• Home
  • About
  • cONTACT
  • Sitemap
  • Disclaimer
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email Liyana Ishak Lokmanamirul.com Nurfuzie.Com Nurul Yui PermataBiru Pha Is Salmiah Md Zain Siti Sharini Siti Yang Menaip Zumal Zya Akma

Marshalizadotcom


#Biters


HOME MY STORY SHAKLEE TRAVEL ANITH BAIHAQI
FOODIE PARENTING BEAUTY REVIEW RESEPI TIPS

Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe| Assalamualaikum. Korang penggemar cookies atau biskut raya sedap tak? Marsha adalah salah seorang penggemar 'home made' cookies. Tak perlu tunggu hari keraian atau hari istimewa, Marsha memang buat cookies sebagai kudap-kudapan. Marsha ni sangat cerewet bab memilih cookies. Sebagai penggemar 'home made' cookies, pastinya Marsha akan memilih yang sedap ikut citarasa Marsha dan juga tentulah dibuat dari bahan-bahan yang premium. Biasanya bila bahan-bahan premium ni cookies memang akan sedap dan dikenali sebagai premium cookies. Betul...serius!! Bila diperkenalkan dengan Cookies Vibe dan merasai sendiri ternyata ianya memenuhi citarasa Marsha dan keluarga.

35 Pilihan Jenis Kuih Raya dan Snek untuk Hari Raya 2021 Dari Cookies Vibe

Cookies Vibe adalah produk keluaran Bumiputra yang dijamin HALAL dari segi pemilihan bahan, pembuatan hingga ke pembungkusan. Menggunakan 100% produk Muslim dan juga kekacang premium seperti badam ( Almond ), Gajus ( Cashewnut ), Kacang Pis ( Pea ) dan juga Hazelnut.

Kali pertama menggigit cookies dari Cookies Vibe ini Marsha dapat rasakan rasa biskut yang lemak dan lembap dan sememangnya sempurna kerana kesemua premium cookies dari Cookies Vibe ini dibuat dengan menggunakan pure butter jenama Anchor yang diimport dari New Zealand. Untuk biskut yang menggunakan coklat pula, Cookies Vibe memilih  coklat dari jenama Beryls yang sememangnya terkenal sebagai pengeluar produk coklat terbaik dan terkenal di Malaysia. Dari kualiti biskut dan rasa, Cookies Vibe memang mengambil berat tentang kualiti biskut dan tidak kedekut bahan.

Salah satu produk 'Best Seller' di Cookies Vibe ini ialah Tart Nenas. Cookies Vibe memilih  inti nenas premium untuk Tart Nenas mereka dan sekaligus mengangkat darjat sebagai premium pineapple tart. Marsha memang cerewet dengan tart nenas. Jadi Marsha hanya akan beli jika ia menggunakan pure butter sebab tart nenas lebih sedap dengan pure butter dan menjadikan tart nenas gebu sedap.

Premium extra moist fruit cake juga menjadi kegemaran pelanggan dan mengungguli carta Cookies Vibe ni kerana penggunaan buahan kering yang banyak dan tidak kedekut yang diadun dengan pure butter dan pelbagai lagi bahan premium serta teknik yang tersendiri dan hasilnya kek buah yang bukan biasa-biasa ok!

Istimewanya pada 2021 ini, Cookies Vibe telah bersedia dengan 35 jenis kuih raya sedap dan juga snek yang korang boleh pilih ikut pilihan korang. Antaranya seperti

Buat penggemar Cornflakes Cookies: 

  • Malatops Crispy
  • Ombak Rindu
  • Cashew Butterscotch
  • Hazelnut Latte
  • Cornflakes Bites
  • Cashew Teacakes

Top 10 cookies premium dari Cookies Vibe:
  • Ombak Rindu
  • Malatops Crispy
  • Chocolate Heaven
  • Nutty Basket
  • Almond Chocobar
  • Royale Cadbury
  • Black Pistachio
  • Hazelnut Latte
  • Velvet Ohana
  • Crispy Rainbow (Biskut Lidah Kucing)
Marsha sendiri telah mencuba 3 jenis biskut raya sedap dan juga 1 jenis snek dari Cookies Vibe. Memang sedap dan sangat puas hati. Tak perlu tunggu hari raya kalau macam ni sedap dia. Boleh juga jadi kudapan dan juga hidangan minum petang. 




Pea Pods



Chocolate Heaven



Black Pistachio




Mini Popia Udang





Meh tengok video review Marsha review biskut Pea Pods, Chocolate Heaven, Black Pistachio dan Mini Popia Udang dibawah




Pakej Baru Sempena Hari Raya 2021 dan Tahun Baru Cina 2021 bermula 01 Februari 2021!




Cookies Vibe juga telah masukan Pakej Biskut Raya Special dalam list produk dalam website mereka. Lebih banyak diskaun dan juga boleh buat bayaran secara ansuran. Paling best setiap pakej datang dengan tiket Lucky Draw. Korang berpeluang memenangi
  • AirFryer
  • Young Living
  • Norwex (Kain Kayangan Kit)
  • Kayman Facial Kit
  • Bonus: (Surprise Gift)
Menarik kan??

Cookies Vibe juga akan menganjurkan 30 Hari Ramadhan Giveaway tau! Setiap hari dalam bulan Ramadhan, akan ada 1 pemenang setiap hari yang akan dipilih dari semua sosial media Cookies Vibe : IG, FB, Twitter, Youtube & Tik Tok.

3 Cara Mudah Untuk Dapatkan Kuih Raya dan Snek di Cookies Vibe

Macamana nak dapatkan kuih raya dan snek yang enak Cookes Vibe ini? Mudah je. Ada 3 cara yang mudah:

  1. Korang boleh order melalui website : www.cookiesvibe.com dan servis penghantaran melalui pos, atau MrSpeedy (kawasan Lembah Klang).  
  2. Order melalui agent terdekat di kawasan korang (#VibersFamily) : senang nak pick up Cookies nanti. Korang boleh buat preorder raya , dan bayar secara ansuran tau! Pakej-pakej yang ada korang boleh lihat di website, serendah RM55/ sebulan untuk 6 jenis cookies. Murah kan! Untuk pengetahuan korang, Cookies Vibe dah ada agent di seluruh Malaysia, Singapura & Brunei.
  3. Korang juga boleh terus ke Showroom Cookies Vibe di: Tingkat 1, Flexis, One South, Seri Kembangan, Selangor. Korang boleh pilih dan rasa sampel disana terus...best kan? Boleh pilih mana yang berkenan. Operating hours: 10AM - 6 PM (Tuesday - Saturday)

Gunakan Kod: Marshaliza Dapat 5% Diskaun

Haa...shopping-shopping juga gais. Sebelum buat bayaran, korang jangan lupa letak kod MARSHALIZA tau! Korang akan dapat diskaun sebanyak 5% dari pembelian di website. Best kan? 


