Luangkan Masa Cuti Sekolah Mac di the Curve, “Too Aw-Some”!

by - 3/29/2021 02:53:00 PM

Luangkan Masa Cuti Sekolah Mac di the Curve, “Too Aw-Some”! | Assalamualaikum. Cuti sekolah bulan Mac dah bermula tapi tak tahu nak kemana? Nak balik kampung pun tak boleh sebab buat masa ini belum dapat lagi kebenaran rentas negeri. Anak-anak mesti merungut kalau asyik je terperap dirumah.

Marsha ada cadangan. Apa kata kalau bawak anak-anak feel  "Aw-Some" di the Curve. Sekarang ni kempen March Too Awe-Some di the Curve sedang berlangsung  dengan gerai yang best, bengkel yang menyeronokkan, hadiah segera, percuma setiap hari, dan aktiviti dalam talian untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Tak lupa terdapat juga jualan dan promosi menarik!




Luangkan Masa Cuti Sekolah Mac di the Curve, “Too Aw-Some”!


Bermula dari 27 Mac hingga 11 April, Center Court mall akan berubah menjadi syurga "Aw-Some-ness" untuk kanak-kanak dan orang dewasa, dengan banyak aktiviti untuk dipilih!




Hujung minggu anak-anak akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti bengkel Earth Hour Go Green pada 27 dan 28 Mac, bengkel Easter Day pada 2, 3 dan 4 April, dan bengkel Fun & Creative pada 10 dan 11. Bengkel adalah untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Boleh lawati Curve Facebook untuk mengetahui lebih lanjut mengenai slot waktu bengkel.



Istimewa Untuk Ibubapa - Jualan dan Promosi Menarik


Ibubapa juga tidak dilupakan, ada jualan dan promosi “Aw-Some” yang ditawarkan oleh MAJUHOME Kids, Hamleys, NEXT Kids, Toy World dan Lovely Lace! Menarik bukan! Jadi dalam masa anak-anak berbengkel, boleh la ibubapa meluangkan masa untuk dapatkan promosi yang berbaloi.





Paling menarik, buat pengunjung yang membelanjakan minimum RM150 maksimum dua resit pada hari yang sama dari mana-mana kedai di the Curve, kecuali dari Street Market, pushcarts, akan layak menebus satu baucar tunai RM10. 

Bagi pengunjung yang membelanjakan RM300 ke atas, boleh menebus dua baucar tunai RM10 dan yang membelanjakan RM500 ke atas layak untuk menerima tiga baucar tunai RM10. Setiap pelanggan terhad kepada satu penebusan setiap hari. 

Penebusan baucar dilakukan di Concierge, Tingkat Bawah sebelum jam 10.00 malam pada hari pembelian yang sama. Penebusan dilakukan berdasarkan first come, first served basis. Tertakluk kepada terma dan syarat.




Untuk memberikan kenangan manis di the Curve, ada juga hadiah popcorn dan gula-gula setiap hari secara percuma! Candy floss percuma disediakan dari jam 1.00 petang hingga 3.00 petang pada weekdays dan dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang pada weekend. Popcorn GIVEAWAY pula dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam pada weekdays dan dari jam 5.00 hingga 8.00 malam pada weekend.




SOP Tak Dilupakan 


Tidak perlu risau, the Curve memastikan semua SOP disediakan agar semua keluarga dapat menikmati aktiviti di persekitaran yang menyeronokkan dan selamat. Oleh kerana ruang terhad dan berdasarkan first come, first served, disarankan  untuk mendaftar lebih awal untuk bengkel di Court Court!






Cuti sekolah adalah peluang terbaik bagi ibu bapa dan anak-anak untuk menghabiskan masa berkualiti bersama. Sebagai pusat perniagaan yang berpusatkan keluarga, Curve adalah mengenai kempen hebat yang dapat membantu menjadikan setiap kesempatan menjadi kenangan.

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi pegawai Penjagaan Pelanggan Curve di 03-7710 6868, atau kunjungi laman web di www.thecurve.com.my atau halaman Facebook di www.facebook.com/theCurveShoppingMall serta halaman Instagram mereka di www.instagram.com/thecurve_official (thecurve_official).

Jadi jom lah kita bawak anak-anak berbengkel sambil shopping di the Curve!

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

1 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)