3 Jenis Super-Food Untuk Ibu Hamil

Super-Food Untuk Ibu Hamil


Assalamualaikum semua....

Kadungan dah mencecah usia 26 minggu.
Kiranya dalam 6 bulan 2 minggu arini.
Last week khamis dah usai checkup di KKIA.
Alhamdulillah semua ok...baby sihat.
Cepat je masa berlalu kan?
Baby pun makin aktif 'kickboxing' dalam tummy ibu.
Tak sabar nak jumpa baby....💖💖👶👶
Ada 14 minggu lagi baby dalam tummy ibu.

Okey malam ni Marsha nak share sedikit info buat ibu hamil.
Opkos tentang makanan yang berkhasiat.
Iaitu Super-Food untuk ibu hamil.
Apa maksud Super-Food ni?
Ikut  apa yang Marsha faham Super-Food ni adalah makanan yang memberikan tenaga dan juga khasiat yang baik buat pregnancy mommy.

Jom kita tengok beberapa jenis Super-Food untuk preggy mommy ni:

Buah Tembikai

Tembikai


Kandungan buah tembikai ialah 90% air, jadi ibu hamil yang amalkan buah tembikai ni boleh mengelakkan dehidrasi semasa hamil. Ia menstabilkan kandungan bendalir dalam badan kita bagi megelakkan simptom bengkak kaki yang dikenali sebagai Edema , merawat kekejangan otot akibat ketidakstabilan hormon dan peningkatan berat badan.

Selain itu, tembikai juga tinggi kandungan mineral dan vitamin bagi membantu pembentukan organ janin. Ia mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai Glutathione dengan jumlah yang agak besar berupaya meningkatkan sistem ketahanan badan ibu hamil.

Sayur Brokoli

Brokoli


Sayur Brokoli ni spesel tau sebab ia adalah sejenis sayur yang hampir lengkap lagi padat dengan nutrisi termasuk protin, kalsium, zat besi, mineral, asid folik, vitamin B complex, Beta Karotena dan serat yang sangat tinggi. Ia bersifat anti-kanser, anti-radang, bagus untuk program detox, mampu merawat anemia, kesihatan mata, mengelakkan bayi premature dan sindrom spina-bifida.

Banyak kan khasiat sayur comel ni?
Jadi sepanjang preggy ni elok diamalkan boleh di masak secara kukus atau goreng kilas.
Sedap dan berkhasiat dan yang paling best ia mudah didapati.
Semua pasaraya memang ada di bahagian sayur-sayuran.

Buah Delima

Delima


Okay buah delima ni memang sangat glemer di kalangan ibu-ibu hamil.
Sejujurnya memang dinasihatkan amalkan makan buah delima ini.
Buah delima kaya dengan Vitamin C yang tinggi, folate, kalsium, zat besi, protien dan sumber tenaga yang tinggi.
Paling best ia mampu mengurangkan 'morning sickness' yang dialami dikalangan ibu-ibu hamil.
Buah delima ni mengandungi anti-oksidan yang tinggi, berkeupayaan membaik-pulih radang serta menjaga kesihatan plasenta.
Selain itu juga, pengambilan jus delima secara konsisten dapat menyembuhkan pelbagai masalah usus dan juga hati.

Alhamdulillah masa preggy sekarang memang Marsha amalkan makan buah delima ni.
Untuk kesihatan diri dan juga adik baby yang ada dalam rahim Marsha ni...👶👶

Okay ni adalah 3 jenis SUPER-FOOD yang elok untuk ibu-ibu hamil amalkan.
Marsha rasa ketiga-tiga makanan ni sangat senang didapati sekarang. 
Dipasaraya pun banyak.
Jadi tak ada alasan untuk kita tak amalkan...betul tak...hihi
Mungkin dari segi harga agak pricey tapi ia mungkin tak terlalu pricey.

Ok jom kita mula amalkan bagi yang belum dan bagi yang dah jom amalkan secara konsisten ✌✌









Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

  1. Byk khasiat super food ni patutlah bagus utk ibu mengandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu super-food yang senang perolehi...jadi kena konsisten :)

      Delete
  2. super food...
    baru tahu delima juga super food..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us