5 Makanan Cina Yang Popular Dikalangan Rakyat Malaysia

by - 3/14/2021 10:16:00 PM



Apakah makanan yang popular di Malaysia? Jawapan yang paling disukai ramai sudah tentulah nasi lemak. Nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan Malaysia dan disukai oleh semua rakyat tempatan. Bukan setakat kaum Melayu saja pandai buat nasi lemak sekarang ni, malah kaum Cina dan India juga. Namapun hidangan serumpun dan makanan kebangsaan.


Selain dari itu, antara makanan popular lain di Malaysia ini adalah nasi kandar, ikan bakar, ayam percik, roti canai, laksa kari, asam pedas, char kuey teow, hokkien mee dan banyak lagi. Namanya agak unik kerana semua menu ini merupakan hidangan popular yang digemari oleh semua kaum.




Selari dengan kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, hidangan menu makanan juga boleh dinikmati oleh semua kaum. Yang penting untuk Muslim pastinya memilih menu yang Halal.


Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi masalah kerana di Malaysia ini memang ada banyak restoran yang menyajikan menu halal walaupun menu itu bukan berasal dari makanan asal kaum Melayu. Sebagai contoh chinese food yang bukan saja boleh di makan terus di restoran, malah ada servis penghantaran online juga.

Antara 5 Makanan Cina Yang Popular Dikalangan Rakyat Malaysia


#1 - Nasi Ayam Hainan 



Nasi ayam Hainan adalah hidangan ayam rebus dan nasi dengan rasa yang sedap. Ia disajikan bersama dengan sos cili dan biasanya dengan hiasan timun. Ia dibuat oleh pendatang dari Hainan di China selatan dan disesuaikan dari hidangan Hainanese ayam Wenchang.

#2 - Dumpling 



Dumplings adalah hidangan yang terdiri daripada kepingan doh yang di isi dengan inti sedap. Ada juga dumpling yang tidak ada isi di dalamnya. Dumpling ini selalunya di isi dengan daging, ikan, keju, sayur-sayuran, buah-buahan atau manisan.

#3 - Wantan Mee 



Wonton mi atau wanton mee adalah hidangan mi yang berasal dari Kanton. Hidangan ini popular di China Selatan, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Hidangan ini biasanya disajikan dalam keadaan panas-panas dan dihiasi dengan sayur-sayuran berdaun, daging ayam dan ladu wonton.


#4 - Yong Tau Foo



Yong tau foo adalah masakan Cina Hakka yang terdiri dari tauhu yang diisi dengan campuran daging tanah atau pasta ikan. Variasi makanan ini termasuk sayur-sayuran dan cendawan yang diisi dengan daging. Yong tau foo dimakan dalam pelbagai cara, sama ada secara kering yang dimakan bersama dengan sos atau dijadikan sup.


#5 - Dimsum 





Dim sum adalah sebilangan besar hidangan kecil yang secara tradisional dinikmati oleh orang Kantonis di restoran untuk sarapan dan makan tengah hari. Pada abad kesepuluh, ketika kota Guangzhou (Kanton) mulai mengalami peningkatan dalam perjalanan komersial, pelancong sering mengunjungi kedai teh untuk makanan dalam kuantiti kecil dengan teh yang disebut sebagai yum cha.


Pemilik kedai teh secara beransur-ansur menambahkan pelbagai makanan ringan yang disebut "dim sum". Amalan minum teh dengan jumlah yang sedikit akhirnya berkembang menjadi yum cha moden (brunch). Budaya dim sum Kantonis berkembang pesat pada separuh akhir abad kesembilan belas di Guangzhou.


Mahu dapatkan makanan dengan cepat tanpa perlu keluar dari rumah? Jawapannya adalah Foodpanda.




Dengan Foodpanda hanya perlu buat pesanan atas talian dan tunggu makanan tiba hingga ke depan pintu rumah. Tak perlu lagi susah payah keluar dan pergi ke premis hanya untuk dapatkan makanan bagai dulu.


Menu makanan di Malaysia ini kalau nak di senaraikan memang banyak. Tersangat banyak! Saya sendiri ada bermacam jenis makanan kegemaran. Susah nak buat pilihan sebab memang ada banyak sangat. Mungkin kerana pengaruh penduduk majmuk yang ada maka makanan juga jadi bertambah banyak untuk di pilih.


Makanan cina sebagai contohnya, walaupun ia bukan makanan Melayu tetapi tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia. Itulah dia cara hidup aman serumpun. Nasi lemak bukan hanya boleh dinikmati oleh orang melayu dan makanan cina bukan hanya boleh dinikmati oleh kaum cina.




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

2 sahabat ibu

  1. Nak order dimsum la..lama tak amkan dimsum ni..sedapnyaa..senang order foodpanda je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)