Assalamualaikum


Nowadays, banyak ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah yang terbaik. Tak kiralah sekolah kerajaan, swasta atau tahfiz. Itu semua pilihan ibu bapa yang semestinya pilihan yang terbaik khas untuk anak-anak yang tersayang. Mana ada ibu bapa yang tak pentingkan pelajaran anak-anak? Betul tak? Semua ibu bapa nak anak-anak mereka berjaya hingga ke menara gading dengan mendapatkan pembelajaran yang terbaik dan selesa. Marsha dan encik hubby pun tak terkecuali. Memang nak yang terbaik untuk Kakak Anith.

Pengalaman Hantar Anak ke SJKC


Untuk entry kali ni Marsha nak share pengalaman Marsha sendiri menghantar anak belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ok pertama sekali mesti korang tertanya-tanya apa relevan Marsha hantar Kakak Anith ke SJKC? Dulu tadika cina ke?? Sebenarnya Marsha hantar Kakak Anith ke SJKC atas permintaan Kakak Anith sendiri nak belajar bahasa cina walaupun Kakak Anith 'zero' tentang bahasa cina masa tu. Tambahan sekali jarak rumah ke sekolah hanya 500 meter. Lagi satu dah Kakak Anith nak mengusasai bahasa Cina jadi tu adalah pilihan terbaik kerana dia akan tahu bahasa ketiga selepas Bahasa Melayu dan English. Lebih-lebih lagi bahasa cina ni memang diperlukan terutamanya dalam sektor swasta. Bukanlah Marsha nak Kakak Anith kerja swasta tapi itu sebagai satu kelebihan kerja dimana-mana sektor pun. Pendek kata kebaikan untuk dia sendiri.

Kakak Anith


Pendaftaran


Minggu pertama menghantar Kakak Anith amat berdebar rasa hati walaupun Marsha tak berpeluang melihat sendiri Kakak Anith masuk sekolah hari pertama kerana tugasan seorang guru untuk menerima pelajar baru di sekolah sebagai guru kelas. Hanya doa yang Marsha kirimkan seiring ayahnya yang menghantar. Ya abah Kakak Anith amik cuti untuk pantau Kakak Anith takut menangis ke pae kan sebab sindrom anak anak darjah satu. Alhamdulillah minggu pertama success lagipun minggu ni murid-murid darjah satu masih dalam mode orientasi. Minggu kedua baru mula belajar. Setiap pagi memang Mr Hubby yang hantar Kakak Anith naik moto.

Pembelajaran


Ok kita masuk terus dari segi pembelajaran Kakak Anith di SJKC melalui kacamata seorang ibu secara apa yang kita nampak. Minggu kedua Kakak Anith masih excited sehinggalah ada satu hari tu Kakak Anith terlupa bawa buku. Sebenarnya salah Marsha yang tak pandai nak manage jadual dia. Ingat ke bila subjek tertentu guru dah inform bawak buku tertentu. Rupanya semua kena bawak. Contoh BM, segala mak nenek buku berkaitan BM kena bawa. Marsha mengajar sekolah menengah ingat ke sama rupanya lain. Dan Kakak Anith pertama kali di rotan dan seterusnya mood dia ke sekolah berubah. Tiap pagi hantar mesti menangis tp ok lagi sebab dia tak tantrum. Sedih bila tahu anak kita kena rotan sedangkan kita kat sekolah jentik pun tak anak orang. Tapi kena cekal sebab itulah pembelajaran di SJKC dorang terapkan disiplin.

Ada satu masa tu kami suami isteri pun dah hampir give up dan plan nak hantar Kakak Anith ke sekolah kebangsaan tapi atas nasihat kwn-kwn dan ustazah kami cekalkan hati. 2 bulan lepas tu Kakak Anith dah mula seronok kembali...Alhamdulillah. Cuma dia kena struggle belajar menguasai bahasa cina berbanding yang lain. Alhamdulillah setahun berada di SJKC Kakak Anith dah boleh berinteraksi dengan lancar mandarin dengan kawan-kawan. Marsha pun terkejut dan syukur sangat sebab Kakak Anith boleh menyesuaikan diri.

