KITSUI Vitamin C Supplemen Tambahan Untuk Membantu Meningkatkan Imun & Mencantikkan Kulit

KITSUI Vitamin C Supplemen Tambahan Untuk Membantu Meningkatkan Imun & Mencantikkan Kulit| Assalamualaikum. Pernah tak korang mengalami masalah seperti sakit gusi, kulit berjerawat, kasar, kering , sakit sendi, masalah penglihatan, cepat selsema dan juga cepat letih? Kalau korang ada masalah yang Marsha sebutkan tadi even satu pun bermakna korang kekurangan vitamin C dalam badan.

Diet harian kita sekarang tak mampu nak dapatkan vitamin C yang cukup untuk keperluan badan kita. Kalau dari buah-buahan kita kena konsisten makan lebih daripada sebiji untuk cukupkan keperluan vitamin c dalam badan kita. Mampu kah? Kadang tu Marsha sendiri memang kurang makan buah. Jadi Kitsui telah melancarkan produk baru mereka yang lebih fleksibel dan pastinya dapat membekalkan vitamin C yang cukup dalam badan kita iaitu Kitsui Vita C + Shine.


KITSUI Vitamin C Supplemen Tambahan Untuk Membantu Meningkatkan Imun & Mencantikkan Kulit

Zaman yang semakin membangun ni kita lebih banyak terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat. Buah-buahan yang ada pun banyak yang di sembur racun serangga. Kita dan anak-anak terdedah dengan bahan kimia tersebut. Secara tak langsung, sistem imun dalam badan mula merudum dan badan kita kekurangan vitamin yang sangat penting iaitu vitamin c.

Ekoran dari ini, Kitsui telah melancarkan satu produk baru iaitu KITSUI Vita C + Shine yang membantu kita mendapatkan sumber vitamin c yang mencukupi untuk badan kita. KITSUI Vita C + Shine ini dirumuskhas dengan 6 jenis buah-buahan penting yang kaya dengan vitamin c semulajadi iaitu Lemon, Mangga, Nenas, Oren, Kiwi dan buah Delima. Ia juga diperkaya dengan gabungan Vitamin A, Vitamin D, Vitamin B12, Vitamin B2 dan juga Vitamin B16 yang penting untuk kesihatan badan secara optimum. 




Apa yang menarik ia diformulasi dengan formulasi terkini Korea, menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan dalam bentuk serbuk, menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol dan menggunakan teknologi serta sumber buah dari Itali. Memang premium!

Untuk pengetahuan korang, semua produk dibawah jenama Kitsui termasuk KITSUI Vita C + Shine telah lulus ujian makmal, malah telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum di pasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi Watsons  yg terkemuka di Malaysia . Jadi ianya memang terbukti kerana mendapat sijil GMP ( Good Manufacturing Practice). 




Supplemen tambahan KITSUI Vita C + Shine juga bukan ubat-ubatan. Ianya dikategorikan sebagai makanan tambahan. Ianya berfungsi untuk memberi nutrisi ke atas badan seseorang kerana bahan uatamanya terdiri dari makanan harian dan sumber bahan alami seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi jangan risau, semua produk keluaran Kitsui adalah bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan LARANGan yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan.


Kebaikan KITSUI Vita C + Shine

  • Membantu meningkatkan sistem imun badan
  • Memberi kecergasan badan
  • Membantu kesihatan mata dengan lebih baik
  • Kulit lebih cantik dan glowing
  • Antioksidan yang tinggi melindungi kulit dari sinar UVA & UVB yang bahaya.
  • Sesuai untuk seisi keluarga.


Cara Penyediaan

Cara penyediaan KITSUI Vita C + Shine semudah ABC tau! 

1. Bancuhkan 1 sachet KITSUI Vita C + Shine ni dalam 150ml air suam ataupun air sejuk.
2. Shake, shake, shake sehingga larut. 
3. Minum serta merta selepas penyediaan.
4. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.

Seeloknya selepas sarapan atau sebelum tidur . Satu kotak KITSUI Vita C + Shine ni mengandungi 10 sachet.

Jom kita layan video




KITSUI Vita C + Shine Kurangkan Keletihan Marsha Mengurus Anak-anak dan juga Kerja Hakiki
Walaupun bekerja dari rumah, sebagai guru dan juga ibu tugas seharian sangat-sangat memenatkan. Marsha kena buat 2 hinga 3 kerja sekaligus bila WFH ni. Jadi Marsha memang sangat exhausted dan memerlukan supplemen tambahan untuk Marsha bertenaga seharian.




Setelah 3 hari konsisten consume KITSUI Vita C + Shine ni, Marsha dapat rasa perubahan. Marsha rasa lebih bertenaga walaupun Marsha kurang rehat. Biasalah ibu ada anak kecik ni double penat dia...hihi. Bila rasa bertenaga, mood positif dan happy je. Alhamdulillah seronok rasa. 

Kulit Marsha yang kering pun rasa lebih lembap. Kalau tak kulit Marsha ni rasa tak selesa sangat sebab kering. Lepas tu naik radang pula...huhu

Kalau korang nak tahu KITSUI Vita C + Shine sedap tau! Tak manis sangat. Just nice orang kampung Marsha cakap...hihi

Korang boleh dapatkan KITSUI Vita C + Shine  di Watsons dan juga Shopee ok!



Maklumat Lanjut

Website: 

Facebook Page: 

Instagram: 

Tiktok : 
https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Shopee: 


#Kitsui #VitaminC #VitaminCshine #Kitsuimalaysia #kesihatan #Watsonsmalaysia 

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us