Cookies Vibe Buka Peluang Berniaga Jadi Agent Kuih Raya

Bukan sahaja menawarkan biskut, cookies dan snek yang enak. Cookies Vibe juga membuka peluang kepada individu di luar sana untuk menjana pendapatan sampingan bersama Cookies Vibe dengan menjadi agent kuih raya. Jadi di saat genting disebabkan Covid-19 ini kita boleh menjana pendapatan dari rumah melalui Cookies Vibe. 

Cara untuk menjadi agent kuih raya Cookies Vibe senang sahaja. Hanya mendaftar/register sebagai #VibersFamily di website Cookies Vibe.

Maklumat Lanjut Tentang Cookies Vibe


Hotline: 
011 657 00101

Address: 
Cookies Vibe,
U1-19, FLEXIS, ONE SOUTH, SERI KEMBANGAN, 43300 SELANGOR
Waktu Operasi Showroom : 10 pagi - 6 petang ( Selasa hingga Sabtu)

Instagram : 
www.instagram.com/cookiesvibe

Facebook: 
www.facebook.com/cookiesvibe

Twitter / Tik Tok: 
@cookiesvibe

website: 
www.cookiesvibe.com

Email: 
cookiesvibeinfo@gmail.com





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger



Share
Tweet
Pin
Share
5 sahabat ibu
Adakah Kitsui Bahaya? | Assalamualaikum. Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Siapa tak nak cantik kan? Mana-mana wanita pun mesti nak nampak cantik. Marsha akui, Marsha pun nak kelihatan cantik terutama depan encik suami. Rasa berbunga hati kalau encik suami memuji....hihi. Selain cantik diluar, dalam masa yang sama kita juga nak sihat secara dalaman. Untuk menjaga kulit, banyak produk yang dijual di pelbagai kiosk, mall dan juga drug store. Bermacam jenama dan juga keluaran. 

Tetapi, adakah pilihan produk diluar selamat untuk kita? Memandangkan sekarang banyak juga produk kesihatan timbang kilo yang berada dipasaran menjanjikan kesan yang segera tetapi memberikan kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti memberi kesan pada kesihatan dalaman kita seperti kegagalan buah pinggang. Menakutkan bukan? Kalau tersalah pilih buruk akibatnya. Ini yang menakutkan Marsha jika tersalah pilih produk yang tumbuh macam cendawan diluar.

Baru-baru ini Marsha mencuba salah satu produk yang Marsha dapatkan dari salah satu drugstore dan sebelum mencuba, marsha dah buat kajian dan baca kitsui review yang ada. Setelah berpuashati baru Marsha berani untuk mencuba produk ini. Produk yang Marsha cuba ni dari jenama Kitsui dan bukan satu produk, Marsha mencuba 2 produk dimana satunya fokus untuk kulit dalaman dan luar iaitu Korean White Plus Tomato dan Kitsui Bellos Fibre fokus untuk detox dan kesihatan keseluruhan. Tapi mesti korang tertanya-tanya kan? Kenapa Marsha pilih jenama Kitsui? Ia disebabkan antara jenama terlaris yang dijual di Watsons dan juga Guardian. Adakah Kitsui Bahaya?


Adakah Kitsui Bahaya? 


Kitsui adalah produk jenama tempatan yang telah bertapak di pasaran tempatan lebih dari 20 tahun. Bermakna ia telah lama kekal di pasaran Malaysia dan sangat dipercayai oleh pengguna-pengguna yang telah menggunakannya. Marsha sangat bangga bila ada produk tempatan yang berjaya bertapak dengan baik dalam pasaran di negara kita. Marsha juga banyak baca kitsui review yang banyak pengalaman yang positif. Itu antara sebabnya Marsha berani untuk mencuba jenama Kitsui ini.

Untuk pengetahuan korang, semua produk dibawah jenama Kitsui telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal, malah telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum di pasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi Watsons & Guardian yg terkemuka di Malaysia . Jadi ianya memang terbukti selama kerana mendapat sijil GMP ( Good Manufacturing Practice).




Kandungan produk-produk kitsui pula terdiri daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk golongan lelaki dan wanita. Jadi produk Kitsui ini bukan sahaja fokus untuk kesihatan wanita, malah juga sesuai untuk orang lelaki juga.

Makanan tambahan Kitsui bukan ubat-ubatan. Ianya dikategorikan sebagai makanan. Ianya berfungsi untuk memberi nutrisi ke atas badan seseorang kerana bahan uatamanya terdiri dari makanan harian dan sumber bahan alami seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi jangan risau, semua produk keluaran Kitsui adalah bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan LARANGan yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan.

Jom kita tengok lebih lanjut pula tentang produk Kitsui yang Marsha cuba ini: 

1. Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato

Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato adalah antara produk pilihan di Farmasi Watson dan Guardian diseluruh Malaysia. Ia adalah makanan tambahan ini diperkaya dengan Vitamin A, C dan zat besi yang mampu membantu kulit kusam dan berminyak menjadi lebih segar dan bersih. 




Masalah kulit Marsha ialah kusam, ada pigmentasi dan juga alah dengan pelitup muka. Masa PKP dna PKPB Marsha kerap keluar dan perlu memakai pelitup muka. Jadi Marsha memerlukan makanan tambahan untuk Marsha baiki balik kulit secara luaran dan dalaman.

Bahan utamanya dalam Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato ialah tomato yang dikenali sebagai raja anti oksida dan di pilih serta di labelkan sebagai Superfood oleh Times Magazine . Selain tomato, ia turut mengandungi Camu-camu yang juga kaya dengan anti oksida dan mampu meningkatkan pembentukan kolagen menjadikan kulit lebih cerah hanya dalam tempoh 7 hari sahaja. Menarik bukan? Dalam masa 7 hari itu bukan masa yang singkat kerana ada lagi produk diluar yang memberikan kesan serta-merta.  

Jangan risau, Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato bebas bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan yang boleh mengganggu hormon. 

