Nikmati Makanan Barat Terbaik di Kuala Lumpur

by - 12/25/2020 09:26:00 AM

Nikmati Makanan Barat Terbaik di Kuala Lumpur | Sekarang ini dah menjadi kebiasaan kita mencari makanan yang sedap untuk kita nikmati dan berbaloi dengan harga. Ini ekoran munculnya pelbagai jenis masakan dan juga restoran yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Paling ketara yang Marsha nampak adalah di Kuala Lumpur. Bagi korang yang menginap atau yang travel ke Kuala Lumpur, tak sah kalau korang tak mencari restoran yang menyediakan masakan yang korang nak makan. Masakan pula ada pelbagai jenis dari masakan kampung, masakan tradisi arab, masakan tradisi indonesia dan juga banyak lagi termasuklah masakan barat. Bagi Marsha, makanan barat lebih mempunyai ramai peminat sebab melihat banyak restoran makanan barat yang telah beroperasi di sini. Jom marsha kongsikan western food near me yang ada di Kuala Lumpur ni.

5 tempat makan (restoran) terbaik untuk menu makanan barat yang popular di KL


#1 Me'nate Steak Hub ( Setapak )


Me'nate Steak Hub ini Marsha ingat lagi ia mula viral dengan satu kes antara artis dan juga peminat. Lepas kes tersebut, Marsha memang simpan niat untuk mencuba makanan barat yang ada kat sini terutamanya stik. Memang rasa dia padu sangat! Stik nyaa sangat sedap dan segar dan paling mengejutkan harganya sangat mampu milik. Marsha akan singgah makan kat sini jika ada di setapak. Wajib!




Daging Wagyu adalah masakan yang top dekat sini. Dan ia mempunyai banyak cawangan sekarang ni. Kalau belum mencuba, Marsha sangat recommend.


Alamat: C-01-02 & C-01-03 StarParc Point, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm


#2  The Grato® Original by Chef Yasser

Chef Yasser adalah salah seorang chef yang terkenal di Kuala Lumpur ni. Kalau korang mengenali Chef Yasser ni korang mesti tahu dia adalah seorang chef profesional. The Grato® adalah milik beliau sendiri dan semestinya sajian yang disediakan memang terbaik!





The Grato® menyajikan makanan barat dan juga Itali. Dekat sini korang wajib cuba hidangan pasta, burger dan pizza. Memang terangkat!

Alamat: Lot 531, Jalan AU 1/4D Jelatek Business Centre, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4.30 – 11.30 pm

#3 Islamic Sixty9 Steakhouse


Restoran Islamic Sixty9 Steakhouse ini sangat popular dengan Sirloin Steak yang sedap. Selain kesedapan steak, ia juga menawarkan servis yang terbaik. Sangat selesa makan kat sini. Harganya juga sangat berbaloi. 




Jadi korang boleh dapatkan pelbagai jenis stik dekat sini dan menikmati dengan suasana yang selesa dengan masakan yang sedap.

Alamat: Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis 8 am – 11.30 pm manakala Jumaat 3 pm – 11.30 pm

#4 Rimba & Rusa


Menarik kan nama restoran ni? Bila terdengar nama restoran Rimba & Rusa ni hati memang nak cuba apa yang menarik kat sini. Rimba & Rusa adalah salah satu restoran makanan barat yang menawarkan hidangan makanan barat yang menarik seperti Soft Shell Crab Burger, Salted Egg Tiger Prawn Spaghetti dan Aglio Olio.




Bila nama unik, restoran mestilah mempunyai dekorasi yang unik juga, betul tak? Restoran Rimba & Rusa ni mempunyai dekorasi yang unik seakan kita berada di rimba.




Alamat: 37, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

#5 Paksu Chicken Chop


Buat penggemar chicken chop, korang boleh cuba chicken chop yang menjadi 'signature dish' di Paksu Chicken Chop ni. Ianya rangup. lembut dan berjus dan paling best chicken chop kat sini dilimpahi dengan sos blackpepper yang sangat sedap. 




Selain chicken chop korang boleh cuba menu lain seperti Mushroom Soup, Lamb Chop dan Spaghetti Carbonara. Porsi hidangan yang agak besar memang pasti kekenyangan akan terjamin. Memang akan tersenyum...hihi

Alamat: 289,279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 4.30 pm – 12 am


Lepas ni korang wajib singgah di semua restoran yang Marsha kongsikan ni tau! Kalau korang malas nak keluar pun jangan risau. Foodpanda menyediakan servis yang terbaik untuk korang dapatkan makanan barat kegemaran korang sehinggan ke depan pintu rumah. Lagi senang dan selamat serta menjimatkan masa. Betul tak?



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

11 sahabat ibu

  1. Rasanya belum pernah makan kat mana- mana restoran yg disebut tadi tu tapi nanti bole la cuba bila kat area tu.

    ReplyDelete
  2. Menarik semua tempat makan dalam senarai ni. Ada jugalah beberapa tempat yg belum pernah pergi. Bolehla jalan2 cari makan kat sana nanti.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya mrnate. Teringin nak makan kat sana lagi. Suka dengan daging steak dia

    ReplyDelete
  4. Wah listing tempat makan yg menarik juga ni, so far yg last sekali tu baru dengar actually ni, nnt next time boleh try mkn kat situ pulak 😁

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing all these awesome western food that we could enjoy in KL. OMG! All of them look so delicious and mouth watering but the first one definitely will be on my must-visit list.

    ReplyDelete
  6. Dalam senarai ni, saya paling tertarik dengan Rimba & Rusa. Dari segi pemilihan nama, dekorasi ruang, dan food presentation, nampak classy.

    ReplyDelete
  7. yummy thanks for the list cant wait to check them out in KL!

    ReplyDelete
  8. Memangkan kena pergi claim voucher kata area tue, boleh la try makan kat Rimba and Rusa nanti.. Thanks for the list ya.. :P

    ReplyDelete
  9. Za pernah makan kt the grato je.. Ympt lain tk pernah lagi.. Nnt boleh la cuba..

    ReplyDelete
  10. Sedap2 menu semua... kalau dekat dah lama pergi ni

    ReplyDelete
  11. Senang sekarang dah ada foodpanda. Nak makan order je dari rumah :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)