Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS Bantu Cegah Nafas Berbau dan Karies Gigi

by - 2/05/2021 12:22:00 PM

Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS Bantu Cegah Nafas Berbau dan Karies Gigi | Assalamualaikum. Kebiasaannya ubat gigi yang dijual di luar mempunyai pelbagai perisa dari ekstrak pelbagai herba dan banyak lagi yang baik untuk kesihatan gigi. Bagi Marsha ini biasa sebab pernah guna dan juga pernah tengok di pasaraya. Bila dengar ubat gigi dari koko, Marsha sangat teruja sebab belum pernah dengar apatah lagi mencubanya. Jadi dalam artikel ini Marsha nak kongsikan apa yang menarik dengan produk ubat gigi premium pudina koko MISMIS keluaran NFA Technologies Sdn Bhd.


Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS Bantu Cegah Nafas Berbau dan Karies Gigi





Fakta Tentang Syarikat Yang Pertama Yang Mengeluar dan Memasarkan Produk Penjagaan Gigi Berasaskan Ekstrak Polifenol Koko


NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. Syarikat telah menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. 

Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS. NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi. 

Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi. 




Usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS. Jenama MISMIS memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Amalan Pengilangan Baik). Nak dapatkan GMP ini bukan senang tau. Banyak prosedur yang perlu dibuat.

Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


Kelebihan Polifenol Koko di Dalam Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS


Ubat Gigi Premium Pudina Koko menggunakan bahan aktif polifenol- tanin yang terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. 

Penambahan bahan di dalam ubat gigi premium pudina koko seperti lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya dengan Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria yang membantu mengawal masalah kaviti di dalam mulut. Tidak lupa juga aroma koko yang harum lagi menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang pertama kali menggunakannya. Bagi yang menggemari coklat mesti best kalau berus gigi sebab akan rasa coklat. Marsha lah salah seorang dari penggemar coklat...hihi.




Selain itu, produk yang sudah lama dikenali di pasaran ialah ubat gigi MISMIS lebih sejuk (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. 




Ubat gigi tersebut diformulasikan tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Diperbuat daripada bahan pembuatan makanan bertahap ‘gred makanan’ (food grade), produk ini selamat digunakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak terutamanya jika tertelan semasa memberus gigi. Jadi Marsha tak perlu risau bila anak-anak memberus gigi sebab terbukti ianya selamat untuk kanak-kanak.

MISMIS JUST FOR KIDS

Terdapat dalam 2 perisa iaitu Chocolata dan Bubble Gummy yang pasti menarik kanak-kanak untuk memberus gigi. 




Menurut Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat, “Semasa menghasilkan ubat gigi ini, kami membayangkan jika anak-anak atau anak buah kami yang menggunakannya. Semestinya hanya bahan yang terbaik digunakan supaya selamat jika tertelan. Tetapi apabila kanak-kanak sudah mencuba, pasti mereka akan suka. ‘We made it with love’ ”. 

Betul! Anak-anak Marsha pun dah menggunakan ubat gigi kanak-kanak MISMIS dan ternyata anak-anak suka. Marsha pun tak perlu terlalu risau jika anak tertelan sebab ianya selamat untuk kanak-kanak.


Berus Gigi MISMIS Memberi Tiga Kali Perlindungan Yang Membantu Memelihara Gusi 

Selain ubat gigi premium pudina koko, MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai varian berus gigi iaitu berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru. Boleh pilih warna favorite sebab banyak pilihan.




Berus gigi MISMIS diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Berus gigi ini selamat untuk kita dan keluarga gunakan tanpa ragu-ragu. Kelembutan berus gigi MISMIS memberikan tiga kali perlindungan yang membantu memelihara gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan ketika memberus gigi dan menghilangkan bakteria serta plak. 

Pek Kembara untuk Kegunaan Travel 

MISMIS juga menawarkan pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa keluar daerah untuk urusan kerja atau mengembara. 




Marsha sekeluarga memang selalu travel. Memang sesuai untuk individu dan juga keluarga yang selalu travel. Nak balik kampung, ada pek kembara ni lebih senang. Lebih ringan dan lebih fleksibel. Disertakan dengan beg khas senang untuk bawa kemana-mana.


Ubat Kumur untuk Kesegaran Nafas

Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf (mouthwash) juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut anda. Ianya tidak mengandungi alkohol dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia. 

Bagi Marsha ubat kumur ni perlu konsisten seharian supaya bakteria yang berada di kawasan yang sukar dijangkau oleh berus gigi dapat dihapuskan dengan bantuan ubat kumur ini. Selain itu juga, ubat kumur ini juga menyegarkan nafas seharian kita.


Alternatif Bagi Pengguna yang Inginkan Produk yang Bebas daripada Fluorida, Berasaskan 99.9% Bahan Semulajadi, Tanpa Paraben, Tanpa SLES/SLS dan Selamat Jika Tertelan



Mismis ialah alternatif bagi pengguna yang inginkan produk yang bebas daripada fluorida, berasaskan 99.9% bahan semulajadi, tanpa paraben, tanpa SLES/SLS dan selamat jika tertelan. 


Produk penjagaan gigi MISMIS berbaloi harganya. Variasi MISMIS hanya berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati di Tesco, Malakat Mall, Sabasun, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart. 


Mismis boleh juga didapati secara dalam talian melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee dan di semua online e-commerce. 

Maklumat Lanjut


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

Alamat:
NFA TECHNOLOGIES SDN BHD 
3-1 (A) , Jalan Dagang SB 4/1, 
Taman Sungai Besi Indah,
43300, Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

Phone: 
019-2415004 /+603-8959 4493

Whatsapp: 

Instagram:

Facebook:

Shopee:



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

6 sahabat ibu

  1. Bagus ye produk mismis ni. Nanti nak usha website dia.. Nak beli.. Sebab ubat gigi anak2 dh nak habis

    ReplyDelete
  2. 1st time dengar ubat gigi perisa koko. Menarik ni. Mesti anak suka

    ReplyDelete
  3. Cantik ya packaging MISMIS ni ya... apabila baca tentang kandungan pudina koko tu, rasa excited pulak nak cuba... extra sejuk tu pun antara spesifikasi yang agak menarik tu... nanti nak cubalah ubat gigi MISMIS ni...

    ReplyDelete
  4. menarik.. berus gigi bau koko :P

    ReplyDelete
  5. Dah lama kan produk ni. Memang ada jual dekat Tesco, tapi belum pernh try..nanti nak cari

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)