Harga Jualan: RM38.80

2. Kitsui Belloss Fiber 

Marsha juga mempunyai masalah pencernaan. Pemilihan Kitsui Belloss Fiber ini kerana ia berfungsi untuk mengekalkan kecergasan badan dan membantu masalah pencernaan serta dalam masa yang sama Marsha boleh detox. Bila waktu PKP dan PKPB ni berat Marsha naik mendadak. Jadi perlu detox untuk kesihatan dalaman.

Ia mengandungi buah Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas dan Sena. Formulasi bahan-bahan ni membantu mengelakkan masalah perut buncit dan kegemukan disebabkan kandungan seratnya yang tinggi 




Masalah pencernaan ini sebenarnya bahaya. Yang mengalaminya sahaja yang tahu seksanya mempunyai masalah pencernaan ini. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan fizikal malah boleh menguragkan keyakinan diri kerana timbulnya masalah-masalah lain seperti bau badan, bau mulut, cepat letih dan tahap metabolism menjadi rendah.

Kitsui Belloss Fiber bukan sahaja berkesan, malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, pigment, gula tambahan dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon. 

Jom kita tengok kandungan Kitsui Belloss Fiber ni:
a. Acacia Gum – mengandungi serat prebiotic yang mengekalkan sistem usus serta melancarkan sistem penghadama 
b. Apple – Mengandungi Catechin –yang membantu meningkatkan kadar metabolism badan 
c. Senna mengandungi Sennosides yang membantu merangsang pergerakan usus 
d. Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas pula buah-buahan yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang mengekalkan tahap hidrasi dalam tubuh badan

Harga Jualan: RM38.80

Jom kita tengok video





View this post on Instagram

A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom)


Perbezaan Kitsui Sachet dengan Produk X

Satu lagi yang Marsha lebih suka dengan produk Kitsui ialah ia didatangkan dalam bentuk sachet yang lebih memudahkan kita untuk 'consume'. Marsha lebih suka produk sachet kerana kualiti lebih terjamin, lebih senang dan ada jaminan. Jom kita tengok perbezaan Kitsui sachet dan juga Produk X.





Dapatkan Produk Kitsui dengan 12% Diskaun

Jom dapatkan 12% OFF DENGAN CODE “KITSKULIT” di Shopee KITSUI MALL!!

Maklumat Lanjut


Instagram :

https://instagram.com/kitsuimalaysia


Facebook :

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/


Tik Tok :

https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/


Shopee :

https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9


Website :

https://kitsui.com.my/


#Kitsui #KitsuiMalaysia #watsonsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit #kulitsehat


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
4 sahabat ibu
RhinoShield Mod NX Case Tahan Lasak Lindungi iPhone 12 Pro Max Marsha| Assalamualaikum. Setiap kali bertukar telefon bimbit, pertama sekali kita akan cari casing telefon bimbit untuk protect telefon bimbit dari jatuh dan sebagainya sebab ianya tidak boleh dijangka. Tambah lagi kalau telefon bimbit yang harganya agak boleh tahan seperti iPhone 12, edisi terkini dari jenama iPhone yang mencecah ribuan ringgit. 

Honestly, Marsha adalah iPhone user yang upgrade dari iPhone 7 Plus ke iPhone 12 Pro Max pada November 2020 lalu. Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk blogging, Marsha terus grab yang paling premium sebab Marsha menggunakan phone keseluruhan termasuk ambil dan edit gambar juga video. Jadi memang berbaloi untuk grab yang paling premium. 


Bila dah memiliki iPhone 12 Pro Max idaman, tiba masa untuk mencari casing iPhone 12 Pro Max yang semestinya dapat melindungi dengan maksimum sebab beli dah mahal kan jadi perlu casing yang boleh jaga iPhone 12 Pro Max Marsha dengan sangat baik! Jadi tiba masa Marsha cari iPhone 12 pro max case designer yang berkualiti dan menarik. Di era teknologi ni haruslah Marsha search je melalui kemudahan internet yang ada dan tertarik dengan jenis RhinoShield Mod NX Case dari Distexpress.


RhinoShield Mod NX Case Tahan Lasak Lindungi iPhone 12 Pro Max Marsha


Sebenarnya banyak brand yang menawarkan casing iPhone 12 Pro Max ni. Tapi Marsha mencari bukan sahaja yang menarik tapi paling penting kemampuan casing melindungi iPhone 12 Pro Max Marsha dengan lebih maksimum. Setelah meneliti ciri-ciri yang ada pada Rhinoshield Mod NX Case ni dan juga rhinoshield mod nx case review for iphone 12 pro max pro, Marsha terus buat pembelian secara online menerusi laman web Distexpress.




Distexpress.com.my

Distexpress Malaysia adalah wakil jualan jenama RhinoShield di Malaysia. Ia adalah satu website yang khusus dalam produk gaya hidup gadget untuk aksessori Apple & Samsung, seperti casing dan lain-lain kemudahan untuk gadget. Mereka terus memberikan rangkaian produk inovatif yang menarik kepada pelanggan mereka.

Menarik Tentang RhinoShield Mod NX Case


Satu set RhinoShield Mod NX Case ini datang dengan 4 item iaitu 

  • Frame 1x
  • Buttn Set 1x
  • Rim 1x
  • Backplate 1x


#1 Dibuat Dari Polimer Yang Tahan Lama


Ianya telah di uji dengan memicit, merengang dan memusing namun tiada perubahan pada casing RhinoShield Mod NX Case ini. Walaupun mampu menahan berat sampai 16kg semasa pengujian namun bentuknya sekali pun tidak berubah mahupun patah.




#2 Boleh Ubah dari Standard Case ke Bumper Case Dalam Sekelip Mata


RhinoShield Mod NX memberi Marsha fleksibiliti untuk menukar plat belakang agar sesuai dengan musim atau majlis. Hanya pasangkan plat belakang dan ganti dengan rim dan Marsha mempunyai Bumper Case untuk keselamatan iPhone 12 Pro Max Marsha.

#3 Lebih Sesuai dari Mod Generasi Pertama

Mekanisme penguncian Mod NX berbeza dengan mod generasi pertama iaitu design mod sebelum ini yang dilancarkan pada September 2020. 

Penyesuaian rabung / alur yang menghubungkan bingkai ke pelek / plat belakang. Mekanisme yang dikemas kini memberikan toleransi yang lebih besar untuk margin kesalahan (dari peranti yang dilindunginya). 