Dari segi pembelajaran Pendidikan Islam pula Marsha rasa sangat bertuah sebab ustazah di sekolah Kakak Anith amat mengambil berat pembelajaran untuk murid-murid beragama Islam. Kebaikan yang Marsha tengok bila kita jadi minoriti ni ustazah dapat fokus one by one dengan murid-murid sebab bilangan murid tidak ramai. Kekadang apa yang kita takutkan bila hantar SJKC anak-anak akan tak fokus bahagian Pendidikan Islam. Itu MITOS. Apa-apa tentang kebajikan murid-murid islam di SJKC ustazah yang handle semuanya, Alhamdulillah tahun ni Kakak Anith dah darjah 3 dan beberapa hari lagi Kakak Anith dah nak masuk darjah 4. Cepat betul masa berlalu.



Makanan


Ok satu lagi bab yang parents risau ialah makanan. Ini Marsha memang sangat titikberatkan dan Marsha rela bangun seawal yang mungkin untuk sediakan bekal untuk Kakak Anith sebab masa tu pun kantin melayu belum ada tender. Bila kantin melayu dah ada pun Kakak Anith tetap makan bekal yang Marsha sediakan. Kat situ memang kena korban masa. Dan biasanya ustazah juga akan pantau dari segi makanan.

Tuisyen


Oh ya, disebabkan Marsha dan Mr Hubby memang zero bahasa cina, kami hantar Kakak Anith ke tuisyen berdekatan untuk transit siapkan homework, tuisyen mandarin, mengaji dan KAFA. Memang duit banyak habis kat tuisyen tapi ini je yang mampu Marsha & Mr Hubby sediakan untuk Kakak Anith kerana tak mampu nak bantu dia siapkan kerja sekolah yang menggunakan bahasa cina seperti bahasa cina, sains dan matematik. Subjek lain seperti BM,BI dan Pendidikan Islam memang kami buat revision.

Untuk tahun depan Marsha akan mula masuk tuisyen Mandarin secara online. Doakan Marsha success ya!!

Pencapaian


Dari segi markah yang Kakak Anith dapat alhamdulillah dia boleh kuasai bahasa cina cuma perlu banyak improved lagi untuk maintain dapat A. Untuk matematik dia turun naik range dari B ke C. Sains range A-B dan Bahasa Cina B-C. Turun naik macam tu la. Untuk BM,BI dan Pendidikan Agama Islam Alhamdulillah dapat kekalkan markah 90++ ke 100 %.

Di tahun 3, Kakak Anith berada dalam kelas no 3 dan dalam tu hanya ada 3 murid Islam. 2 kelas depan tak ade murid Islam sebab kelas no 3 baru ada kelas Pendidikan Islam. Kira alhamdulillah sangat pencapaian Kakak Anith setakat ni. Doakan Kakak Anith terus success ya.

Oh ya, Kakak Anith juga aktif di sekolah dengan kokurikulum. Tahun 2016 Kakak Anith masuk pertandingan menyanyi dan berjaya mendapat tempat ke3 peringkat sekolah. Untuk tahun 2017 ni Kakak Anith join group Action Song yang berjaya mendapat Naib Johan peringkat Daerah. Alhamdulillah kepada guru-guru yang banyak mendidik Kakak Anith dari segi kurikulum dan kokurikulum.

Kakak Anith bersama guru penasihat dan team Action Song


Ok itu sahaja perkongsian Marsha buat parents yang bercadang nak hantar anak-anak ke SJKC. Pesanan Marsha, kuat semangat dan bantu anak kita dengan beri semangat. Oh ya, wajib duduk dengan anak-anak semasa belajar. Itu sahaja yang anak-anak perlukan walau di sekolah mana pun. Sehingga jumpa lagi ya!!



Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty
Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018