Resepi Udang Goreng Kunyit BBQ Macam Masakan Restoran Dengan Kimball

by - 12/22/2020 08:00:00 AM

Resepi Udang Goreng Kunyit BBQ Macam Masakan Restoran Dengan Kimball | Assalamualaikum. Rasa puas betul bila kita masak untuk anak-anak dan anak-anak pula makan bertambah-tambah kan? Feeling dia tu lain macam sangat. Tambahan pula Marsha cuba pelbagaikan resepi dengan produk Kimball. Kalau sebut Kimball, Marsha pasti korang tau kan? Jenama Kimball ni dah lama kat pasaran dan memang menjadi jenama kegemaran mostly antara kita. Marsha pun sama. Sos Cili dan Sos Tiram Kimball adalah 'must have item' di dapur kecil Marsha. 





Oh ya! Beberapa hari lepas Marsha dapat 'suprised box' dari Kimball Malaysia. Bila unboxing sangat seronok bila semua produk yang ada tu memang kegemaran Marsha sekeluarga. Terima kasih Kimball Malaysia!! Terus terpikir nak masak untuk anak-anak. Marsha ni ibu yang bekerja jadi sangat jarang masak tapi bila 'work from home' sekarang ni memang sangat suka memasak sebab anak-anak suka makan masakan Marsha. Bila teringat kegemaran anak-anak ialah udang, jadi Marsha dah ada resepi yang memang anak-anak tak akan tolak tepi, Resepi Udang Goreng Kunyit BBQ Macam Masakan Restoran Dengan Kimball .



Udang Goreng Kunyit BBQ Homecook Macam Masakan Restoran Dengan Kimball


Sebelum Marsha kongsikan resepi Udang Goreng Kunyit BBQ, Marsha nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang Kimball yang menarik perhatian Marsha. Antaranya ialah: 

#1 Jenama Tempatan

Sangat membanggakan sebab Kimball ini adalah jenama tempatan dan ia telah lama bertapak di Malaysia sejak tahun 1970-an. Masa tu Marsha pun belum lahir lagi. Pastinya Marsha memang membesar seiring dengan jenama Kimball ini sendiri. Memang bangga sangat sebab kita mempunyai brand lokal yang kini bukan sahaja terkenal di Malaysia malah juga antarabangsa. Korang pun mesti bangga kan?

#2 Produk Pilihan Rakyat Sos Cili dan Sos Tomato Kimball


Kimball memang terkenal dengan Sos Cili dan Sos Tomato nya yang mencapai tahap yang terbaik bagi rakyat Malaysia. Marsha pasti hampir setiap rumah mesti ada Sos Cili dan Sos Tomato Kimball ni kan? Sebab memang rasanya menepati citarasa rakyat Malaysia. Marsha siap buat stok dekat rumah sebab tak boleh kalau terputus bekalan Sos Cili dan Sos Tomato Kimball ni. Rasanya memang sedap dalam masakan bahkan dicicah begitu sahaja.

#3 Terkenal Dengan Sos Spageti Tradisional & Spageti Kering

2 produk yang menjadi pilihan rakyat Malaysia juga ialah Sos Spageti tradisional & Spageti. Marsha suka buat spageti dekat rumah. Masakan paling simple dan bila rasa nak makan makanan western memang Marsha akan cari 2 produk ni. Spageti mudah lembut dan kenyal dan Sos Spageti Tradisional pula rasa sangat asli dan ia menjadi hidangan yang istimewa. Encik suami pun puji tau! Bila makan, terasa seperti makan di restoren masakan barat. Memang terbaik!

#4 Dibuat Dengan Bahan Berkualiti

Kesemua produk Kimball telah dibuat dengan bahan berkualiti tinggi di bawah garis panduan pengeluaran yang ketat. Ia menawarkan produk berkualiti dan sedap, mencapai standard antarabangsa yang dibuat dengan kualiti tinggi ramuan untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia.  Teruja bila dapat tahu produk Kimball ini sebenanya bukan biasa-biasa dan  bertaraf antarabangsa. Ia juga sangat terkenal dengan konsistensi rasa produk yang merangkumi beberapa dekad lamanya. Selain Sos Cili, Sos Tomato, Spageti dan Sos Spageti Tradisional, Kimball juga telah mengeluarkan produk merangkumi produk lain seperti Sos BBQ, Sup Tomato, Kacang Parang, Sos Cili Thai, Puri Tomato dan banyak lagi.

# 5 Diperakui HALAL

Status HALAL memang antara aspek yang utama yang dicari oleh pengguna muslim macam Marsha. Ini kerana mencari yang HALAL itu Fardhu bagi pengguna Muslim. Korang boleh ke https://halal.gov.my/ untuk maklumat yang lebih lanjut tentang produk Kimball. Bila dah tau produk Kimball mempunyai HALAL jadi Marsha pun rasa lega dan boleh terus menggunakan produk Kimball tanpa was-was lagi. 

Produk Kimball sekarang menjadi pilihan pelbagai bangsa di Malaysia. Memang menarik semua fakta tentang Kimball Malaysia ini dan sebab itulah ia menjadi item pilihan di dapur kecil Marsha. Paling penting satu keluarga suka. 

