Baba Baa English Rhymes & Lullabies Buat Anak Lupa Gadget Seketika

by - 3/28/2021 08:00:00 PM

Baba Baa English Rhymes & Lullabies Buat Anak Lupa Gadget Seketika| Assalamualaikum. Cabaran ibu bapa bila bekerja dirumah ni sangat tinggi semenjak pandemik Covid-19 yang menyerang dunia sejak November 2019 lalu. Anak-anak mula terdedah lebih lama dengan gadget. Marsha juga tak terkecuali sebab Marsha juga kena guna gadget untuk PDPR online secara tak langsung anak-anak kecil Marsha pun terdedah. Risau tu memang risau tapi apakan daya pengaruh gadget ni sangat tinggi. Marsha percaya ibu bapa lain kat luar sana pun hadapi masalah yang sama. Nak keluar rumah pun kena berjaga-jaga juga kan.

Aktiviti? Pelbagai aktiviti dah dipelbagaikan waktu work from home ni tetapi ada masanya terpaksa bagi gadget sebab kita nak setelkan kerja hakiki kita. Jadi lama-lama anak-anak akan seronok dan kemungkinan akan jadi ketagih gadget. Jadi, Marsha mencari solution dengan mencari buku-buku menarik untuk bacaan anak-anak 3 tahun ke bawah. Bila ternampak Baba Baa English Rhymes & Lullabies di IG Baba Baa, Marsha terus buat tempahan sebab kanak-kanak memang suka lagu dan anak-anak Marsha juga tak terkecuali. Marsha dah kaji Baba Baa English Rhymes & Lullabies ni dan sangat berminat. Jadi jom kita tengok macamana, Baba Baa English Rhymes & Lullabies Buat Anak Lupa Gadget Seketika

Baba Baa English Rhymes & Lullabies Buat Anak Lupa Gadget Seketika


Proses nak memisahkan gadget dari anak-anak bukanlah perkara yang senang dan ianya tak perlu terlalu drastik. Jadi kita perlu perlahan-lahan perkenalkan anak-anak dengan pelbagai tarikan yang lain contohnya buku aktiviti.

Memandangkan anak-anak Marsha suka lagu, Marsha memilih Baba Baa English Rhymes & Lullabies yang sesuai untuk semua peringkat umur anak-anak. Selain dari mengenali English Rhymes, kita juga boleh buat aktiviti menyanyi lagu dalam masa yang sama.





Menarik Tentang Baba Baa English Rhymes & Lullabies

Baba Baa English Rhymes & Lullabies adalah buku yang direka untuk semua kanak-kanak dari semua peringkat umur. Jadi ianya sesuai untuk anak Marsha, Baihaqi dan Tufael yang sedang membesar. Keduanya masing-masing berusia 3 tahun dan 1 tahun lebih. 

Banyak yang menarik tentang Baba Baa English Rhymes dan Lullabies ni. Jom kita tengok


Pakaging Yang Menarik dan Selamat

Pakaging yang menarik dan selamat juga menjadi salah faktor Marsha memilih Baba Baa sebagai bahan bacaan untuk anak-anak. Bila sampai dan lihat pakaging yang menarik, anak-anak Marsha lebih bersemangat dan suka.

Marsha juga suka bila kandungan parcel berada dalam keadaan selamat supaya buku yang ada tidak rosak atau kemek semasa penghantaran oleh kurier.

Pad Suara 'Detachable'

Baba baa English Rhymes & Lullabies mempunyai pad suara yang boleh dipisahkan dari buku utama. Jadi anak-anak boleh juga guna pad suara sebagai ganti ipad atau tab sebab ianya seakan-akan gadget. 

Pad suara mengandungi 12 English Rhymes dan juga 12 Lullabies Song. Jadi kita boleh pisahkan untuk tidurkan anak-anak juga. Boleh tekan pad untuk bunyi berterusan untuk menemani anak tidur dengan selesa.





Ilustrasi yang Menarik

Ilustrasi yang menarik pada Baba Baa English Rhymes & Lullabies juga sangat menarik minat Marsha. Bila ibu dah jatuh cinta, mestilah anak-anak juga suka. 

Ilustrasi di muka hadapan dan di bahagian dalam Baba Baa English Rhymes & Lullabies semua menarik minat anak-anak Marsha untuk lebih fokus dan melupakan gadget seketika.

 Lirik Lagu dan Soalan-soalan Menarik Di Setiap Helaian

Di bahagian atas Baba Baa English Rhymes & Lullabies, ada lirik dan saiz tulisan yang besar dan jelas untuk anak-anak yang pandai baca membaca dan menyanyi bersama lagu yang dimainkan. 




Bukan itu sahaja, setiap lirik lagu juga dilengkapi dengan soalan di kedua buku kemudian di pad suara sebagai contoh, adakah hujan mempunyai bau? Apa ikan terbesar di lautan? Boleh baca atau didengarkan jawapan menarik dan luaskan pengetahuan kita dan anak-anak.


Berbaloi Memiliki Baba Baa English Rhymes & Lullabies 

Bagi Marsha sangat berbaloi memiliki Baba Baa English Rhymes & Lullabies ni sebab ianya sangat menarik dan praktikal. Harganya hanya RM 56 tetapi buku nya dibuat dengan material yang sangat berkualiti.




Banyak fungsi pada pad suara yang boleh menarik minat anak-anak Marsha selain dari gadget semata. Anak Marsha yang sulung pun boleh guna Baba Baa English Rhymes & Lullabies untuk bermain dan juga mengajar adik-adiknya mengenal English Rhymes dan Lullabies.

Jadi kalau korang berminat untuk memiliki Baba Baa English Rhymes & Lullabies ni korang boleh rujuk maklumat dibawah

Website:

Instagram:



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

0 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)