Dengan reka bentuk fizikal siri NX berbeza dari kes Mod generasi pertama, aksesori Mod yang lebih tua tidak sesuai dengan komponen NX dan sebaliknya (kecuali butang yang boleh ditanggalkan).

Walaupun ia adalah penyesuaian struktur yang halus, ia mengurangkan:

1. Jurang di port pengecasan

2. Jurang antara bingkai dan rim di sisi.

#4 Ketahanan calar yang ditingkatkan

Semasa upgrade Mod generasi pertama, mereka berusaha keras untuk mengelakkan bahan kimia berbahaya dan menjadikannya bebas BPA. Itu adalah satu cabaran kerana kebanyakan plastik keras (yang terdapat dalam kebanyakan jenama) mengandungi BPA. 

Namun ia berjaya juga dengan penyusunan salah satu bahan tahan hentaman yang paling selamat, bahan ShockSpread baru yang 100% bebas BPA . Walaupun ia adalah pilihan yang lebih selamat , plat belakang Mod lebih mudah tercalar juga walaupun sedikit.

#5 Nipis dan Ringan


Bila Marsha cuba pasang RhinoShield Mod NX ni di iPhone 12 Pro Max Marsha, nyata ianya ringan dan selesa di pegang. Material yang digunakan tidak licin dan design nya yang nipis tak membuatkan iPhone 12 Pro Max Marsha nampak 'bulky'.

#6 Telah Lulus Ujian Kejatuhan

RhinoShield Mod NX Case telah dibuat ujian kejatuhan dan berjaya. Ia mampu menyerap impak jatuh setinggi 11 kaki atau 3.5 meter. Tinggi juga tu. Jadi ianya memang ciri-ciri yang Marsha perlukan untuk casing yang akan melindungi iPhone 12 Pro Max Marsha.

#7 Warna yang Menarik

Ia didatangkan dengan 4 warna menarik iaitu 

  • Hitam
  • Royal Blue
  • Camo Green
  • Lavender

Marsha memilih warna Camo Green sebab dulu Marsha ROTU. Jadi pilihan warna ni memang sangat sesuai sebagai kenangan Marsha. Royal Blue dan Lavender pun menarik. Hitam pula nampak elegan.


View this post on Instagram

A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom)





Kelebihan RhinoShield Mod NX Case


  • Melebihi Piawaian Ketenteraan
  • Melepasi standard ujian penurunan tentera AS MIL-STD 810G
  • Menyerap hentaman lebih dari 11 kaki
  • Struktur Sarang Lebah
  • Meningkatkan penyerapan kejutan hingga 10%
  • Sarung pelindung paling tipis dan ringan yang anda dapati - 3mm nipis & 30g cahaya
  • Memenuhi standard gred makanan FDA AS
  • BPA / BPS / BPF PERCUMA


Check out my new Rhinoshield phone case for my iPhone 12 Pro Max! Not only it looks good, thin and light on my phone. It has Military standards drop proof of over 11 feet!


Dapatkan Rhinoshield case untuk phone korang sekarang dengan 5% Discount code - Marshaliza5
Shop at www.distexpress.com.my


Boleh pilih Rhinoshield for iPhone 12 series di http://bit.ly/rsip12-d


Maklumat Lanjut


Facebook:
https://www.facebook.com/DISTEXPRESS/


Instagram:
https://www.instagram.com/spigen_malaysia_official/


Phone/WhatsApp:
http://chatwasap.com/DistexpressM




#ilovedistexpress #Rhinoshield #Malaysia #iPhone12case

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

Share
Tweet
Pin
Share
5 sahabat ibu
Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS Bantu Cegah Nafas Berbau dan Karies Gigi | Assalamualaikum. Kebiasaannya ubat gigi yang dijual di luar mempunyai pelbagai perisa dari ekstrak pelbagai herba dan banyak lagi yang baik untuk kesihatan gigi. Bagi Marsha ini biasa sebab pernah guna dan juga pernah tengok di pasaraya. Bila dengar ubat gigi dari koko, Marsha sangat teruja sebab belum pernah dengar apatah lagi mencubanya. Jadi dalam artikel ini Marsha nak kongsikan apa yang menarik dengan produk ubat gigi premium pudina koko MISMIS keluaran NFA Technologies Sdn Bhd.


Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS Bantu Cegah Nafas Berbau dan Karies Gigi





Fakta Tentang Syarikat Yang Pertama Yang Mengeluar dan Memasarkan Produk Penjagaan Gigi Berasaskan Ekstrak Polifenol Koko


NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. Syarikat telah menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. 

Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS. NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi. 

Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi. 




Usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS. Jenama MISMIS memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Amalan Pengilangan Baik). Nak dapatkan GMP ini bukan senang tau. Banyak prosedur yang perlu dibuat.

Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


Kelebihan Polifenol Koko di Dalam Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS


Ubat Gigi Premium Pudina Koko menggunakan bahan aktif polifenol- tanin yang terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. 

Penambahan bahan di dalam ubat gigi premium pudina koko seperti lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya dengan Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria yang membantu mengawal masalah kaviti di dalam mulut. Tidak lupa juga aroma koko yang harum lagi menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang pertama kali menggunakannya. Bagi yang menggemari coklat mesti best kalau berus gigi sebab akan rasa coklat. Marsha lah salah seorang dari penggemar coklat...hihi.




Selain itu, produk yang sudah lama dikenali di pasaran ialah ubat gigi MISMIS lebih sejuk (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. 




Ubat gigi tersebut diformulasikan tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Diperbuat daripada bahan pembuatan makanan bertahap ‘gred makanan’ (food grade), produk ini selamat digunakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak terutamanya jika tertelan semasa memberus gigi. Jadi Marsha tak perlu risau bila anak-anak memberus gigi sebab terbukti ianya selamat untuk kanak-kanak.

MISMIS JUST FOR KIDS

Terdapat dalam 2 perisa iaitu Chocolata dan Bubble Gummy yang pasti menarik kanak-kanak untuk memberus gigi. 




Menurut Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat, “Semasa menghasilkan ubat gigi ini, kami membayangkan jika anak-anak atau anak buah kami yang menggunakannya. Semestinya hanya bahan yang terbaik digunakan supaya selamat jika tertelan. Tetapi apabila kanak-kanak sudah mencuba, pasti mereka akan suka. ‘We made it with love’ ”. 

Betul! Anak-anak Marsha pun dah menggunakan ubat gigi kanak-kanak MISMIS dan ternyata anak-anak suka. Marsha pun tak perlu terlalu risau jika anak tertelan sebab ianya selamat untuk kanak-kanak.