Sekarang ni Kimball Malaysia baru melancarkan Kempen Gaya Malaysia #KompemGayaMalaysia yang mengajak rakyat Malaysia sama-sama memasak dan menyajikan hidangan tempatan gaya malaysia dengan menggunakan produk Kimball. Kalau korang blur nak masak apa, senang je. Korang ke  https://kimball.com.my/recipe.html untuk tengok resepi-resepi menarik yang menjadi pilihan korang untuk masak nanti.

Ok, jom lah Marsha pun tak sabar nak kongsikan masakan Marsha dengan korang...

Resepi Udang Goreng Kunyit BBQ Macam Masakan Restoran Dengan Kimball


Macam yang Marsha bagitau resepi Udang Goreng Kunyit memang menjadi antara masakan kegemaran anak-anak. Biasaya Marsha hanya guna Sos Tiram Kimball.  Kali ini Marsha ubah sedikit resepi dengan menambahkan rasa BBQ pada resepi tersebut dengan menggunakan Sos BBQ Kimball. Jadi kali ni Marsha guna 2 produk iaitu Sos Tiram dan Sos BBQ Kimball. Senang nak masak dengan Kimball sebab Kimball menepati citarasa Malaysia dan menjadikan masakan sedap seperti makan di restoran.

Bahan-bahan





  • 11 ekor udang bersaiz M
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus )
  • 2 biji bawang merah ( dimayang halus )
  • 1 biji bawang Holland ( dimayang kasar )
  • 1 sudu besar Sos Tiram Kimball
  • 1 sudu besar Sos BBQ Kimball
  • 1 biji tomato ( dipotong 6 )
  • 6 biji Cili Burung ( tidak diketuk atau dipotong )
  • 1 sudu minyak masak
  • Sedikit garam
  • Sedikit kunyit

Cara Memasak


**Udang digaramkunyit terlebih dahulu dan dibiarkan rehat selama 5 minit.

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak. 


4. Masukkan Sos Tiram Kimball, kacau hingga rata.
5. Kemudian masukkan Sos BBQ Kimball dan kacau hingga rata lagi.
6. Masukkan Bawang Holland, Tomato, Cili Burung dan kacau hingga udang masak dan semuaya agak layu.



7. Perasakan dengan sedikit garam. Siap!

Nampak menyelerakan tak masakan Marsha ni? Nampak pun macam masakan di restoran kan? Belum cuba lagi rasanya mesti umphhh....hihi. Dengan produk Kimball, masakan #KonfemGayaMalaysia akan jadi sedap!




Ok kalau korang nak tengok apa lagi produk yang Kimball ada korang boleh layari website Kimball Malaysia di https://kimball.com.my/ dan jangan lupa LIKE FB Page Kimball Malaysia serta korang boleh dapatkan info-info terbaru disana.

Selamat mencuba resepi Marsha!

#KompemGayaMalaysia
#GayaMalaysia


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

22 sahabat ibu

  1. uii Mar.kelaparan tengok udang ni.thank you share.boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tambahan pula sos kimball memang sedap 👍😋

    ReplyDelete
  3. Sedap tengoknyaaa.. Produk kimball mudah dicafi2.. Semua pasaraya ada.. Kadang guna juga produk ni

    ReplyDelete
  4. Terliur nengok udang goreng kunyit tu haiii, memanglah pebret apa saja gorengan berasakan kunyit is my pebret

    Cara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad

    ReplyDelete
  5. Kami memang guna Kimball dari dulu..senang sos perasanya jadi mudah nak memasak ☺️

    ReplyDelete
  6. wah nampak pun sedap...memang best bila ada produk kimball di rumah..senang semua masakan confirm menjadi heheh

    ReplyDelete
  7. Saya belum pernah lagi masak udang goreng kunyit guna sos tiram dan sos bbq. Selalu guna kiub ayam je. Nanti nak cuba resepi ni pulak. Thank you share!

    ReplyDelete
  8. sedap kan kalau memasak guna sos tiram kimball ni. Dah la harga pun murah, buat dengan bahan berkualiti pulak tu

    ReplyDelete
  9. Yummehhhh... my favourita de amour ni... tak sangka pulak boleh guna sos Kimball je... mudah pulak tu... balik KL nanti nak cubalah...

    ReplyDelete
  10. Memikat sungguh udang dia tu. Simple je masak guna kimball

    ReplyDelete
  11. Wah nampak menyelerakan... udang tu wah.. nampak sedap sangat dengan cara masakan macam ni. Kimball memang bagi masakan lebih sedap

    ReplyDelete
  12. Banyaknya produk Kimball sis ni.. ni pun one of my favorite brand juga bila beli sos cili.. tapi produk lain tak sure pernah cuba tak.. next time will looks for Kimball la..

    ReplyDelete
  13. Wah... sedapnya. Thank you for the recipe. Saya pun nak try resepi ni nanti bila ada masa.

    ReplyDelete
  14. Sedap ni.. lagi guna sos kimball, Sis memang guna kimball dari dulu, sebab Sis tak makan sos cili hehehe

    ReplyDelete
  15. meroh molek udang tuhh..terliurnyaaa

    ReplyDelete
  16. wow, what a delicious looking prawn dish! have been loving this brand too

    ReplyDelete
  17. Blm pernah try lagi udang masak kunyit letak sos kimball nnt boleh la try

    ReplyDelete
  18. Sedapnya. Kalau masak ni makan ngan nasi panas je pun dah ok sangat!

    ReplyDelete
  19. kita bab udang ni aduiiii paling sukaaa..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)