JJCM & Short Trip Penang

JJCM & Short Trip Penang

Assalamualaikum....💓💓

Morning semua!!
Wiken ni mesti ramai yang memenuhi undangan kenduri kawen dan juga open house raya kan?
Marsha pun tak terkecuali.
Semalam sabtu sebenarnya ada 1 jemputan kenduri dan 1 jemputan open house di kawasan taman.
Tapi Marsha tak dapat nak penuhi kerana perlu attend kenduri sedara belah suami di Kg Padang Benggali di Penang.
Jadi minggu ni kami balik kampung suami di Kulim.
Plan nak bawak MIL jalan-jalan Penang skali alang-alang kan...hihi

Usai memenuhi undangan kenduri kami direct ke bahagian pulau.
Bila cakap bahagian pulau ni opkos la melewati Jambatan Pulau Pinang yang glemer tu...hihi
MIL ada bgtau teringin nak makan nasi kandaq kat area Pulau.
Disebabkan baru je lepas makan berat di kenduri kami amik keputusan jenjalan dulu kosongkan perut yang penuh ni....hihi

Bila touch down di area pulau ni tempat yang pertama kami tuju ialah Queensbay Mall.
Actually ada urusan dekat kedai jam Swatch.
Kat Ipoh dah tak ada kedainya...huhu
Usai urusan yang tak lama dalam 10 minit kami mula mencari tempat menarik untuk dituju.
Dengan bantuan google maps dan waze, tempat pertama yang kami tuju ialah Snake Temple.
Kat situ kami tgk beberapa jenis dan spesis ular yang di breed di sana.
Ada ular kapak yang di breed kan secara separa bebas tapi tak menganggu pengunjung.
Ada ular sawa untuk bergambar juga.
Marsha tak bergambar pun cuma usap sentuh sikit je ular sawa tu...hihi

Tempat menarik yang kedua kami tuju ialah Bukit Bendera aka Penang Hill.
Sebenarnya dah lama tak naik Penang Hill ni.
Last naik sebelum dorang renovate 2 tahun lepas then dorang dah open pun dah lama tapi belum berkesempatan nak pergi.
Jadi memandangkan nak bawak famili mertua jenjalan jadi kami ke Penang Hill.
Penang Hill ni terletak di Georgetown area Air Hitam.
Waze je confirm sampai punya...hihihi

Kami sampai ke Penang Hill petang around 5 lebih.
Tengok tengok banyak perubahan yang dorang buat.
Dah ada parking yang bertingkat sesuai untuk bilangan pengunjung yang agak ramai dalam satu-satu masa.
Usai parking kami menuju ke bahagian tiket untuk membeli tiket.
Price pun berpatutan....untuk warganegara kena tunjuk MyKad untuk dapatkan harga spesel.
Ni harga tiket yang Marsha ambil dari laman web penang hill sendiri.



Pengunjung yang mengunjungi penang hill semalam agak ramai.
Tapi masih ok.
Hanya lama menunggu ketika nak naik dan turun tren sahaja.
Bila dah tiba masa atau turn naik tren, wah tengok tren pun dah up to date..cantik sgt.
Tempoh naik ke atas pun tak lama sebab ia lebih laju dari yang lama.
Speed dia ala-ala macam kita naik komuter gitu.
Bila dah sampai atas.....nampak ada beberapa perubahan yang dibuat.
Antaranya ialah Observation Deck.
Memang ohsem sangat dan cantik.
Disebabkan belum solat lagi kami bergegas ke Masjid Bukit Bendera untuk tunaikan yang wajib baru jalan-jalan.
1st time juga solat kat masjid ni....alhamdulillah.

Masjid Bukit Bendera


Usai solat dan sebelum turun ke observation deck balik kami sempat menyinggah di kawasan 'cinta' yang di kenali sebagai LOVE LOCK.
Kat sini kalau buat pasangan couple tu boleh beli pad lock yang di jual then lock kan di pagar yang disediakan...jangan lupa letak nama masing-masing yer.
Dia buat ala-ala di seoul tower dekat korea nun...hihi
Marsha tak buat pun just amik gambar je...hihi

Love Lock

Lepas tu kami turun ke observation deck dimana famili tengah tunggu kami.
Then kami jenjalan ke observation deck melihat pemandangan.
Melayan princess Anith tengok pemandangan....kemudian after maghrib kami turun balik.
Perut dah kosong minta diisi....kekekeke

Aktiviti di Penang Hill

Cantik kan pemandangan?

Tren yang bawak kita naik dan turun


Destinasi seterusnya ialah mencari tempat makan.
Dalam hati memang nak menuju ke Deen Maju Nasi Kandar yang terletak di Jalan Gudwara dekat area jeti.
Tapi risau sebab kat sana memang beratuq panjang.
Bila bertanyakan dengan geng Blogger Utara yang menetap di sana.
Akhirnya hati ini tetap menuju ke Deen Maju.
Nak belanja famili makan mesti kena puas hati...betui dak??...hihi

Deen Maju Nasi Kandaq


Bila sampai betul la dah beratuq panjang tapi rezeki kami beratuq hanya dalam 20 minit ja.
Servis cepat dan tip top...hihihi
Usai makan, bayar then kami pulang ke kulim naik feri kali ni.
Saja nak amik angin laut.
Eh bukan sampai Kulim na...seberang ja....hihihi

Sampai Kulim dah tengah malam so kami rest je la.
Alhamdulillah seronok tengok famili seronok jalan-jalan....💖💖




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

  1. hehe Kak Marsha da jadi peminat Deen Maju nampaknya ngeh2..

    ReplyDelete
  2. Boleh dijadikan rujukan kalau pergi Penang nanti. Tapi idak let Bergamo dgn ular kapak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us