Berus Gigi MISMIS Memberi Tiga Kali Perlindungan Yang Membantu Memelihara Gusi 

Selain ubat gigi premium pudina koko, MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai varian berus gigi iaitu berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru. Boleh pilih warna favorite sebab banyak pilihan.




Berus gigi MISMIS diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Berus gigi ini selamat untuk kita dan keluarga gunakan tanpa ragu-ragu. Kelembutan berus gigi MISMIS memberikan tiga kali perlindungan yang membantu memelihara gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan ketika memberus gigi dan menghilangkan bakteria serta plak. 

Pek Kembara untuk Kegunaan Travel 

MISMIS juga menawarkan pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa keluar daerah untuk urusan kerja atau mengembara. 




Marsha sekeluarga memang selalu travel. Memang sesuai untuk individu dan juga keluarga yang selalu travel. Nak balik kampung, ada pek kembara ni lebih senang. Lebih ringan dan lebih fleksibel. Disertakan dengan beg khas senang untuk bawa kemana-mana.


Ubat Kumur untuk Kesegaran Nafas

Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf (mouthwash) juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut anda. Ianya tidak mengandungi alkohol dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia. 

Bagi Marsha ubat kumur ni perlu konsisten seharian supaya bakteria yang berada di kawasan yang sukar dijangkau oleh berus gigi dapat dihapuskan dengan bantuan ubat kumur ini. Selain itu juga, ubat kumur ini juga menyegarkan nafas seharian kita.


Alternatif Bagi Pengguna yang Inginkan Produk yang Bebas daripada Fluorida, Berasaskan 99.9% Bahan Semulajadi, Tanpa Paraben, Tanpa SLES/SLS dan Selamat Jika Tertelan



Mismis ialah alternatif bagi pengguna yang inginkan produk yang bebas daripada fluorida, berasaskan 99.9% bahan semulajadi, tanpa paraben, tanpa SLES/SLS dan selamat jika tertelan. 

View this post on Instagram

A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom)


Produk penjagaan gigi MISMIS berbaloi harganya. Variasi MISMIS hanya berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati di Tesco, Malakat Mall, Sabasun, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart. 


Mismis boleh juga didapati secara dalam talian melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee dan di semua online e-commerce. 

Maklumat Lanjut


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

Alamat:
NFA TECHNOLOGIES SDN BHD 
3-1 (A) , Jalan Dagang SB 4/1, 
Taman Sungai Besi Indah,
43300, Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

Phone: 
019-2415004 /+603-8959 4493

Whatsapp: 
wasap.my/60192415004

Instagram:
https://www.instagram.com/_makeitsmile/

Facebook:
https://www.facebook.com/mismistoothpaste/

Shopee:
https://shopee.com.my/nfatech

Website :
www.mismis.com.my 



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
6 sahabat ibu
Idea Inovatif Mengenai Isu Alam Sekitar Muncul Sebagai Pemenang Pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’ | Assalamualaikum. Pada artikel sebelum ini, Marsha pernah kongsikan satu artikel berkenaan pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’ ni di SINI. Ia memberi peluang kepada pelajar yang minat menjurus kepada penyelesaian masalah melalui STEM. 

Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pemenang pertandingan ‘Solve for Tomorrow 2020’ yang bermula pada 9 Oktober untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, dengan pasukan A.I.R. dari SMK Seksyen 10 Kota Damansara merangkul hadiah pertama untuk pendekatan inovatif dan proaktif mereka dalam menangani cabaran utama masyarakat Malaysia mengenai alam sekitar. Manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan EUNOIA dari SMK (P) Sri Aman dan ketiga pasukan STEM SRI U dari SMK Sri Utama. Tahniah buat ketiga-tiga pasukan yang merangkul hadiah pertama, kedua dan ketiga!




Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh selama beberapa minggu, ketiga-tiga finalis tersebut telah mengemukakan idea mereka melalui pembentangan maya pada 16 Disember 2020 kepada panel hakim. Keupayaan mereka untuk menghasilkan penyelesaian inovatif merangkumi tema social dan alam sekitar menggambarkan kemampuan mereka untuk mengadaptasi kaedah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta menjadi imaginatif dan yakin dalam membangunkan penyelesaian kepada masalah harian yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.



Menurut Pengarah Hal Ehwal Korporat, Samsung Malaysia Electronics, Dato' Roh Jae Yeol, “Kami kagum dengan pemikiran inovatif ‘outside the box’ yang dipamerkan oleh para peserta. Pelajar-pelajar muda yang luar biasa ini telah membangunkan penyelesaian bermakna kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan. Melalui pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’, adalah menjadi matlamat kami untuk mempersiapkan generasi hari ini dengan cara untuk berimaginasi dan menerokai kerjaya dalam bidang STEM.”



Pasukan A.I.R. telah membentangkan penyelesaian mereka berdasarkan tema alam sekitar dan menerima hadiah berupa produk Samsung bernilai sehingga RM16,900 yang akan dianugerahkan kepada sekolah manakala setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM7,000.

Pemenang Samsung ‘Solve for Tomorrow’ 



Hadiah tempat kedua dimenangi oleh pasukan EUNOIA yang berkongsi idea mengenai alam sekitar. Mereka menerima produk Samsung bernilai sehingga RM13,500 untuk sekolah mereka manakala setiap pelajar membawa pulang produk Samsung bernilai sehingga RM6,000. Hadiah ketiga telah dianugerahkan kepada pasukan STEM SRI U yang menghasilkan idea berdasarkan tema sosial. Pasukan tersebut menerima produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 untuk sekolah mereka manakala pelajar menerima produk Samsung bernilai sehingga RM5,400 setiap seorang.



Pasukan dinilai oleh panel juri berdasarkan kebolehlaksanaan idea; kreativiti dan keunikan penyelesaian; penerapan pengetahuan STEM; keberkesanan pembentangan mereka berdasarkan tema yang dipilih.

Panel Juri Yang Terlibat




Panel juri terdiri daripada Pengarah Hal Ehwal Korporat, Samsung Malaysia Electronics, Dato' Roh Jae Yeol; Ketua Pusat STEM Universiti Malaya, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar; Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) Universiti Malaya, Profesor Dr. Rofina Yasmin Othman; dan Kumpulan Khusus Biodiversiti Akademi Sains Malaysia, Profesor Dato' Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din.

