Adakah Kitsui Bahaya?

by - 2/23/2021 02:53:00 PM

Adakah Kitsui Bahaya? | Assalamualaikum. Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Siapa tak nak cantik kan? Mana-mana wanita pun mesti nak nampak cantik. Marsha akui, Marsha pun nak kelihatan cantik terutama depan encik suami. Rasa berbunga hati kalau encik suami memuji....hihi. Selain cantik diluar, dalam masa yang sama kita juga nak sihat secara dalaman. Untuk menjaga kulit, banyak produk yang dijual di pelbagai kiosk, mall dan juga drug store. Bermacam jenama dan juga keluaran. 

Tetapi, adakah pilihan produk diluar selamat untuk kita? Memandangkan sekarang banyak juga produk kesihatan timbang kilo yang berada dipasaran menjanjikan kesan yang segera tetapi memberikan kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti memberi kesan pada kesihatan dalaman kita seperti kegagalan buah pinggang. Menakutkan bukan? Kalau tersalah pilih buruk akibatnya. Ini yang menakutkan Marsha jika tersalah pilih produk yang tumbuh macam cendawan diluar.

Baru-baru ini Marsha mencuba salah satu produk yang Marsha dapatkan dari salah satu drugstore dan sebelum mencuba, marsha dah buat kajian dan baca kitsui review yang ada. Setelah berpuashati baru Marsha berani untuk mencuba produk ini. Produk yang Marsha cuba ni dari jenama Kitsui dan bukan satu produk, Marsha mencuba 2 produk dimana satunya fokus untuk kulit dalaman dan luar iaitu Korean White Plus Tomato dan Kitsui Bellos Fibre fokus untuk detox dan kesihatan keseluruhan. Tapi mesti korang tertanya-tanya kan? Kenapa Marsha pilih jenama Kitsui? Ia disebabkan antara jenama terlaris yang dijual di Watsons dan juga Guardian. Adakah Kitsui Bahaya?


Adakah Kitsui Bahaya? 


Kitsui adalah produk jenama tempatan yang telah bertapak di pasaran tempatan lebih dari 20 tahun. Bermakna ia telah lama kekal di pasaran Malaysia dan sangat dipercayai oleh pengguna-pengguna yang telah menggunakannya. Marsha sangat bangga bila ada produk tempatan yang berjaya bertapak dengan baik dalam pasaran di negara kita. Marsha juga banyak baca kitsui review yang banyak pengalaman yang positif. Itu antara sebabnya Marsha berani untuk mencuba jenama Kitsui ini.

Untuk pengetahuan korang, semua produk dibawah jenama Kitsui telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal, malah telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum di pasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi Watsons & Guardian yg terkemuka di Malaysia . Jadi ianya memang terbukti selama kerana mendapat sijil GMP ( Good Manufacturing Practice).




Kandungan produk-produk kitsui pula terdiri daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk golongan lelaki dan wanita. Jadi produk Kitsui ini bukan sahaja fokus untuk kesihatan wanita, malah juga sesuai untuk orang lelaki juga.

Makanan tambahan Kitsui bukan ubat-ubatan. Ianya dikategorikan sebagai makanan. Ianya berfungsi untuk memberi nutrisi ke atas badan seseorang kerana bahan uatamanya terdiri dari makanan harian dan sumber bahan alami seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi jangan risau, semua produk keluaran Kitsui adalah bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan LARANGan yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan.

Jom kita tengok lebih lanjut pula tentang produk Kitsui yang Marsha cuba ini: 

1. Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato

Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato adalah antara produk pilihan di Farmasi Watson dan Guardian diseluruh Malaysia. Ia adalah makanan tambahan ini diperkaya dengan Vitamin A, C dan zat besi yang mampu membantu kulit kusam dan berminyak menjadi lebih segar dan bersih. 




Masalah kulit Marsha ialah kusam, ada pigmentasi dan juga alah dengan pelitup muka. Masa PKP dna PKPB Marsha kerap keluar dan perlu memakai pelitup muka. Jadi Marsha memerlukan makanan tambahan untuk Marsha baiki balik kulit secara luaran dan dalaman.

Bahan utamanya dalam Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato ialah tomato yang dikenali sebagai raja anti oksida dan di pilih serta di labelkan sebagai Superfood oleh Times Magazine . Selain tomato, ia turut mengandungi Camu-camu yang juga kaya dengan anti oksida dan mampu meningkatkan pembentukan kolagen menjadikan kulit lebih cerah hanya dalam tempoh 7 hari sahaja. Menarik bukan? Dalam masa 7 hari itu bukan masa yang singkat kerana ada lagi produk diluar yang memberikan kesan serta-merta.  

Jangan risau, Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato bebas bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan yang boleh mengganggu hormon. 

Harga Jualan: RM38.80

2. Kitsui Belloss Fiber 

Marsha juga mempunyai masalah pencernaan. Pemilihan Kitsui Belloss Fiber ini kerana ia berfungsi untuk mengekalkan kecergasan badan dan membantu masalah pencernaan serta dalam masa yang sama Marsha boleh detox. Bila waktu PKP dan PKPB ni berat Marsha naik mendadak. Jadi perlu detox untuk kesihatan dalaman.

