja bertanya lebih lanjut . Jangan lepaskan peluang kerana pihak Go Get Space memang pakar dalam memastikan website yang terbaik.



Percaya Pada Diri dan Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Usahawan Berjaya


Usahawan berjaya tidak diukur pada wang ringgit dan harta. Individu yang mempunyai latar belakang keluarga yang biasa ataupun surirumah juga mampu menjadi usahawan berjaya. Sebagai contoh, Marsha sudah ada contoh terdekat surirumah berpendapatan 5-6 angka. Jadi semua itu tak mustahil bukan?




Jadi itulah serba sedikit perkongsian tentang apa yang perlu dilakukan jika ingin memulakan perniagaan di Malaysia. Tanpa perit jerih dan di tambah dengan tips menjadi usahawan berjaya, Marsha pasti korang akan menjejak langkah usahawan-usahawan berjaya yang terkenal di Malaysia.




Usaha tangga kejayaan. Itulah antara rahsia terpenting dalam menjadi usahawan yang berjaya dan berdaya saing. Jangan lupa untuk praktikkan selalu cara marketing di facebook, instagram, blog, website dan banyak lagi. Rugi kalau tak grab kaedah ni sebab rutin pembelian sekarang memang menjurus lebih kepada pembelian online. 

Moga perkongsian Marsha ini bermanafaat dan Marsha doakan korang semua berjaya menjadi usahawan berjaya satu hari nanti. InsyaAllah.



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

16 sahabat ibu

  1. Baru tau pasal Go Get Space tu. Nanti boleh inform kawan-kawan kalau ada yg nak buat web design.

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan.. Baru tau pasal go get ni

    ReplyDelete
  3. Entri ni sangat berguna dan bermanfaat buat zumal. Maklumlah nak berniaga juga. Nanti boleh try...

    ReplyDelete
  4. nak mulakan bisnes memang senang tapi nak maintain dalam lorong tu sangat mencabar. apa pun kena sentiasa top up ilmu

    ReplyDelete
  5. tips2 yang sangat bagus untuk mereka yang baru berjinak2 nak berniaga..boleh share kepada rakan2 dan ahli keluarga yang memerlukan nanti..

    ReplyDelete
  6. Very useful information for many people. Thank you for sharing. Just found out about go get app

    ReplyDelete
  7. Perkongsian info yang sangat berguna bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Sekarang dunia perniagaan ni terbuka kepada sesiapa saja yang rajin berusaha.

    ReplyDelete
  8. thank you for the info. memang bagus tips2 nie untuk mereka yang nak mulakan bisnes.

    ReplyDelete
  9. Ini kalau betul-betul yang suka bidang buat web ni mesti suka ni, anak bujang Sis dalam bidang ni, dia belajar course digital teknologi maklumat.. nanti nak share gak kat dia, kotlah boleh bis secara sambilan online kan.

    ReplyDelete
  10. Boleh explore more about this ni..memang ada niat nak venture into business juga ni...

    ReplyDelete
  11. Wahh input yang baru kita belajar ni... Bagus entri akk ni. Bagi yg nak mulakan perniagaaan tu boleh refer posting ini. M

    ReplyDelete
  12. Peekongsian yang baik dibaca oleh mereka yang baru nak berbisnes atau yg sedang mula bisnes... perlu tau semua tu...

    ReplyDelete
  13. Thank you for sharing all this ! This will be very helpful for me! Thank you!

    ReplyDelete
  14. Panduan yang bagus dan berguna buat mereka yang memerlukan. Zaman sekarang memang bisnes nak kena ada website supaya memudahkan orang buat pembelian dan juga kepercayaan pelanggan.

    ReplyDelete
  15. Bagus dengan semua tips yg dikongsikan. Kita mng kena amik tahu niche perniagaan yg sesuai dengan kita

    ReplyDelete
  16. this is a very good sharing tips for anyone who plan to start business..so nice of you for sharing out to everyone..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)