Idea-idea Para Pemenang Pertandingan Samsung ‘Solve For Tomorrow 2020’


Team A.I.R. - SMK Seksyen 10 Kota Damansara


Pasukan A.I.R. yang muncul tempat pertama telah membangunkan penyelesaian untuk mengesan pencemaran air dan mengelakkan gangguan bekalan air, kerana gangguan kerap berlaku terutamanya di Lembah Klang. Oleh kerana kualiti air dipantau secara manual oleh operator bekalan air, menyebabkan pengesanan lewat sekiranya berlaku sebarang pencemaran. Ia seterusnya membawa kepada penutupan loji rawatan air. Ini dapat dielakkan sekiranya operator bekalan air menerima isyarat amaran awal apabila sungai tercemar melebihi had yang dibenarkan, ini akan membolehkan mereka menutup pam dan menyelamatkan loji rawatan.


Prototaip Team A.I.R




Pada masa ini, sensor yang mengesan kualiti air berada di dasar sungai yang boleh mengakibatkan kerosakan sensor dari masa ke semasa dan meningkatkan kos penyelenggaraan. Untuk mengatasinya dan memantau kualiti air dalam masa nyata, pelajar pasukan A.I.R. membangunkan penyelesaian menggunakan STEM.



Melalui penyelesaian berasaskan STEM, sensor dapat memantau dan memindahkan data mengenai kualiti air dengan menggunakan aplikasi Internet of Things (IOT) dan memantaunya dalam masa nyata. Inovasi ini akan membolehkan operator air menguruskan bekalan air dengan lebih baik dan meminimumkan isu gangguan bekalan air. Pasukan yang terdiri daripada Hafiy Addin bin Hizamel, Nur Auni Faqihah binti Fakhrurrazi, dan Ayuni Illya binti Azmy dan dibimbing oleh cikgu Puan Noraini binti Mohd Zain.



Team EUNOIA - SMK (P) Sri Aman


Pasukan EUNOIA pula membangunkan idea untuk meningkatkan kualiti udara dalaman secara keseluruhan. Hari ini, pencemaran udara merupakan masalah yang besar. Apabila kita bercakap tentang pencemaran, kita sentiasa memikirkan udara di luar, contohnya asap perindustrian, jerebu atau asap kenderaan di jalan raya. [1]Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), kualiti udara di rumah kita boleh menjadi lebih teruk berbanding kualiti udara di luar. Tahap pencemaran udara dalaman selalunya 2 hingga 5 kali lebih tinggi daripada paras diluar[2]. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menguruskan kualiti udara dalaman kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penghuni.



Pasukan yang terdiri daripada Ng Xin Ning, Reanya Velaithan dan Nayli Syazwina binti Ezaham di bawah bimbingan guru Puan Bahiyah membangunkan ‘BreatheWall’, dinding hijau untuk kehidupan yang pintar. ‘BreatheWall’ bercirikan cekap ruang yang meningkatkan ketumpatan tumbuhan dalaman, dan mengurangkan pencemaran udara dalaman yang ketara. Ia dilengkapi dengan Light Dependent Resistor (LDR) untuk sistem pencahayaan automatik, sensor kelembapan dan sistem penyiraman automatik. ‘BreatheWall’ menggabungkan pelbagai elemen STEM di samping mengintegrasikan ‘Internet of Things’ (IoT) untuk aplikasi mudah alih bagi tujuan interaksi dan pemantauan. ‘BreatheWall’ direka untuk mengurangkan pencemaran, membersih dan melembapkan; serta mengurangkan suhu persekitaran sambil mengurangkan tahap bunyi bising di tempat-tempat yang sesak.


Team STEM SRI U - SMK Sri Utama


Pemenang tempat ketiga, pasukan STEM SRI U membangunkan idea sebagai alternatif untuk menangani bilangan kes COVID-19 dan bagi pengesanan kontak. Pandemik COVID-19 semasa memerlukan langkah-langkah ketat untuk membendung bilangan kes dan mengesan kontak. Salah satu inisiatif tersebut adalah keperluan untuk mendaftar dengan mengimbas kod QR atau mendaftar secara manual sebelum memasuki sesebuah premis. Ada yang tidak selesa untuk mendaftar secara manual kerana bimbang menggunakan pen yang tercemar, ini juga boleh menimbulkan masalah kepada mereka yang tidak membawa telefon bimbit. Menyedari hal ini, peserta pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’ daripada SMK Sri Utama telah membangunkan aplikasi pengecaman wajah dan pengimbas suhu untuk pemilik perniagaan yang boleh dijadikan alternatif kepada kod QR dan pengimbas suhu sedia ada.



Aplikasi pengecaman wajah dan pengimbas suhu direka untuk membolehkan pelanggan atau pengunjung mengimbas wajah mereka dan melengkapkan maklumat yang diperlukan kali pertama melalui paparan di premis. Maklumat akan direkodkan di dalam data. Pengimbas suhu pula akan mencatatkan suhu individu melalui wajah mereka. Dengan cara itu maklumat dan suhu direkodkan. Bagi kunjungan berikutnya, pengunjung hanya perlu mengimbas wajah mereka. Ini akan membantu mengelakkan sebarang kontak fizikal dan menangani bilangan kes. Pasukan yang terdiri daripada, Naomi Tan, Kong She Xuan dan Ong Zhi Qing di bawah bimbingan Puan Suryani Mohayiddin, menggunakan penyelesaian STEM untuk menghasilkan aplikasi yang boleh membantu membendung penularan COVID-19.



Dengan sokongan daripada Pusat STEM Universiti Malaya, pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow 2020’ bertujuan merangsang sifat ingin tahu dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk menggunakan kaedah STEM bagi menangani cabaran utama masyarakat Malaysia – melalui platform unik yang memupuk pemikiran inovatif, penyelesaian masalah kreatif dan kerja berpasukan. Peserta diberi pilihan untuk mencadangkan idea mereka dengan memberi tumpuan kepada salah satu daripada empat tema yang diberikan iaitu isu kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan sosial.



“Generasi muda hari ini berurusan dengan teknologi pesat berkembang yang sedang mengubah dunia. Saya percaya bahawa pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’ boleh membantu dalam mengukuhkan pengetahuan STEM para pelajar serta menggalakkan golongan muda untuk berfikir secara kreatif, mengenal pasti masalah dan menanganinya melalui idea-idea baharu untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua. Idea dan penyelesaian yang kami terima adalah praktikal dan berkesan dalam menyelesaikan cabaran yang kita hadapi hari ini. Dan saya berharap pertandingan ini akan terus memupuk inovasi dan pemimpin STEM masa depan di negara kita,” tambah Ketua Pusat STEM Universiti Malaya, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar.