Ia mengandungi buah Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas dan Sena. Formulasi bahan-bahan ni membantu mengelakkan masalah perut buncit dan kegemukan disebabkan kandungan seratnya yang tinggi 




Masalah pencernaan ini sebenarnya bahaya. Yang mengalaminya sahaja yang tahu seksanya mempunyai masalah pencernaan ini. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan fizikal malah boleh menguragkan keyakinan diri kerana timbulnya masalah-masalah lain seperti bau badan, bau mulut, cepat letih dan tahap metabolism menjadi rendah.

Kitsui Belloss Fiber bukan sahaja berkesan, malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, pigment, gula tambahan dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon. 

Jom kita tengok kandungan Kitsui Belloss Fiber ni:
a. Acacia Gum – mengandungi serat prebiotic yang mengekalkan sistem usus serta melancarkan sistem penghadama 
b. Apple – Mengandungi Catechin –yang membantu meningkatkan kadar metabolism badan 
c. Senna mengandungi Sennosides yang membantu merangsang pergerakan usus 
d. Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas pula buah-buahan yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang mengekalkan tahap hidrasi dalam tubuh badan

Harga Jualan: RM38.80

Jom kita tengok video






Perbezaan Kitsui Sachet dengan Produk X

Satu lagi yang Marsha lebih suka dengan produk Kitsui ialah ia didatangkan dalam bentuk sachet yang lebih memudahkan kita untuk 'consume'. Marsha lebih suka produk sachet kerana kualiti lebih terjamin, lebih senang dan ada jaminan. Jom kita tengok perbezaan Kitsui sachet dan juga Produk X.





Dapatkan Produk Kitsui dengan 12% Diskaun

Jom dapatkan 12% OFF DENGAN CODE “KITSKULIT” di Shopee KITSUI MALL!!

Maklumat Lanjut


Instagram :

https://instagram.com/kitsuimalaysia


Facebook :

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/


Tik Tok :

https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/


Shopee :

https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9


Website :

https://kitsui.com.my/


#Kitsui #KitsuiMalaysia #watsonsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit #kulitsehat


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

19 sahabat ibu

  1. oh first time ni dengar pasal kitsui hee

    ReplyDelete
  2. Pernah consume kitsui. Before ambik memang ada check jugak ingredients dia. Selamat dan Sedap!

    ReplyDelete
  3. Lepas baca tentang product ni baru lah kita berani nak cuba and Kitsui Belloss Fiber macam elok untuk membantu pencernaan.

    ReplyDelete
  4. Pernh minum dulu. Kitsui banyak produk dia. Pilih la mana berkenan..hehee

    ReplyDelete
  5. Actually tak pernah dengar pun pasal produk ni. Kalau dapat sijil GMP tu dah cukup bagus tu. Kalau buah tomato tu memang baik untuk kulit kita. Harap2 kemerah merahan macam buah tomato.

    ReplyDelete
  6. Umur macam Nina ni memang kena ambik suplemen-suplemen gini. Ye lah untuk lancarkan masalah pencernaan kan. Lagi pun sesuai dengan waktu-waktu sekarang ni yang memerlukan makanan tambahan untuk Nina untuk kesihatan luar dan dalaman

    ReplyDelete
  7. wah first time dengar produk ni. new knowledge untuk khai! bila baca okay baru faham. kena tahu juga sebab mana la tau ada kenalan or yang adik ke nak beli

    ReplyDelete
  8. I x pernah try any Kitsui products. So I x tahu macam mana nak comment tang ini brand. However, I heard Kitsui is quite popular among Malay women noawadays. Thank you for sharing this information.

    ReplyDelete
  9. dah try produk kitsui. suka bellos fiber. memang sangat berkesan

    ReplyDelete
  10. banyak jugak baca testimoni yang dah berjaya guna produk ni.kalau tengok khasiat dan kelebihan macam nak cuba je

    ReplyDelete
  11. Kitsui nie banyak produk dia kan. My sisters and cousins pengguna Kitsui and alhamdulilah, setakat nie takde la masalah.

    ReplyDelete
  12. Tertarik juga nak try Kitsui sejak rakan blogger buat review lebih details especially Korean Whitie tu

    ReplyDelete
  13. bagus produk kitsui, pek kecil2, tak de masalah dan isu teroksida. memang kitsui selamat dan bagus untuk di amalkan

    ReplyDelete
  14. Wah ramai yg share dan pakai Kitsui ye. Mmg berhajat nak cuba belum sempat ke Watson je. Yg penting dahbtahu ianya tak bahaya.

    ReplyDelete
  15. Ramai dah mencubanya ni kann.. feedback semua kata bagus.. nanti jumpa nak try jugalah..

    ReplyDelete
  16. Tak sangka brand ni dah 20 tahun ye.. memang trusted brand kalau boleh bertahan lama dan sure good! Yang bagusnya ada kelulusan, ni yang menyakinkan pengguna (Y)

    ReplyDelete
  17. Pernah consume Kitsui ni.. mmg best dah selamat. Rasa sedap pulak tu

    ReplyDelete
  18. Kepada sesiapa yang masih sangsi nak guna produk Belloss fiber tu, meh saya nak bagi testimoni tak berbayar. Confirm produk ni memang berkesan untuk penghadaman. Sama ada turun berat badan atau tak tu bergantung pada pemakanan, consistency dan gaya hidup.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)