Persiapan Menyambut Bayi Baru Lahir



Assalamualaikum...💗💗

Alhamdulillah minggu ni dah cukup 29 minggu adik baby menghuni rahim Marsha.
Rasa kicking, puching dan moving makin jelas.
Kadang rasa geli, senak & sakit bila adik baby aktif...hihi.
Tapi itu lah moment manis semasa mengandung.
Betul tak mama-mama??...hihihi
Serius tak sabar nak lihat adik baby lahir kedunia.
Tapi biar cukup minggu taw adik baby....hihihi
Sebab ibu nak bersama adik baby sejurus lepas bersalin.
Moga dipermudahkan segala urusan dan proses bersalin nanti.....Aaamin.

Ok arini Marsha nak share tentang persiapan menyambut bayi baru lahir version Marsha.
Kenapa version Marsha? Sebab persiapan tak semua sama kan?
Ada yang dah ada barang-barang yang boleh guna balik buat apa membazir kan??
Jadi version Marsha ni ala-ala baru preggy & masih ada barang kakaknya lagi.
Haa....gitu lah....faham-faham yer...hihihi
Actually kakak dah 9 years jadi gap dengan adik baby jauh.
Macam ibu dan abah, kakak pun tak sabar nak nantikan adik baby lahir.

Ok, apa keperluan yang Marsha sediakan?
Ok ni list nya:

1. Baju newborn
2. Barut baby
3. Bedung baby
4. Pampers (untuk emergency & wad sahaja)
5. Tuala Baby
6. Mitten & Booties
7. Topi baby
8. Lampin kain
9. Selimut
10. Sleepsuit Baby
11. Toileterries
12. Tungku Baby
13. Minyak Telon
14. Travel Mat
15. Tilam
16. Breastpump
17. Beg baby


Antara barang persiapan untuk baby yang sudah dibeli

Setakat ni ini je la dulu yang dalam list.
Harap tak tertinggal la...hihi
Beg dah nak kena standby dalam kereta ni takut baby nak kuar awal....hihi


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018