Untuk info lanjut mengenai ‘Solve for Tomorrow’, sila layari: www.samsung.com/my/solvefortomorrow/ / http://csr.samsung.com/en/main.do



Tonton sorotan video Samsung Malaysia Solve for Tomorrow 2020 di sini: https://news.samsung.com/my/innovative-idea-on-environmental-issue-emerged-winner-of-the-samsung-solve-for-tomorrow-competition / Journey Video




[1] https://www.mana.md/indoor-air-vs-outdoor-air/


[2] https://www.mana.md/indoor-air-vs-outdoor-air/


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
2 sahabat ibu
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Marsha
Blogger|Social Media Influencer
Personal|Lifestyle|Parenting|
Travel|Beauty

Review|Event|Collaboration
marshalizadotcom@gmail.com





Total Pageviews

Follow

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Subscribe My Youtube Channel

fb pages

Marshalizadotcom Diary

Blog Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  February 2021 (5)
      • Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba d...
      • Adakah Kitsui Bahaya?
      • RhinoShield Mod NX Case Tahan Lasak Lindungi iPhon...
      • Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS Bantu Cegah N...
      • Idea Inovatif Mengenai Isu Alam Sekitar Muncul Seb...
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2020 (103)
    • ►  December 2020 (6)
    • ►  November 2020 (8)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (5)
    • ►  August 2020 (9)
    • ►  July 2020 (6)
    • ►  June 2020 (24)
    • ►  May 2020 (9)
    • ►  April 2020 (9)
    • ►  March 2020 (5)
    • ►  February 2020 (4)
    • ►  January 2020 (9)
  • ►  2019 (108)
    • ►  December 2019 (8)
    • ►  November 2019 (3)
    • ►  October 2019 (9)
    • ►  September 2019 (9)
    • ►  August 2019 (13)
    • ►  July 2019 (12)
    • ►  June 2019 (8)
    • ►  May 2019 (12)
    • ►  April 2019 (9)
    • ►  March 2019 (8)
    • ►  February 2019 (6)
    • ►  January 2019 (11)
  • ►  2018 (99)
    • ►  December 2018 (8)
    • ►  November 2018 (10)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  September 2018 (7)
    • ►  August 2018 (7)
    • ►  July 2018 (7)
    • ►  June 2018 (6)
    • ►  May 2018 (8)
    • ►  April 2018 (7)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (13)
    • ►  January 2018 (9)
  • ►  2017 (133)
    • ►  December 2017 (12)
    • ►  November 2017 (12)
    • ►  October 2017 (13)
    • ►  September 2017 (22)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (17)
    • ►  June 2017 (15)
    • ►  May 2017 (7)
    • ►  April 2017 (8)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (2)
    • ►  January 2017 (8)
  • ►  2016 (43)
    • ►  December 2016 (15)
    • ►  November 2016 (6)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (10)
    • ►  March 2016 (1)
    • ►  January 2016 (10)
  • ►  2015 (74)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (7)
    • ►  September 2015 (30)
    • ►  August 2015 (28)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  January 2015 (5)
  • ►  2014 (39)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (9)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (6)
    • ►  August 2014 (6)
    • ►  July 2014 (4)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  January 2014 (6)
  • ►  2013 (19)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (6)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (5)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  January 2013 (3)
  • ►  2012 (29)
    • ►  September 2012 (1)
    • ►  August 2012 (6)
    • ►  July 2012 (13)
    • ►  March 2012 (3)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (5)
  • ►  2011 (37)
    • ►  December 2011 (11)
    • ►  October 2011 (2)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (4)
    • ►  May 2011 (6)
    • ►  April 2011 (3)
    • ►  March 2011 (3)
    • ►  February 2011 (2)
    • ►  January 2011 (3)
  • ►  2010 (190)
    • ►  December 2010 (3)
    • ►  November 2010 (1)
    • ►  October 2010 (8)
    • ►  September 2010 (4)
    • ►  August 2010 (11)
    • ►  July 2010 (12)
    • ►  June 2010 (22)
    • ►  May 2010 (51)
    • ►  April 2010 (21)
    • ►  March 2010 (19)
    • ►  February 2010 (23)
    • ►  January 2010 (15)
  • ►  2009 (96)
    • ►  December 2009 (7)
    • ►  November 2009 (12)
    • ►  October 2009 (12)
    • ►  September 2009 (7)
    • ►  August 2009 (18)
    • ►  July 2009 (14)
    • ►  June 2009 (20)
    • ►  May 2009 (2)
    • ►  April 2009 (2)
    • ►  March 2009 (2)

Popular Posts

  • Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu
    Assalamualaikum Semakin berusia, selain kedutan ada lagi satu masalah pada kulit wajah yang menghantui wanita terutamanya yang berumur 3...
  • Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Kembali Lagi Kali Ke-23
    Assalamualaikum MAGGI dengan Pertandingan Memasak sudah tidak asing lagi. Setiap tahun sekolah Marsha memang mengambil bahagian dalam Per...
  • Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum
    Assalamualaikum Solekan dan wanita tak dapat dipisahkan. Tetapi tak semua wanita pandai aplikasikan solekan dengan sempurna. Maksudnya na...
  • Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #SunwayForGood Deepavali Cheer di Lost World of Tambun oleh Sunway Group
    Assalamualaikum Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #sunwayforgood Deepavali Cheer di Lo...
  • Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat
    Assalamualaikum Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat |  PARUT terhasil d...
  • 5 Produk Mata Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata
    Assalamualaikum Mata adalah salah satu dari 5 deria penting anugerah dari ALLAH. Tiada galang ganti. Priceless tau. Jadi jika ada masal...
  • Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium
    Assalamualaikum Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium | Korang perasan tak kat FB & IG Marsha ada share ...
  • Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ipoh
    Assalamualaikum Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling membantu, murah hati dan saling percaya...
  • 10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap
    Assalamualaikum Ikan Tongkol atau juga popular dengan nama Ikan Aye dikalangan orang pantai timur seperti Marsha memang menjadi antara...
  • Realme XT Yang Pertama Di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera Snapdragon
    Assalamualaikum Hai korang!! Sana sini tengah viral telefon pintar Realme yang baru ni, Korang nak tahu, Realme Malaysia hari ini secar...

Followers

Nuffnang Ads

komen baru

Widget Komen Terkini Dengan Avatar

My Blog List

  • Blog Lea Azleeya
    Best ke Body Wash dan Lotion PUREMae ni? Nak tahu baca sampai habis!
    24 minutes ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Jom support bisnes orang lain
    1 hour ago
  • Blog Cik Ash
    Resepi Cek Mek Dari Kacang Kuda
    3 hours ago
  • SURIA AMANDA
    Cendol Bawah Pokok Pasar Besar Seremban
    5 hours ago
  • babyshambles.. ♥
    Awal Tahun 2021 Yang Mencabar
    9 hours ago
  • Blog Wani Sukarno
    Tonton Drama Jodoh Tersasar Alamat Episod 1 hingga 13 Di Slot Sitrus TV1
    12 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Beza sayang ibubapa kepada anak dan sebaliknya
    14 hours ago
  • KAK WAWA - Health & Beauty Tips, Lifestyle, Food, Travel and Review
    11 Cara Tingkatkan Emosi Power Untuk Bisnes Owner
    1 day ago
  • SHAHADA FAUZI
    Kenangan indah melahirkan anak istimewa, Iman Rizqin
    2 days ago
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Nasi Air Pantai Timur Yang Sedap Dan Menyelerakan
    4 days ago
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
    5 days ago
  • Ana Suhana
    5 Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool
    1 week ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Teknik pernafasan mudahkan proses kelahiran
    1 week ago
  • Ciktie Dot Com
    Selamat menduduki SPM 2020
    1 week ago
  • Behind the Scene
    Cosmoderm Perfect Balanced Mini Skin Lab Set Review
    1 week ago
  • Imperfectly Perfect
    After a while, I think I’m a bad blogger
    1 week ago
  • Husniey Husain
    Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Dan Tesco Bantu 420 Pelajar Orang Asli Pahang, Perak
    1 week ago
  • Nurzarini Ismail
    Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Bantu Pelajar Orang Asli Kembali ke Sekolah
    2 weeks ago
  • Blog Cik Renex
    Lagu Loghat Pahang , Apa Kabo Oghang Bera #4
    2 weeks ago
  • From View of My Eyes
    Penat Berkeluarga
    3 weeks ago
  • Nick Nashram
    Contoh Soalan MUET Listening Test Lengkap Dengan Audio Dan Jawapan
    3 weeks ago
  • Ira Mommy Si Kembar
    TIPS SEMASA ANXIETY ATTACK | Dr. Erna Nadia
    5 weeks ago
  • Sheila Inspire
    Salam 2021 : SheilaInspire.Com
    1 month ago
  • Nurmujahidah
    Rawat Masalah Kulit Muka Dan Rambut Gugur Dengan Produk Halal Dari Nature Lab
    1 month ago
  • Wawa Ashihara | Beauty & Lifestyle Blogger
    Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP | Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah
    2 months ago
  • AIRA
    PG Mall Promosi November KBBM & FRESH FOOD WEEK
    3 months ago
  • MAT DRAT...
    Tempat Makan Best dan Sedap di Langkawi
    4 months ago
  • Husein Rider
    PakCik tua Bina Sendiri Surau Klasik tanpa Batu atau Simen
    5 months ago
  • TWENTYFOUR
    Mister Coffee Pilihan Kopi Terbaik Untuk Kopi Harian!
    5 months ago
  • Aisyhah Nyais
    Hati dan Perasaan? Alangkah beruntungnya..
    9 months ago
  • Amar Razali
    Menang contest blogger PSan!
    9 months ago
  • Soobeey
    TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS COVID-19 OLEH PERDANA MENTERI TAN SRI DATO MUHYIDDIN YASIN
    11 months ago
  • Khairul Iskandar Tajuddin
    KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA
    1 year ago
  • DILPAROZA
    CARA PUTHKAN KULIT
    2 years ago
  • ABE JAQ
    Senang je tukar hak milik kereta
    3 years ago
  • www.keunggulanwanita.com
  • SISHAWA DOT COM

BITERS

#Biters

NEWSLETTER

#teamBPT


BITERs Family

  • Blog Sihatimerahjambu
    Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 7
  • Kisahsidairy.com
    Zipping into More Chocolate and Better Wafer with Cadbury
  • MrsPip DotCom
    Senarai Editing Software Yang Sesuai Untuk Laptop & Desktop
  • Yaya Azura
    Happy birthday Yaya
  • apekinah.com
    Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......
  • MARINA BASHAH
    Servis Repair Laptop Dengan Harga Murah dan Perkhidmatan Ambil Dan Hantar Berpusat Di Seri Kembangan Oleh Techouz.com
  • Azwar Syuhada
    Adab Reply Email | Tahu tak apa itu From, To, CC, BCC?
  • Bonde Zaidalifah
    Senarai Harga Kurma-Kurma Premium Bermula Pada Bulan Februari 2021
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank
  • Usop Ahmad
    Resepi Ayam Masak Serai Yang Sangat Sedap Dan Menyelerakan
  • Mimi Azirah
    It’s a Bubble Tea Frenzy with ShopeePay
  • Fiza Aizzawa
    Pepsi X BLACKPINK edisi terhad now in your area
  • Ajumohit
    50 Kata-Kata Hikmah Untuk Amalan Bersama
  • Sharing My Ceritera
    Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Nasi Air Pantai Timur Yang Sedap Dan Menyelerakan
  • Lovely Sunshine
    Wishing for Staycation at Singapore
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    A'ISY ZAFRAN'S 5TH BIRTHDAY - A LETTER FOR MY SON
  • Diary Mama
    Secret Coffee – Kopi Untuk Kesihatan Yang Mampu Melawaskan Pembuangan Air Besar
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
  • MRSLIEZ.COM
    5 Sebab Untuk Pilih Percutian Ke Port Dickson
  • Ciktie Dot Com
    Selamat menduduki SPM 2020
  • cikzacom
    TONTON AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3
  • perrenial lifestyle
    After a while, I think I’m a bad blogger
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021
  • Norhana Rosmida
    Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus. Senang dan Sedap!
  • Ardini Humaira
    SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK KIUB MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT
  • Rina Zul
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • Lifestyle Blog
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Syaza Redzuu | Lifestyle Blogger | Traveler
    6 Benefits by PG Mall to Support Local Sellers
  • Kak Nor
    Bengkel Fotography bersama Tuan Stefano Romano

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates